28 October, 2009

Nasihat Dari Tok Guru

Sewaktu melayari forum MERDEKARAMA, terbaca satu nasihat tok guru ku iaitu Bro Wha928, akan liku-liku dalam berurusniaga forex.

Berikut adalah suatu telahan beliau :

Sememang thread (thread Merdekarama - tambahan) ini baru setahun jagong...namun kalaulah ianya jagong...bayangkan umor jagung dah setahun ..sepatutnya....bukan buah jagong yang dapat kita rasai tetapi buah atau biji jagung ini kita dapat gunakan untuk menghasilkan biji benih yang mana kita kena lebih banyak pokok jagung dapat ditanam....
 
kalau dalam setongkol jagung tu pasti ada rongak juga ( loss)...tetapi..kalau kita pandai menutup tongkol jagung tu...maka biji benih yang baik lebih banyak dari yang rongak...
 
begitu juga forex..kalau dari dulu kita mengamalkan MM (money management) dan pip management...maka..bayangkan jika hanya mengambil 10 pip dan hanya mengambil 2 posisi sahaja sehari dan win...bagaimanakah keadaannya pada hari ini......anda akan terus berjaya dan berjaya... itu setahun yang lalu....tapi kita berada pada waktu sekarang...
 
bagi yang terlewat...mulakan dari sekarang untuk setahun yang akan datang......mulakanlah.....biar pip sikit tetapi menang...tu lebih penting...ingat pesanan saya...

  • Jangan terlalu lama dalam trading hours....maksudnya jangan berada dari pagi sampai esok pagi...macam burong hantu....
  • Jangan terlalu kerap masuk order....lagi banyak anda masuk order..lagi besar peluang untuk gagal....sebab anda dah lupa diri/.....
  • Jangan mengejar pip besar2....maksudnya ....pip kecil mudah dicapai berbanding ratus2 pip...namun ini hanya cadangan sahaja...kalau anda dah biasa dgn pip besar tu ..silakan...kalau ok...jalan aje...


Itu pendirian saya dari dulu...cuba anda buat simulation...dengan modal 500usd...dan hanya ambil 20 pip sehari yang win....apa jadi jika setahun perjalanan kita.....?????? 
 
Insyaallah ... itulah kata-kata penguat semangat untuk aku berforex. Telah pun ku kaji kejayaan otai-otai forex dari dalam dan luar negara

Telahpun ku perhatikan teknik-teknik mereka....

Apa yang aku dapati hanyalah .... "10 pips a day is more than enough. It is not about  how many pips you get but it is about how trades you win"...


amin

27 October, 2009

Sebab Kenapa Saya Pilih Forex


Dahulu, diriku ini tidak mengenali forex. Nak kata tidak tahu, pernah nampak beberapa kain rentang iklan forex yang di gantung di trafik light.


Daripada tak ambil peduli ... hinggakan suatu hari semasa bersembang dengan Ustaz Zaki Ratin, aku mula kenal apa itu forex. Hati ini meronta-ronta yang aku boleh berjaya jika memilihnya.


Di bawah ini adalah beberapa sebab, mengapa forex menjadi pilihan ku....


1. Modal kecil, lebih kecil dari bela cacing, keli, lintah, kambing, lembu, ayam, kelapa sawit, jathropa, serai, pisang, buka kedai runcit, jadi kontraktor, atau buka mana-mana bisnes brick n mortar


2. Pasaran kewangan terbesar dalam dunia lebih $3.5 trillion sehari. Pasaran tunai pulak tu.


3. Keuntungan melebihi 1% sehari atas jumlah modal, kalau usaha la ...


4. Untung boleh dibayar segera melalui internet. Tak payah sesusah kena naik pejabat mengadap untuk dapatkan cek pembayaran


5. Lebih suci dari saham, sebab tak boleh buat spekulasi. Kalau kita ni di tahap George Soros boleh la ... tu pun dia tak berani buat sorang-sorang. Dia jatuhkan nilai currency Malaysia 1996 dulu pun pasai Malaysia tak dak support interbational traders. Tu pun tia pakat dengan beberapa pembelot bank saudagar Malaysia ...


