17 December, 2010

Sejarah Ayat Kursi



Email : mohd naim mohd zain
by : -SuMie-


Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah S.A.W. dengan segera memerintahkan Zaid b Sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah S.W.T.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa
mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

Untuk amalan kita semua.....
Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah S.A.W. bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."
Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.

Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur, perbuatan-perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi, juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon
keampunan dan mendoakan baginya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a. , Rasullullah S.A.W. bersabda,

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

03 December, 2010

AKU TAK NAK GAGAL

Hanya sanya satu-satu cara yang perlu kita lalui untuk berjaya dalam berforex ialah KITA PERLU KONSISTEN. Nak konsisten tantang apa dalam forex ni ????

Kalau kita kata yang konsisten itu bermaksud kita perlu konsisten nak buat duit ... dapat untung .... kita salah sebenarnya dalam melihat peta minda forex. Selalunya kita bila berforex ni ... kita selalu fikir tentang duit (untung yang dapat). Berapa banyakUSD yang boleh kita kutip. Ini cara yang salah. Kalau kita fikir forex untuk duit ... pemikiran kita yang sebegibi akan meminpin kita secara tidak sedar untuk membuat keuntungan cepat .... apa lagi nak untung cepat dan banyak ... tambah leverage. Masuk banyak lot .... Inilah yang banyak membawa kita kepada KEGAGALAN. Margin call pun cepat datang.

Sepatutnya .... target yang betul dalam forex ialah KONSISTEN MEMBUAT PIP bukannya fikir berapa banyak yang boleh kita kutip. Selalunya, perkara yang utama yang orang fikir pasal forex ialah tentang "money" / duit. Berapa banyak dit depa boleh buat dengan berforex. Pandangan ini akan membawa kepada keinginan untuk untung cepat. Bila dah ada rasa keinginan nak untung cepat dan banyak pulak, itulah yang 'almost'nya, membawa kepada KEGAGALAN yang berterusan dalam luku-liku kita menjadi forex trader.

Untuk tidak gagal, di sana ada jalan lain untuk difikirkan supaya kita bebenar menjadi seorang forex trader. Alternatif itu ialah kita perlu setting minda yang baru - to trade is not to be pip colector but instead of becoming "pips manufacturer "

Apa maksud nya ni ....

Gi ni .... macam la mana-mana firma pengeluaran (kilang) ... memjadi pip manufacturer bermaksud anda mem'produce' pip yang tetap pada tiap-tiap bulan ... anda tidak lost .... sentiasa buat untung ... walaupun ada hari anda lost, ada hari anda untung .... but bila dia buat kiraan berdasarkan bulan ..... tetap untung .... walaupun 1 pip .... pengeluaran kilang tak semestinya sama banyak tiap-tiap hari. Ada sikit dan ada banyak. Kadang-kadang ada hari pengeluaran tak ada langsung sebab line operator mesinnya rosak. Tapi pada akhir bulan .... pip ada keluar.

Ada faham ?????!!!



TIPS BERGUNA




Tips Per-1
 Ini salah satu tips bila apply 'chaos method' dengan menggunakan alligator..
Blue line(jaws) sebagai pertunjuk arah sama ada bearish atau bullish hanya berpandukan satu timeframe shj.


Tips ke-2.

Cara mengenal pasti pasaran akan memasuki area 'corrective'...atau lebih mudah lagi 'alligator sleep' ...Tindakan terbaik, jngn masuk pasaran waktu ini.. Melihat blue line(jaws) bergerak secara mendatar

Contoh 1







Contoh 2



P/s:
Yang kita nak rebut adalah 15 hingga 30 percent trends (buat profit), selebihnya 70 hingga 85 percent adalah trends membunuh

Mengikut stastitik B.william.. Tidak semua pasaran berada dalam mode 'trending',hnya 15-30 peratus sahaja.
Selebihnya adalah volatile/sideway/bracket/flat/widsaw(70-85 peratus)

Apabila aligator sedang tidor... jangan masuk market..kita pun tak tahu bila sideway ni akan habis... mungkin 1 hari 2 hari or seminggu.

Pada pendapat aku,.. antara cara nak main market cam ni adalah hedging.. dan ada cara utk alligator sedang tidor ni dengan menggunakan bolinger band + andrew pick fork ,, x a b c a b c.. cara ni aku tgk ader orang buat tp.. susah aku nak tangkap.


Namun B.wlliam tidak menerapkan 'hedging' dalam setiap trading nya.. Beliau mengambil langkah trading yg lebih selamat dengan tidak memasuki pasaran pada waktu yg tidak menentu.(alligator sleep)

Bagi pengamal chaos, mereka menyedari bahawa method ini mempunyai kaitan diantara putaran gelombang elliott dan juga sains.

Cuba Tengok Fractal M15 GJ 205.58







CONTOH BDB

Ini contoh BDB & Add on (AO)-wiseman 2 yang telah Hits..pergerakan di timeframe 30m (ada divergence), Saya mengambil keputusan untuk trade dengan selamat agar saya masih dapat mengikuti 'Trend' selanjutnya jika position tersebut membuat diluar jangkaan..