6. Masa 24 jam sehari, memaksimakan masa bekerja, 5 hari seminggu. Ia adalah bisnes global.


7. Sebanyak 40++ matawang yang boleh di trade, menjamin peluang membuat untung setiap masa


8. Belajar dalam 1-2 bulan, tempoh belajar yang cepat




9. Aktiviti yang sesuai bagi setiap keluarga. Boleh buat sama-sama dalam satu keluarga, suami isteri. Boleh habiskan masa kualiti dengan keluarga.


10. Dapat mengisi masa anak dengan lebih berfaedah dengan mencari duit poket dari melayar web secara kosong.


11. Hanya perlu internet. Boleh trading dimana-mana asal ada internet, menawar gaya hidup baru.


12. Tak ada bos. Tak ada dateline. Tak ada VSS, restructring, downsizing, termination, layoff.


13. Boleh buat secara part-time. Tak perlu berhenti kerja


Dan yang paling penting bagi aku ialah kemahiran ini boleh diguna untuk persediaan masa pencen nanti bila dapat duit EPF yang boleh diniagakan tanpa perlu cari bisnes.


Dengan kata lain, kemahiran forex adalah kemahiran seumur hidup.


Ya Rabb Ya Kareem ... ku memohon inayat MU agar Engkau sentiasa memberkati dan menjadikan kekayaan ini haya pada tanganku, bukan pada hatiku....


Amin..

Melatih Diri Menjadi Trader Yang Berdisiplin

Tidak seorang pun bayi yang lahir terus mempunyai kebolehan seperti mana orang dewasa. Kalaupun ada, beliau itu adalah Nabi Isa a.s bilamana di beri mukjizat boleh bercakap ketika umur masih bayi.

Selain itu, kita semua perlu menjalani proses pembelajaran.

Ya...proses pembelajaran. Kita adalah kita sekarang ini merupakan buah yang terhasil dari pohon pembelajaran yang kita semai.

Melatih diri menjadi forex trader juga adalah suatu proses pembelajaran. Hanya mereka yang berlatih dengan disiplin sahaja yang akhirnya berjaya menjadi peniaga forex yang berjaya.

Perlu diingatkan bahawa MENJADI PEMOREX YANG BERJAYA perlukan melatih diri dengan disiplin. Urusniaga forex amat kejam, penuh dengan risiko. Kesilapan adalah bala yang akan memusnahkan.

Kita umpamakan masuk bidang forex ini seperti memasuki hutan belantara yang amat luas dan tebal, dipenuhi dengan kebuasan binatang serta hantu yang berkeliaran. Kita tidak tahu apa bahaya dan risikonya kalau kita masuk tanpa ilmu. Tapi, kita tahu yang kat dalam hutan itu ada emas yang amat berharga. Kalau kita tebas sikit-sikit semak samun hutan itu, akhirnya lambat laun kita akan jumpa lombong emas yang amat banyak.

Guru forex saya ialah Bro. WHA928 (pereka Sistem Merdekarama). Tak lah berguru secara berdepan. Tapi berguru secara conferense Skype. Sebelum terjumpa room chat beliau, aku ambil kursus forex di KL bersama Nasir Yaacob Kuasaforex. Dengan Nasir, aku belajar cara trade, tadi buka cara nak latih disiplin trading, sehinggalah terjumpa Merdekarama pada suatu malam yang hening.

Ni .... aku nak perturunkan kata-kata ajaib bro WHA928 untuk tatapan dan renungan kita bersama:


Banyak yang aku pelajari semasa conference. Nantilah aku ceritakan satu persatu untuk meriwayatkan riwayat hidup anak padang pelimau ini dalam mendalami forex.

Aku bukan otai forex. Hanya sebenarnya seorang newbie yang tak mahu kalah dengan lost.

Catatan ini adalah menjadi riwayat kisah bagaimana aku belajar sehingga faham bagaimana nak berforex (belum masuk forex lagi, baru buat demo) dengan berdisiplin.

Ya Allah Ya Kareem ... berkatilah usaha ku ini untuk dunia dan akhirat . Juga ku doakan kebahgiaan kepada bro WHA928

Amin

20 October, 2009

SELAMAT DATANG....




 Hari ini adalah sejarah bagi blog Riwayat Hidup Anak Padang Pelimau.