BDB ( 0.10 lot) Add onn AO ( 0.30 lot) ..B/fractal(Pending Order : 0.50 lot)

FRACTAL YANG SELAMAT - Keltner Channel

Pasang bollingerband pun bagus untuk dapatkan fractal yg selamat. Ni aku dah try banyak kali dulu, buaya makan daging di darat, kira fractal kat luar bollinger dianggap daging di darat. he ... he.....

lepas tu aku search-search, method ni rupanya dah memang digunakan.....tapi guna Keltner Channel









COUNTER TREND - Wiseman 1 ??

Wiseman1 TF m15 (countertrend) tapi bila buka TF m5 Fractal(follow trend)

Begitu juga kalau cari Wiseman1 TF M30 (countertrend) tapi bila buka TF m15 Fractal (follow trend)

Begitu juga kalau cari Wiseman1 TF H1 (countertrend) tapi bila buka TF M30 Fractal (follow trend)

Begitu juga kalau cari Wiseman1 TF H4 (countertrend) tapi bila buka TF H1 Fractal (follow trend)

Begitu juga kalau cari Wiseman1 TF Weekly (countertrend) tapi bila buka TF H4 Fractal (follow trend) (Gilelah main timeframe besar..ribu pip ni)

Begitu juga kalau cari Wiseman1 TF Montly (countertrend) tapi bila buka TF Weekly Fractal (follow trend) (Ini lagi gile..berapa lama entah peram)hehehe


So janganlah takut bila orang sebut countertrend...tricky timeframe jee...okk Good Luck,semoga semua dapat collect duit banyak2 tahun ni..

Contoh pasang kat Metatrader

Three Wiseman Beraksi

Sekali tenung macam nak boleh makan pips. Dua kali tenung ..... tak jadi ..... ini adalah chart GBPUSD H1 pada 27th November 2009:






























Anak Kunci:
  1. A bearish divergence bar.
  2. Sell signal by #1 taken (1.6687). Initial stop at the top of #1.
  3. AO sell signal.
  4. Sell signal by #3 taken (1.6691).
  5. AO crosses zero line. (Confirming bearish momentum.)
  6. Bullish divergence bar. Stop trailed to top of the bar, which was soon taken (1.6546). Buy signal not considered because Alligator is opening. Also a sell fractal.
  7. Re-entry sell signal by #6 taken (1.6500).
  8. AO sell signal.
  9. Sell signal by #7 (1.6466) and #8 (1.6482) taken.
  10. Another sell fractal
  11. An up fractal. Stop moved down to here.
  12. Sell signal by #10 (1.6412) taken.
  13. All position closed by #11 (1.6430).
Total Profit: (1.6687 + 1.6691 - 1.6546 x 2) + (1.6500 + 1.6466 + 1.6482 + 1.6412 - 1.6430 x 4) = 424 pips.

Di mana yang tak kena ni ..... apa yang boleh aku improve diri sendiri untuk dapat pips?????

entahla ...

Fractal Entry Strategy - Cara Guna Elliott Wave



Ini pun diambil dari blog ini. http://forexmas.blogspot.com/  

Ini adalah cara entry fractal

FRACTAL ENTRY STATEGY - Cara Guna Gator

 

 Diambil dari :   http://forexmas.blogspot.com/

Assalamuallaikum... pada pengunjung blog jurnal Forexmas dan salam 1 malaysia buat semua.
Memandangkan saya sering offline dan banyak bersama keluarga. Shukur alhamdulllah banyak perancangan dapat di selesaikan.

Ok, tidak mahu membuang masa saya telah menunjukan Indicator dan Teknikal strategi untuk para pengunjung Forexmas.

Baca dan ikut arahan cara-cara untuk mendapatkan pertunjuk @signal yang amak mudah dan profitable untuk semua..

sila ikut penerangan dan langkah2 di bawah:

1) Dalam trading forex kita mempunyai masa 24jam sehari, dalam tempoh ini semestinya kita tidak mampu untuk bertahan selama 24jam sehari dihadapan pc. Di mana harus membahahagikan masa berqualiti 24jam bahagi pada 3 @ 8 jam sehari. Apa yang saya maksudkan qualiti dalam trading adalah ketenangan dari segala gangguan seperti pangilan telefon, kewangan , temujanji dan lain2... ianya membawa kepada gangguan emosi.

2)Dalam tempoh trading semestinya kita mengharapkan sesuatu keuntungan dan pada hakikatya kita dalam gelombang kerugian. oleh itu, Wajarlah kita menitik beratkan tentang Pengurusan kewangan dengan bijak. Pengurusan kewangan harus di titik beratkan sebelum memulakan sesuatu transaksi @jualbeli matawang. Ini kerana, untuk membuktikan kemampuan dari segi mental dan kewangan seseorang trader.

TAKNIKAL INDICATOR:

1-MOVING AVERAGE -SETTING KEPADA SMA 24
2-FRACTAL
3-GATOR

ok, hanya tiga indicator ini sahaja yang perlu anda guna dan kenapa indicator ini? sila ikut penjelasan saya ok....

1) SIMPLE MOVING AVERAGE 24
  • Pada pendapat saya moving average 24 bersamaan dengan 24jam atau 24 Candlestick's/Bar. Bermaksud ianya adalah untuk intraday mode trade.


Bermakna dalam tempoh 24jam anda harus menganalisa hanya 24candle time frame 1hours @ 48candle time frame30min @ 96candle time frame 15.
  • BULLISH TREND- Pastikan candle/bar berada di atas SMA24

  • BEARISH TREND- Pastikan candle/bar berada di bawah SMA24

    2)FRACTAL-Fractal akan timbul selepas timbulnya 5 candle bercantum.