Masakan tidak ... bila buka blog pagi tadi, terkejut beruk aku sebab dah dapat 2 follower yang mengikuti blog ini secara rasmi.

Aku mengucapkan ribuan terima kasih dan ucapan penghargaan WELCOM TO MY BLOG kepada si tuan tubuh yang datang melawat.

Yang benar

Sofiys2

16 October, 2009

General amal for all sicknesses

Assalamu'alykom,
AlhamduLILLAH, the following amal is said to be effective for all types of sicknesses, from:
------------------------------------------------------------
Bismillah,

As-Salaamu 'Alaikum,

The following Ayaat are to treat all kinds of illnesses and conditions in general. As an example I read a person
who suffered a stroke totally recovered Alhumdu-Lilla.
As with all Ruqya it is dependent upon the one who recites it, i.e. the level of Taqwa and adherance to the deen in general.

Surah Fatiha
Surah Baqarah V1-5
Surah Baqarah V255 (Ayatul Qursi)
Surah Baqarah V284-286
Surah Al-Araaf V54-56
Surah Bani Israeel V110-111
Surah As-Saffaat V1-11
Surah Ar-Rahmaan V33-35
Surah Al-hashr V21-24
Surah Al-Jinn V1-4
Surah ra’ad (beginning of V11 to Amrillaah)
Surah Yaseen V9
Surah Baqarah V7

General Amal For Alla Type of Sihir

Assalamu’alaikom,

We have observed the following (general-purpose) amal has been quite effective even though it is being amal by patients themselves, bi iznILLAH.

This amal has been shown to reduce the effects of sihir, evil jinns, alhamduLILLAH. In addition, usually after 3-4 days of amal, insyALLAH dreams showing the situation are provided.
The following are types of sihir which are are appropriate for this general amal:
  • Possibility of ancestral jinns, where we dream of strange "baby" or "babies" which we are given, we are hugging or we are breastfeeding (for female patients)
  • Sihir given through food - usually to cause either divorce (wife and husband suddenly angry)
  • Sihir causing the patient to have incredible blind love for person (not his wife or husband)
  • "Buried" sihir within the house compound
  • Dry skin where doctors are unable to find cause and remedy
  • etc
  • EXCEPT VOMITTING OF BLOOD (please refer other amal listed in this section)

The complete set of amal:

  • Istiqfar 3x (the shortest is "Astaqfirullah 'al 'azim")
  • Fatihah 1x, Qursi 1x, Al-Baqarah 285-286 1x
  • Salawat/Darood 3x (the shortest is "ALLAH humma sali 'ala Muhammad")
  • Al-Baqarah ayat 1-17
  • Surah Yasin 1x
  • Surah al-Jin 1x
  • Salawat/Darood 3x
  • Ameen

insyALLAH

PS - If necessary read 3x or 7x to make recited water for purposes of drinking, bathing for the patients. And as well as spraying of the recited water in the house. This will speed up the recovery process, insyALLAH

CONTRA-INDICATIONS
If you have made the amal for 3-4 days without any effect. please do the following every day:
  • Istiqfar 100x
  • Salawat/Durood 100x
  • zikir LA ILAA HA ILLALLAH 1,000x

In addition, please get a pious person to check:

  • Our food to see if it is halal or not
  • Our 5 mandatory prayers are done correctly or not
Take care and wassalam

08 October, 2009

Simtom Gatal Tangan


Dalm forex ni ada macam-macam method yang digunakan bagi mencari peluang dan keuntungan tapi dengan syarat kita kena ada ilmu yg cukup terlebih dahulu serta kena kuasai ilmu tu bagi mendapat keyakinan utk membuat keputusan yg terbaik berdasarkan ilmu yg kita ada ........

kegilaan utk masuk trade setiap hari adalah tanda2 awal kita ni telah dijangkiti penyakit gatal tangan walaupun tangan kita tu disahkan tiada menghidapi penyakit gatal2 ....... 

Di kesempatan ini ingin saya bercerita sedikit tentang simtom gatal tangan.