    Seperti contoh di atas: fractal berfungsi sebagai pending order sama ada untuk buy atau sell. dan sebagai stoploss buy atau sell...
    setiap transaksi buy dan sell order harus di ingat anda harus meletakkan stoploss untuk mengurangakan kerugian anda berterusan atau flooting loss yang tinggi.


    3-GATOR-Mempunyai 2 warna hijau atau merah

    • Warna Hijau- menandakan trend bullish/bearish masih lagi kuat:-selalunya warna hijau mampu bertahan dari 3-7 candle/bar dan kembali kepada warna merah

    • Warna Merah-Menandakan trend bullish/bearish telah pun melemah:- logicnya pasaran ketika warna merah selepas ada beberapa trader melepaskan peganggan buy/sell untuk take profit.

    • Warna merah dan hijau- Menandakan pasaran mampu untuk legging, choppy, dan pada logicnya tidak ramai trader/bank2/invastor yang trade dan membuat keputusan tunggu dan lihat.
    TUKAR SETTING GATOR KEPADA:-

    dan setelah selesai anda akan dapat contoh untuk standart indicator seperti rajah di bawah



    ... sekian pada semua pengunjung forexmas... selamat mencuba akan saya buka kembali chat box tidak lama lagi untuk saya updatekan signal bedasarkan signal ini. insyallah....

    MANUAL PROFITUNITY - BREAKOUT Fractal Signal

    MANUAL PROFITUNITY - WISEMAN Fractal SELL Signal

    MANUAL PROFITUNITY - WISEMAN Fractal BUY Signal

    30 November, 2010

    WISEMAN 3

    WISEMAN 1

    A'kum kepada trader semua terutama yg gunakan chaos ni thread ni.

    Aku nak sharelah sikit memandangkan sudah ada yg jawab terkena hit stoploss masa mencari wiseman1.

    *Peringatan wiseman1 memang countertrend,kalau dah cekap memang untung,kalau tak cekap meh tgk gambar2 yg aku attachkan disini.Rajin-rajinlah buat ulangkaji dan menambah baikkan kaedah trading ini.Lagipun Bill tak trade forex..so janganlah terlalu yakin pada sistem ni,pasti ada kelemahan,tapi kelemahan tu kita boleh tutup dengan penambah baikkan dengan kaedah ilmu yg lain..

    Ini kaedah yang aku gunakan,kalau nak guna-gunalah ye..Aku tak pakai chaos sangat pun sekarang ni..tapi dah ada ilmu ni..lebih baik aku sharekan kat korang yg berminat pada chaos...

    Ini adalah teknik asal yang diajar


    Ini kaedah yg aku gunakan.

    Ini pula jangan terkejut..senang je nak dapatkan wiseman1 tu..tricky jee ngan timeframe..hehehe


    Apa-apapun berlatih kat demo dulu sampai yakin ok..GOOD LUCK!!!

    *ada MTF Pivot ni..nak guna,gunalah ye

    http://rapidshare.com/files/171525803/MTF_PIVOTS.ex4

    Wiseman1 tu nama jeee..sebenarnya kalau ikut hukum candlestick adalah terdiri dalam kumpulan DOJI



    29 November, 2010

    BDB yang berkualiti

    PERINGATAN

    1) bila price ATAS Alligator, BUY SAHAJA. kalau price BAWAH Alligator, SELL SAHAJA. Jangan lawan trend melainkan kalau dah expert

    2) AO merah JANGAN BUY. AO Hijau JANGAN SELL. kalau hijau, BUY SAHAJA. kalau merah, SELL SHJ.

    3) BUY FRACTAL (arrow ke atas) hanya VALID jika berada di ATAS Alligator. SELL FRACTAL (arrow ke bawah) hanya VALID jika berada di BAWAH Alligator. jangan lawan trend kalau tak nak rugi, melainkan anda dah tahap hebat & awesome + bebetul paham Chaos nie

    4)Wiseman 1 kena tengok Angulation. bukan semua W1 tu menunjukkan trend reversal. kadang2 dia turn sikit pastu sambung trend asal. so, kepada yg tak nak amik risiko sangat, jangan la lawan trend okeh

    itu je la basic. kalau tak langgar rule insya-Allah takkan loss. jangan sesekali counter trend kalau belum expert. biasanya org loss sebab nak lawan trend. trade following the trend, because trend is your friend. ingatlah, jangan ditahan roket yg menuju bulan, dan jangan tangkap pisau yg sedang jatuh. merana dibuatnya.

    -----------------------------------------------------------

    ada beberapa fahaman yg salah telah dihighlightkan..

    The right one
    1. Wiseman 1 is always against the trend
    2. Trade must begins with Wiseman 1, Wiseman 2 and 3 are not an initial entry.

    (Tak kira you expert atau tidak, rules mesti dipatuhi)

    Suatu Nasihat ....

    Just in case something happen in the future:

    1. Better jgn trade live tanpa sebarang backtest akan accuracy of the trading system. Try in the demo account at least 2 month.(don't be ****** to blow up your account)

    2. Not all trading system suite your style, and not all trading system can perform like other trader perform it(trading your believe system).

    3. Psychology(inner trader) and the knowledge of trading style are two combine method to improve your skill.

    4. Improving the skill and how you personalize the skill is depend on how you manage you mind and how you analizing your trading style to suite your time and the behavior of the market.