Simtom gatal tangan? Soal anda. Ya, simtom gatal tangan.
Bagi saya, istilah ’simtom gatal tangan’ ini sebenarnya ialah bila saya membuka post yang tak patut dibuka, dan akhirnya merugikan diri. dan istilah ini sememangnya datangnya dari penglaman saya sendiri.
Untuk mudah memahaminya, saya berikan contoh ini. - Hari dah pun lewat. Anda lihat post yang ada buka semuanya dah ditutup dengan keuntungan, walaupun tak banyak tapi masih ditutup dengan keuntungan di pihak anda. Mata anda dah terasa berat, tapi tiba-tiba mata anda terbuka luas kerana pergerakan harga di carta anda tiba-tiba aktif. Harga berdesup turun. Anda pun apa lagi, mula membeliakkan mata yang tadinya dah separuh tertutup. Anda tunggu seminit dua lagi. Harga masih rancak menjunam turun. Tiba-tiba, tanpa berfikir panjang andapun menekan butang “New Post” dan tiba-tiba juga ‘ting’ terpapar post baru di terminal anda.
Dua minit kemudian anda lihat post anda sudah menunjukkan keuntungan 7 pip.

“Tak cukup lagi. Sikit sangat ni” fikir anda.
Masuk minit ke5, post anda mula menunjukkan tanda tolak (rugi le tu). Alamak, anda mula tak sedap duduk. Anda kelip mata dua kali, post anda dah negatif 14.

Apa nak buat?
Waktu yang tadinya anda dalam ketenangan dah berlalu. Anda mula gelabah. Kepala mula ligat berfikir. Harga yang tadinya berdesup-desup bergerak ke bawah dah menukar arah ke atas pula. Akhirnya post anda ‘tergantung’- keuntungan yang kecil tadi dah diganti dengan tanda tolak yang kecil dengan nombor disebelahnya yang cukup besar. Sejam anda menunggu, dan menunggu, harga tak lagi menyebelahi anda. Mahu tak mahu, anda terpaksa biarkan post anda tergantung hingga keesokkan hari dengan harapan nasib lebih menyebelahi anda esok.
Senario inilah yang saya katakan simtom gatal tangan. Maksudnya gatal tangan nak buka post baru padahal peluang untuk ‘settle’ sudah ada tadi. 


Gatal tangan ini sebenarnya tercetus dari sifat tamak manusia. 

Sudah berkali-kali saya melalui pengalaman ini dan pada pandangan saya, memang betul kata guru-guru forex yang kita perlu ada matlamat harian utk kita capai. Contohnya jika anda sasarkan USD30 sehari, maka selepas mencapai keuntungan USD30 andapun berhenti trade untuk hari itu. 

Kalau anda sasarkan 100, selepas mencapai seratus, anda jangan lagi buka post baru. Ringkasnya, bila tiba masa yang sesuai untuk berhenti berdagang pada hari ini, berhentilah. 

Jangan gatal tangan nak buka post baru lagi. Mungkin disebabkan faktor2 yang anda tidak sedari, anda akan tersilap membuat pertimbangan dan keputusan anda akan memakan diri :(






Kenapa gatal tangan ini berlaku pada kita?

Tidak dinafikan pada peringkat awal memang perkara tu berlaku juga pada aku disebabkan teruja dengan keuntungan dan kerugian yang mana akhirnya kepenatan melanda.

Ditambah pula dengan kerugian demi kerugian, tekanan demi tekanan maka kesabaran semakin menipis. Panas baran mula memuncak dan akhir sekali seperti anda semua sedia maklum margin call .......

Bagaimana Nak Atasi Gatal Tangan

Perkara ni semua boleh diatasi jika kita ubah dulu mindset kita dalam bab forex dan mengawal risiko terlebih dahulu daripada menetapkan kadar keuntungan yangg secara otomatik akan terhasil jika analisa kita betul. 

Kalau kita letakkan mind set bahawa keuntungan tetap kena dapat setiap hari ...  bermakna kita sendiri yg meletakkan tekanan kepada diri kita ........ 

Perlukah kita menghambakan diri kepada chart setiap masa dek kerana nak mencari keuntungan yg tak seberapa dalam sehari je ..?

Aku amat2 yakin majoriti kita semua ni melekat depan komputer atau ipad handphone semata nak tengok pergerakkan chart. Itu semua ada kebiasaan kepada semua trader ....... 

Cuma ... apakah itu cara hidup yg kita mahukan setiap hari, berdepan dengan tekanan demi tekanan, dan akhirnya hidup kita ni dah jd huru hara dgn kerja harian dan pengurusan keluarga?