    5. less but not least : keep it consistence without having your account blow up with a proper risk control. If you know your risk, you will know your trading are working in the correct path.

    6. As a new trader in Chaos Trading, i would like to remind it again, don't you ever use the reversal pyramid method until you have consistence enough. (sayangilah duit anda tu)


    Best of Regard,
    Microwave
    Don't Listen to the expert

    MANUAL PROFITUNITY - Maklumat Kontrak

    MANUAL PROFITUNITY - Arahan Kad Urusniaga

    27 November, 2010

    Gambarajah Trading Chaos

    Copy paste dari :  http://onerich.blogspot.com/

    10 November, 2010

    W1, W2 dan W3

    Inilah antara teka-teki yang akau sedang mencari jawapan. Ingat senang nak dapat pips.... rerupanya aku perlu banyak berlatih dan banyak belajar lagi.

    Ku perlu kenal pasti the inside dalam diri ku sendiri dalam nak memahami dan akhirnya boleh menari bersama lenggok market yang serba serbi chaos.

    Ini adalah Teknik Chaos untuk membuat entry pada W1, W2 dan W3

    Sila perhatikan betul-betul dan belajar betul-betul.



    Utk Entry sebegini saya nak ingatkan bro² semua kene ikut rule dan selalu memerhatikan pergerakan Aligator, AC dan AO sebelum post  W3 hendak dibuat. Rule Wajib ade lah memerhatikan dengan teliti pergerakan indicator dan juga rule utk membuat entry W3. Semua position mestikan ditambahkan :

             BUY = candle/bar high + 1 pip + Spread(wajib)

             Sell = candle/bar Low + 1pips (wajib)

    Tidak ade SL dicadangkan .. kalau ikut rules chaos .. jikalau entry kat wiseman 1 dan 2.. SL ialah pada low candle W1 jika posisi anda adalah BUY.

    Kalau W1 anda adalah SELL, stoploss anda adalah pada high candle W1 tu u

    kalau entry kat W3 plak (fractal), SL kat fractal yg berlawanan.

    09 November, 2010

    Ehh! Pening Kepada Pulak




    Artikel ini adalah copy past dari http://onerich.blogspot.com/2008/12/ehhh-pening-kepala-pulak.html


    " Aduhh....pening kepala ni!",

    " Apasal naik pulak!",

    " Isk....kenapa turun pulak!",

    " Alahai!..tadi elok-elok profit tak nak close, kan dah floating!". 

    "Ehh...ada news ka ?", " Ini kalau turun sikit lagi aku cut lah nih". 

    " Alamak terlepas pulak BDB ni!". 

    " Ni la padahnya nih, masuk tak ikut rules !"."Alamak! Loss lagi!". 

    Ini adalah dialog-dialog biasa seorang Forex Trader, tak kira apa sistem yang digunakan, pasti saya atau anda akan alaminya. Kalau anda mengatakan saya tidaak pernah alami situasi-sitausi di atas, maka anda masih lagi bukan Forex Trader!..hahahhaa.. 

    Tapi masih ramai yang menaruh harapan tinggi ingin berjaya dalam perniagaan ini, Kenapa? Walaupun sudah maklum antara 90%-95% peratus 'trader' dalam risiko kerugian. 

    Apa situasi yang anda akan alami jika 'open price' atau 'entry' kita sudah 'profit' tetapi bertukar 'floating' kerana salah percaturan atau sebagainya. Ia sememangnya banyak menguji daya tahan mental dan emosi kita untuk menutup urus niaga dengan kerugian atau pun menunggu kita akan 'profit' semula. 

    Bagi 'wiseman trader' yang masuk urus niaga dengan Bullish/Bearish Divergence Bar (BDB), tidak kira berada di 'time frame'mana, ia akan memberi kelebihan kerana kita sudah diberi panduan di mana perlu 'Pending Order' dan di mana perlu ' Stop Loss'. 

    Tetapi bagi yang masuk ikut 'breakout fractal', kadang-kadang keliru di mana perlu berada SL dan berapa sanggup tanggung kerugian.Apatah lagi yang masuk dengan kaedah 'ikut suka', maka ini akan memberi kesan yang agak parah kerana masuk tanpa alasan yang logik kenapa masuk. 

    Antara petua yang boleh diamalkan ialah,jika ingin pasang PO atau entry, tanya diri sendiri, atas alasan apa aku perlu letak PO atau entry di sini. Kalau kerana aku lihat 'alligator' macam nak down...kes ni patut disemak semulalah. 

    Bagi yang bukan menggunakan teknik chaos, boleh berpandukan peraturan masing-masing. Memang tabiat biasa trader ialah 'sayang floating' dan ' tak suka profit kecil' adalah teman yang tak mesra dan patut dijauhi. Setiap yang berlaku mesti ada permulaannya, oleh itu PO Entry yang mengikut peraturan adalah sesuatu yang cukup penting ( nasihat diri sendiri juga ni).Ini bagi mengatasi masalah dialog-dialog di atas. 

    Dan yang selalu saya perlu ingat dan menjadi masalah ialah masuk dengan TF M15 tapi nak keluar dengan TF H4, konon-konon mahu lebih profit, tetapi apabila 'floating' 40-50 mulalah gelabah. Ini adalah senario biasa yang dialami mana-mana 'trader'. 

    Agak kesian pada diri sendiri, menanti 4-5 jam tetapi hasil yang diperolehi hanya 1 pips atau situasi yang paling tak suka ialah LOSS LAGI!. 

    Hanya diri kita sendiri yang mampu mengubahnya....:)

    02 October, 2010

    Kita selalu lupa ..... dan lalai ....

    Dengan lafaz dari lubuk hati ku .... aku naik saksi bahawa Tiada Tuhan Melainkan Allah. hanya Dialah yang disembah dan diminta pertolongan. Tiada apa yang selayak untuk menandingi Nya. Dan aku naik saksi bahawa apa yang Muhammad s.a.w sampaikan adalah benar dan haq dari Nya.


    Tadi, tengah aku dok osek-osek notebook yang dah terlalu manyak bahan-bahan download (bahan forex lah yang paling banyak dan berserabut), aku terjumpa satu folder yang membucarakan tentang TRADING CHAOS. Maha Suci Allah  ..... selama ini tak tersangka yang apa ku cari selama ini .... dah pun ada dan tercerok dalam hard disk.

    Seperti keajaiban yang berlaku .... seperti mana yang berlaku kepada rakan pelawat Bro. Lampu Ajaib. Dia jugak menjumpai nilai tak terhingga trading chaos bila dok osek-osek balik komputer dia.

    Banyak dosa-dosa yang kita buat. Entah-entah .... sejak kita mula berjinak dengan forex ni .... entah-entah berapa banyak kita peruntukkan waktu kepada forex, bukan kepada Nya yang semestinya paling selayak.

    Kita bangun memalam ... tengok chart. Buka buku forex Trading Chaos dan baca bagai nak ghak. Quran??? ..... ada ka kita baca sampai nak ghak macam lagu tu.

    Saya teringata akan petikan ayat yang selalu dijumpai dalam Al-Quran..... Barang siapa yang inginkan dunia, akan Kami berikan padanya. Barang siapa yang nak akhirat, akan diberikan kepada nya. Dan sering kali Allah mengulang-ulang dengan menggunakan "present tense" bahawa barang siapa yang ingin dunia .... dia akhirat nanti dia akan rugi.

    Ini adalah tazkirah dan peringatan untuk diri saya sendiri. Carilah dunia kalau nak cari pun, tapi dunia semakin kau cara, semakin dunia itu menjauhi engkau. Maka hendaklah engkau mencari mengambil akhirat, sebab akhirat memang dok ada kat depan mata.

    Apa maksud kat depan mata tu .... mudah saja ... bukankah kita ini diberi Allah akan NIKMAT ISLAM? Lahir-lahir kita dah Islam. Nama pun dah Islam. Kalau bodoh sangat pun .... tau jugak akan dosa pahala dan kenal siapa Allah walaupun tak sebenar-benar kenal.

    Pasal dunia .... kita berforex ni sebab nak cari dunia.... semakin di dari semakin jauh kita nak dapatkannya. Adakah ibadah kita ....e.g solat... seiring dengan peningkatan ilmu forex kita??? Khusyuk solat bertambah kah? Baca Al-Quran bertambah kah? Tawadhuk kepada Allah bertambah kah?? Tawakal kepada Allah bertambah kah.???

    Dan akhir sekali .....intisari Surah Al-Ma`uun.... Maka celakalah bagi si pensolat yang lalai daripada solat-solatnya ... kalah tak bersolat, kompom bakal kayu api neraka. Ni dok solat ... tapi lalai. Apa maksud lalai dari solat ??? Solat ada loma waktu. Perlu solat dalam kelima-lima waktu. Waktu bila???? Diawal waktu. Di mana???? Seboleh-bolehnya .... kena pi masjid . Melainkan kalau kita perempuan. Perempuan, yang muda sunat solat di rumah, sebab fitnah. Yang tua-tua boleh pi masjid. Yang Lelaki .. muda muda kena pi masjid . Yang tua-tau pun kena pi juga. Melaikan jika uzur .....

    Maka aku berpesan kepada diri sendiri .... ingatlah segala-gala nikmat Allah yang telah Allah berikan kepada engkau  selama ini ..... nikmat makan, minum, berfikir, seks, ilmu, kawan, tidur, sembuh dari sakit, sixth sense, silat, kebatinan dan lain-lain lagi. Sekarang ni forex pulak.......... tidak lain-tidak bukan ialah melainkan sebagai ujian Allah nak uji aku sama ada bertambah syukur atau bertambah kufur.

    Aku nak saksi bahwa tiada tuhan melainkan Allah sanya, dan Nabi Muhammad itu pesuruhNya.

    Aku bagi kat sini ....   http://forexmas.blogspot.com/

    Maka teka-teki itu terjawab

    Renungkanlah kata-kata di bawah ini ....... dalam satu ebook yang ada 28 mukasurat, dari ratusan ebook yang aku ada .... yang sikit dan cotek ini yang menarik perhatian ku ...


    Apa dia kata :

    ".... Dalam sesuatu trend yang besar, terdapat trend-trend yang lebih kecil untuk “melengkapkan” trend yang besar. Ia boleh diklasificasi sebagai Long-term (dari sebulan sehingga beberapa bulan), Mid-term (dari seminggu sehingga sebulan) dan Shortterm (dari 24 jam sehingga seminggu)..."

    Selalu kita dengar ayat di atas. Namun .... bila saya jumpa gambar tu .... barulah saya tahu apa maksud kata-kata itu. Sebab utulah .... dalam satu seminar yang saya pergi, tuan seminar dapat minimum 70 pips sehari dengan teknik chart kosong + trendline. Bila saya trade pulak .... -ve pips yang saya dapat.