Cukup la dengan masalah news yang dok buat kelam kabut jap naik jap turun, actual kata lain, price jalan kot lain, dan macam2 hal lagi........

ok la rasanya cukup la leteran dan bebelan aku buat masa ni dan kalau boleh jgn amalkan trade hari2 kerana ianya akan membebankan fikiran kita unless kita ada modal 1juta usd dan masuk pun 1 pips 1k usd so dapat 2 pips pun cukup la sehari tp aku tak yakin org tu akan dok diam kerana sindrom gatal tangan tu akan kembali merasuk minda kecuali mereka betul2 paham dan tahu bila bagaimana kenapa dan mengapa aku perlu masuk order ........ waallahualam

07 October, 2009

FOREX DAN MENOREH GETAH




Pengalaman ini berlaku lebih 30 tahun dahulu. Ketika itu saya masih disekolah rendah. Saya selalu mengikut atok saya pergi menoreh getah. Saya masih ingat bagaimana atok saya bersiap sedia hendak pergi menoreh getah. Beliau akan keluar kehalaman rumahnya dahulu untuk melihat kelangit yang masih gelap. Dia akan menoleh-noleh sekeliling melihat keatas dan menghidu udara pagi. Selepas itu dia akan masuk dan bersiap kekebun.

Apa yang dilakukan tadi akan menjadi panduan kepadanya untuk bekerja pada hari itu. Samada dia akan menoreh untuk mendapat keping getah atau ojol sahaja. Samada dia akan menoreh sepenuh pagi atau terpaksa melakukan kerja lain kerana cuaca yang kurang memuaskan. Saya memang kagum dengan kebolehannya membaca ramalan cuaca untuk merancang kerjanya setiap hari. Kebolehana memerhati dan menilai keadaan alam semula jadi disekelilingnya. Apa yang dibacanya dari pemerhatiannya, menjadi panduan yang selalunya tepat. Namun ilmu dan kemahirannya itu tidak dapat saya pelajari. Saya hanya sempat belajar untuk mengagak hujan akan turun disebelah petang jika kelihatan petandanya apabila matahari terbit.

Apabila saya ceritakan pengalaman ini kepada anak-anak, mereka ketawakan sahaja. Apa susah-susah, ayah dengar ramalan TV atau radio sahajalah! Pakai jangkasuhu dan hygrometer pun boleh ramal! Anak-anak zaman merdeka sekarang ini memang susah hendak memahami keadaan susah dimasa dahulu. Manalah ada TV, radio, hygrometer tahun 50an!

Pengalaman ini menjadi sangat bermakna kepada saya dalam belajar "meramal" pergerakan forex. Bukan dengan melihat langit waktu suboh! Bukan! tetapi dengan menanamkan kegigihan belajar, menghayati, merasai, mengalami secara peribadi, secara langsung, dan menerima, melihat dan mengalami kesannya turun naik gerak harga forex setiap masa. Ketika ini, forex adalah serupa dengan menoreh getah zaman atok saya - tidak ada satu alat, satu teknik, satu cara, satu mekanisme untuk meramal forex pada sesuatu hari. Pergerakan forex yang kompleks yang kadang kala digelar random walk memang sukar hendak diramal dengan tepat. Jika ada orang yang mengaku bomoh forex dan boleh meramal harga forex, walau pun matanya biru dan rambut perang, eloklah berhati-hati dengan orang itu demi keselamatan duit kita.

Seperti juga atok saya meramal cuaca dengan melihat nature, mencari petanda-petanda yang ditunjukkan oleh alam semula jadi, pergerakan forex juga boleh ditelahkan atau dijangkakan dengan mentafsir petanda-petanda yang ditunjukkan secara natural. Bagaimanakah ini boleh dilakukan sedangkan forex dibuat dalam internet? Jawapannya terletak kepada siapakah yang menggerakkan forex. Bagaimanakah mereka-mereka ini menggerak forex. Sudah tentu mereka ini manusia, bukan binatang atau jin.. Dan bukankah manusia itu makhluk, sebahagian dari alam semula jadi, sebahagian dari nature? Dan telah ditetapkan bahawa setiap unsur kejadian alam semula jadi, tidak kira binatang, manusia atau jin, ada ketetapan dan hukumnya yang telah ditetapkan. Hukum alam inilah yang wajib dipelajari sebagaimana atok saya mempelajari hukum alam berkenaan cuaca. Ada hukum-hukum yang tersembunyi, ada yang telah diizinkan manusia mengorek rahsianya. Semuanya menjadi ilmu-ilmu wajib dalam bidang-bidang yang berkenaannya. Disinilah perlunya ilmu, kemahiran dan pengalaman penting dalam forex.