    Rupa-rupanya ... itulah dia rahsianya ....

    Kalau tak faham.. tak ape. Saya masukkan dalam blog sebab ia adadalah jawapan kepada jigsaw-jigsaw yang dok ada dalam kepala ni.

    Untuk pergi lebih lanjut .... supaya tak terus jadi kebuntuan jigsaw dalam kepala .... ingat kata-kata ini.

    Maklumat trendline hendaklah di baca sekali dengan teori elliot wave (12345). Elliot Wave adalah asas pergerakan market yang kita lihat dalam chart. Faham elliot wave, faham trendline, dan faham bagaimana nak kenal pasti wave 1,2,3,4,5 dalam satu-satu trend.

    Buku rujukan .... ada saya bubuh dalam blok ni. Bro Lampu Ajaib yang kasi.

    Maka dengan ini ... terjawaplah sudah teknik di seminar forex free yang saya ikuti tu.. iaitu teknik di bawah ini.Hampa faham ............. faham. Kalau tak faham ... boleh pi kursus dia.


    Sekian ....

    27 September, 2010

    TIANG KEHIDUPAN


    Apakah ada satu binaan yang kukuh tetapi ia tidak bertiang??? Memang pun tiada. Mana-mana binaan, pasti ia memerlukan tiang untuk berdiri kukuh. Ada orang kata piramid tak ada tiang?? betul kah!!


    Kalau anda ke Mesir dan melawat piramid, tanyalah kepada jurucakap pelancong sama ada piramid ada tiang atau tidak. DIA AKAN JAWAP TIDAK. Ini adalah kerana tiang piramid bukan seperti tiang yang kita bayangkan seperti tiang rumah dan tiang bangunan.

    Tiang piramid adalah satu PAKSI TENGAH menampung tertegaknya binaan piramid itu atas muka bumi. Ia tidak dibina sebagaimana tiang yang kita bayangkan hari ini, tetapi paksi tengah ini adalah kiraan kalkulus matematik. Batu-batu yang digunakan dalam pembinaan piramid, disusun dalam bentuk blok-blok dengan teratur, menurut kiraan matematik, supaya ia ada paksi tengah yang akan menampung berat piramid. Ini bermakna, tiang piramid hanya "boleh dilihat" oleh orang yang pandai matematik sahaja (yang pakai akal tinggi). Kalau tanya pemandu pelancong tu .... tobat dia kata piramid tak dak tiang.

    Kesimpulannya di sini ialah .... tiang dalam struktur binaan, tidak semestinya wujud secara zahir dan kita boleh lihat ia .... bahkan ia boleh wujud secara "tersembunyi" dan hanya boleh dicungkil oleh yang menggunakan akalnya.


    Saya amat suka untuk membawa persoalan artikel ini kepada kehidupan kita seharian. Kalau anda ada akal yang panjang, renungkanlah bahwa kehidupan yang kita lalui ini adalah satu bentuk binaan. Kita perlu bina hidup kita. Hidup bekerja, hidup bermasyarakat, hidup berkawan dan ber-rakan taulan, hidup berpolitik, hidup berhibur dan bergembira dan juga hidup berforex ....heh ..


    Agama adalah Ad-Deen.
    Ad-Deen adalah cara hidup
    Cara hidup adalah kehidupan
    Tiang kehidupan adalah SOLAT

    Jagalah solat ..... kerna solat yang dilalaikan .... adalah celaka yang amat besar .... intisari Surah Al-Maa`un

    23 September, 2010

    Merasa lah aku .....

     

    Lepas pi dengar seminar percuma di Forexexcel.com ..... aku dapat nafas baru tentang forex. Terima kasih lah kepada Cikgu Idris yang bagi aku peluang hadiri seminar percuma beliau. Banyak benda yang aku ambil belajaq dari beliau. Bak kata ungkapan .... kalau orang dah berbudi, kita perlu berbahasa. Kalau dia tak mau beri .... tak merasalah kita ...

    Apalah sangat yang boleh kita balas budi orang yang banyak berbudi pada kita ..... budi tak boleh di timbang dengan wang dollar.

    Macam selalu ..... latahan orang selalu menjadi fokus aku. Latahan di seminar percuma itu jugak yang aku fokuskan.


    Lihat gambar di atas. Teknik di atas aku ghodek sendiri di internet. Ghodek punya ghodek, dapat lah tahu rerupanya teknik ini ada pihak yang kenakan sampai 4k kalau nak belajaq. Nampak macam mudah .... ya .... kalau kita anggap leceh .... apa la teknik ni! teknik ni aku pun boleh belajaq sendiri (ayat seru) .... jangan begitu ... tak baik begitu. Tidakkah kita perlu berbahasa bila orang dah berbudi dengan kita. Nampak saja mudah ..... tapi kalau tak kena gaya .... boleh robak poket. Kalau kena gaya .... boleh kaya kita ....

    Aku pun .... kalau ada duit, aku sanggup ambil belajar walaupun kena bayar ribuan. Ada seorang kawan yang pi kursus tu, dia ajar dan tunjuk kat aku sekali je ..... akaun dia dari 100 USD, mencapai 1000 USD dalam sebulan lebih je. Dia tunjuk sendiri kat aku. 1 pip = 10 sen je dia amik. Setiap hari 70 pips pasti masuk pukat. Sebab tu .... aku yakin pasai teknik tu ..... terima kasih pada yang menunjuk ajar.