Kesimpulannya, dalam forex ini tidak ada jalan pintas dan cepat. Jika ingin jadi forex trader, kenalah belajar dengan betul dan berdisiplin. Walau pun memakan masa lama, tetapi kemahiran yang dipelajari dengan sabar akan bermenafaat selagi kita masih hidup sihat walafiat.

06 October, 2009

Cabaran Extra Kepada Forex Trader


Dengan market 24 jam yang setiap hari lebih volatile selepas asar ketengah malam, trading forex memang sangat mencabar. Pukul 8-9 mlm waktu berita-berita makroekonomi diumumkan, traders sudah tentu tidak mahu ketinggalan dalam mencekut 10-20 pips ($100-$200). Waktu rezeki mencurah-curah diuji dengan panggilan ke mesjid untuk torawih berjemaah dan tadarus (bilamana Ramadhan).



Setiap ketika cabaran xtra ini menghantui traders. Sebagai traders, kita harus sabar dalam berniaga. Hanya dengan kesabaran, disiplin,sikap berniaga dengan taqwa sahajalah yang dapat membantu mengharungi risiko dalam forex.

Kepada semua rakan-rakan traders, kami ucapkan semuga bersabar dan selamat berniaga.

Sumber : kolejforex.com

Psikologi Forex


Kali ini ingin saya sentuh sedikit mengenai psikologi forex.

Semasa melayari internet, saya menemui beberapa artikel menarik mengenai psikologi forex. Saya rasa tajuk ini begitu penting untuk diutarakan di sini memandangkan untung rugi dagangan kita banyak bergantung kepada psikologi kita semasa melakukan trading.

Semasa trading, kite perlu mengelak daripada melakukan kesilapan. Malangnya, sebagai manusia, jarang sekali kita dapat mengelak daripada melakukan kesilapan. Jadi, bagaimana? Jangan terkejut, sebenarnya, ada traders yang dapat membuka berbilang post tanpa mengalami sebarang kerugian walaupun selepas berpuluh-puluh post. Maknanya setiap post yang dibuka dapat ditutup dengan keuntungan, sama ada ditutup secara automatik atau secara manual. Kita pula bagaimana? Selepas 6 atau 12 atau 20 post, mungkin post berikutnya akan ‘tergantung’- tidak dapat ditutup kerana mengalami kerugian. Akibatnya, timbul kecelaruan dan rasa serba salah yang amat sangat; mahu ditutup, takut akan positif semula. Nak dibiar aktif, takut kerugian bertambah-tambah. Tapi akhirnya dibiarkan juga tergantung berhari-hari, berminggu-minggu, atau berbulan-bulan. Jika bernasib baik, jumlah negatif yang terkumpul tidak menjamah licin ‘margin’ yang berhari-hari dikawal dengan penuh hati-hati. Inilah akibatnya jika psikologi trading tidak dipatuhi.



Satu kesilapan yang sering membawa ‘maut’ kepada trader ialah “ikut membuta tuli” (follow blindly) . Maksud mengikut membuta tuli ialah apabila seseorang trader memasuki trade setelah data dikeluarkan tanpa mengambil kira trend. Peraturan pertama dalam berdagang matawang ialah mengikut trend. Trader perlu mengikut trend dan bukan menjadi trader pertama memasuki pasaran setelah data diumumkan. Ada trader yang asyik memikirkan kerugian yang mungkin dialami jika lewat memasuki pasaran, atau keuntungan yang dikaut oleh trader yang lebih awal memasuki pasaran setelah data dikeluarkan. Mereka lupa bahawa data seterusnya yang dikeluarkan boleh mengakibatkan arah pergerakan harga berubah.