    Namum .... aku tak ada duit 4k. Tak dapatlah nak pergi belajar. Cuma ..... kata cikgu kat sekolah ..... kekadang gambar juga boleh menunjukkan latahan seribu makna .... bagi orang yang amik fikir.

    Terima kasih pada guru-guru, bro-bro dan kawan-kawan yang ada secara langsung dan tidak langsung yang memberi galakan dan ilmu juga menghantar sesuatu buat saya, sehingga dapat mencapat tahap mencantumkan jigsaw-jigsaw hingga tahap ini.

    Untuk yang membaca artikel ini, saya letakkan beberapa gambar lagi untuk jigsaw seterusnya.





    Jigsaw dan klu yang saya dapat ialah ...... trend, trendline dan back to basic (iaitu action market price moving).

    Kalau nak belajaq pasai trendline ..... mungkin ini membantu anda KLIK. Dan jugak ini KLIK

    Orang Berbudi .... Kita Perlu Berbahasa ...



    Memahami forex dengan peta yang betul amat lah banyak jigsaw nya.

    Dalam lliku-liku mempelajari forex ni .... banyak yang kulalui pengalaman demi pengalaman. Kena tipu dan juga tertipu. Tertipu sebab tidak percaya kepada diri sendiri dan ilomu yang masih mentah.

    Terima kasih pada beberapa individu yang aku kenal, yang hanya perkenal diri melalui chatting dan email, yang banyak menunjuk jalan kepada ku.

    Aku ingin menulis lagi .... dan lagi ... supaya puzzle dan jigsaw dalam kepala otak ini bercantun dan terjawab.

    Aku mulai dengan contemplation kepada apa yang aku lalui selama belajar forex ini ... yang dah makan 3 tahun .... untung tarak ... margin call ada la ..

    Mula-mula ....belajar forex dari Ustaz Sobri Group. Ada laman sembang kata dia scam. Scam ...scam pun .... ada sesautu yang aku dapat ambil belajar. ... itulah OHLC atau Open-High-Low-Close. Ia adalah teknik untuk menggunakan candlestik untuk mengetahui market trend. Kalau maket price hari ini ditutup lebih rendah dari semalam, maka market adalah nak ke downtrend. Kalau closed lebih tinggi dari semalam, market akan ke arah uptrend. Time frame guna daily untuk petunjuk dan TF15 untuk ambil position.


    Itulah langkah pertama ..... di mana maklumat ini mempuzzle kan aku beberapa lama. Aku buat rugi. Dia buat untung. Dah tu .... mana yang tak kena??? Ada lah lagi beberapa jigsaw yang aku tak dapat nak tul;is kat sini sebab ia hanya terpampang dalam minda aku .... BM aku lemah, tak pandailah den nak elaborate ...

    yang aku dapat dari pengalaman dia atas ialah ..... (i) action price dalam candlestik daily, (ii) trend.

    kemudian .....masuk kursus KuasaForex. Orang kata dia scam jugak .... baca web dia terus mata naik berjuta-juta. Terkasima dengan iklan. Pi seminar .... dapat la note sikit dan aku tulis mana-mana "latahan" dia sebab kata cikgu aku kat sekolah ..... manusia kalau nak kenal yang tersirat ..... teliti pada latahan kata-katanya.

    Ya .... banyak yang aku dapat dari latahan itu .... (iii) trendline, (iv) timeframe H1 dan H4 (v) market sideway, (vi) masa berforex hari Rabu dan Khamis saja (vii) mengadap komputer 7 pm - 11 pm je. Masa lain tok yah   .... dan beberapa lagi.

    Trendline ..... Kuasaforex ajaq sikit-sikit pasai cara nak lukis garisan. Ia cuma latahan dia dalam nak ajaq kami. Manalah aku tau yang ilmu trendline adalah suatu ilmu yang amat berguna dalam berforex .... sehinggalah aku bertemu dengan Cikgu Idris di Forexexcel.com. Orang kata tak baik kalau buat iklan percuma .... tapi bagi aku .... semejak aku jumpa dan dapat seminar percuma di situlah ..... aku mulai pandai nak mencantumkan jizsaw-jigsaw puzzle aku.

    Meh la aku cerita sikit ..... memula sebelum ilmu trendline dari Cikgu Idris, alhamdullah, terjumpa dangan satu forum yang ajaq forex free .... malah dia bagi sistem yang berguna lagi .... iaitu Merdekarama. Terima kasih Bro. WHA ...... dia adalah antara insan yang aku panggil "cikgu" sebab keikhlasannya macam ikhlas cikgu. Kalau orang berbudi .... kita perlulah berbahasa. Kalau kita tak balas dengan berbahasa, nanti orang tak akan berbudi kepada kita lagi .... suatu ungkapan Melayu yang amat dalam maknanya dan mantap hikmah disebaliknya ..... kalau kita renung-renungkan ....

    Bro WHA amat titik beratkan agar aku kaji-dan mengkaji sistem yang dia beri .... macam dalam seminar Kuasaforex .... aku juga sering mencari "latahan-latahan" dalam mana-mana artikel yang dia tulis. Nanti akan tulis bab khusus menganainya, seperti mana aku tulis bab bagaimana aku memahami Sistem Kuasaforex @ Isakas melalui Sistem Merdekara MP2009.