Ada juga trader yang mengawasi carta secara dekat selepas data dikeluarkan. Apabila mereka melihat harga menjunam turun atau memecut naik, mereka terus membuka post dengan tergesa-gesa tanpa menyedari bahawa keadaan ini sebenarnya mungkin satu ‘false alarm’ . Bila disedari, mungkin sudah terlewat untuk berpatah balik. Jadi, kesimpulannya, jangan mudah terpengaruh dengan ‘false alarm’ – (petanda palsu). Tunggu sehingga trend terbentuk setelah kesemua data selesai dikeluarkan.

Sumber :

Strategi Dalam Forex




Secara umumnya, strategi adalah teknik-teknik yang digunakan untuk mendapatkan bacaan arah pergerakan nilai matawang dengan lebih tepat supaya post yang dibuka dapat mengutip keuntungan. Terdapat pelbagai strategi yang menggunakan perbagai teknik dan alat-alat (tools- stocastic, Fibo, dan yang seangkatan dengannya) yang berbeza. Setiap trader pasti akan mencuba strategi yang berbeza-beza bagi mencari strategi yang cukup menguntungkan dan sesuai untuk dirinya sendiri. Pendek kata, walaupun ada ribuan strategi di luar, namun ada strategi yang menjadi dan ada yang hanya mengusutkan kepala anda.

Pemilihan strategi sebenarnya bergantung kepada kesesuaiannya dengan pemahaman dan cara anda berdagang (trade). Pertamanya, pemahaman. 

Sekiranya anda ingin menggunakan strategi orang lain, pastikan anda faham cara ia digunakan, alat yang digunakan, bagaimana membacanya, dan yang paling penting bila masa yang sesuai untuk masuk dan keluar pasaran mengikut strategi yang digunakan. 

Hanya dengan mencedok strategi orang tanpa mengetahui kaedah penggunaannya yang betul pasti akan membawa kemusnahan. Pilihlah strategi yang anda rasa sesuai dengan diri anda.

Adakalanya strategi yang ringkas adalah strategi yang paling mudah untuk difahami dan paling berkesan. Walaupun carta anda kelihatan tidak secantik atau sesesak carta orang lain yang penuh dengan garisan serta tanda-tanda berwarna warni dan berbagai bentuk, usah bimbang. Jika carta anda memberikan keuntungan kepada anda, biarkan ia terus begitu.

Anda perlu memastikan yang strategi anda sesuai untuk pair matawang pilihan anda. Strategi yang sesuai untuk GBP/USD mungkin tidak sesuai untuk pair-pair lain. Ada juga pasangan matawang yang mempunyai corak carta yang hampir sama. Ini biasanya membabitkan satu matawang yang sama contohnya pair GBP/USD dan EUR/USD. Tetapi kemungkinan juga pergerakan nilai matawang GU lebih pantas dan aktif berbanding EU. Ini akan menyebabkan bacaan dan telahan strategi anda tidak sesuai untuk kedua-dua pasangan serentak. Pendek kata, pengunaan sesuatu strategi perlu diuji dengan sebaik-baiknya dan difahami dengan jelas sebelum digunakan untuk akaun sebenar anda. Gunakan akaun demo sepuas-puasnya untuk menguji strategi anda.

Akhir sekali, jika anda berhajat untuk mereka dan menggunakan strategi anda sendiri, anda boleh juga berbuat demikian. langkah ini mungkin memerlukan ketekunan dan kesabaran anda untuk mencuba berulangkali. Anda juga perlu meneliti post-post anda. Post-post yang menguntungkan dijadikan panduan untuk membuka post seterusnya. Post-post yang merugikan juga perlu diberi perhatian supaya anda tahu situasi yang bagaimana perlu dijauhi. Cubalah alat-alat yang disediakan dalam Meta4 atau platform-platform lain untuk mencari strategi yang sesuai dengan anda. Ulangi langkah-langkah yang menguntungkan. Buat catatan. Lama-kelamaan anda akan dapat membina strategi anda sendiri.

Kesimpulannya, penggunaan strategi meyakinkan status post anda. Anda juga akan lebih yakin dan sistematik dalam berdagang. Fahami strategi anda supaya anda dapat mengulangi apa yang menguntungkan dan dapat mengekalkan keuntungan yang telah dikumpul :)

Sekian, wallahualam.