     

    22 September, 2010

    Puzzel Yang Tak Bercantum ...


    Tahukah kamu apa itu jigsaw puzzel .... ha ... ha .... itu macam gamgar di atas. Jigsaw perlu dicantumkan untuk mendapat gambaran yang jelas. Dia boleh jadi macam code. Ada satu laman web yang menceritakan tentang misteri guna konsep jigsaw puzzel. Hampa pi la ke laman web ini  Mistis File .... best ooooo... baru kita tau betapa syoknya bila minda kita berupaya mencari jawapan yang tak berjawab selama ini bila dapat di gabungkan puzzel-puzzelnya .

    Selama aku belajar forex ni ... setiap maklumat yang aku belajar .... macam duduk dalam puzzel. Kekayaan lalu depan mata setiap hari. Ribuan dollar ..... sekali tengok macam boleh kaut kat kita sikit. Bila bukak position .... tahu pun betapa susahnya nak dapat pips.

    Memula dulu, sebelum kenal forex, seorang ustaz perkenalkan pada aku forex dan aku terus jatuh cinta. Buat permulaan .... aku belajaq dari Ustaz Sobri Group, sebab dia ajaq free pada kami waktun tu. Ada la sekali saja aku pergi kelas dia.

    Dapat la satu ilmu baru. Iaitu ilmu tentang OCHL .... open close high low. Kalau open hari ini dan ia close lebih tinggi dari semalam, bermakna pasaran adalah uptrend. Kalau open low dan ditutup lebih rendah dari semalam, maka pasaran akan down trend. Itulah ilmu yang mula-mula sekali ku belajaq. Entah apa yang tak kena .... masih tak faham dan terkapai-kapai. Lost memanjang. Buka ikut dan..

    Lepas tu .... baca iklan dalam akhbar, dapat tau pasai Kuasa****. Daftar amik kelas dia dan mai KL.

    Dapat la ilmu kedua ..... iaitu pasal timeframe H1, moving average 3, 30, 120 ..... dan lagi pasai masa yang sesuai untuk trade .... hari Rabu & Khamis sahaja .... trendline .... dan tidak dapat tidak ... Sistem Kuasa**** @ Isakas

    12 July, 2010

    Trading Kelam Kabut - Chaos Theory


    Ni saya dapat sikit link untuk ambil belajar teory chaos oleh Bill William.
    Habis baca buku yang Bro. Lampu Ajaib posted kan. Tapi panjang nye muka surat sampai 246 pages.

    Dok osek-osek .... jumpa laman web di bawah ini yaang meringkaskan Theory Chaos dengan lebih mudah.

    So ..... sila lah download.

    Tima kasih kepada insan yang telah perkenalkan saya pada Chaos Theory ..... Bro Lampu Ajaib

    http://www.alpari.co.uk/en/alpari_academy/market_analysis.html

    02 July, 2010

    ANDA MAHU BERJAYA atau ANDA TAk NAK GAGAL (3)



    Artikel di bawah ini adalah ditujukan untuk diri saya sendiri. Saya telah mengalami margin call, dan telah patah hati dengan forex. Sekarang nak bangun semula. Dalam dok melihat semula artikel yang saya simpan untuk tatapan diri sendiri dalam blog ini ..... terjumpalah satu artikel yang belum lagi saya publishkan.

    Artikel itu adalah artikel yang saya tulis untuk memotivasikan diri saya sendiri.

    Kalau dulu .... saya menulis artikel bersiri Di Mana Perjalananku Bermula ..., artikel itu adalah ditulis untuk diri sendiri yang pada ketika itu tak faham bagaimana Sistem Kuasaforex aka Isakas berfungsi. Saya buat perbandingan dengan MP2009, hasilnya alhamdulillah ..... saya dah faham bagaimana isitem itu berfungsi.

    Tapi .... kata guru-guru forex tang saya sempat berchat - Wha928, Mokh dan  warhead ...., - kata mereka ... " sistem yang sebenarnya adalah terletak dalam diri sendiri.. bukannya di skin komputer" ...

    Saya tak faham apa maksud mereka yang dah otai ni ..... sehinggalah saya dapat margin call ... dan sehinggalah terjumpa artikel di bawah ini ..... aku rasa aku ingin menulis semula

    ...... menulis untuk diri sendiri ..... bukan untuk orang lain ..... kalau anda nak baca ...... janganlah anggap apa yang saya tulis ini HEBAT sangat ..... hanya untuk MENASIHATKAN diri sendiri sahaja ....

    Maka .... bacalah artikel ANDA MAHU BERJAYA ATAU ANDA TAK NAK GAGAL ??

    ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ 

    The path to success in forex trading is based on one central idea: consistency. The first thing most people who consider forex think about is money. How much money they can make. This leads to a desire for quick profits. That leads to almost certain failure. 

     There is another way to think about how to become a forex trader. An alternative mind-set is to think of yourself as becoming a ‘pip’ manufacturer. 

    Here is what I mean.
    Like any manufacturing firm, being a pip manufacturer means you produce every month a certain output of pips. 

    A small factory would produce perhaps a smaller output of 300 pips. A larger factory could produce 500 and more pips. But its not the amount of pips that is important. It is the consistency of the production. 

    Think of being so confident in your production of pips that you can bet that it will be 96% of the time within a 30 pip range. So someone producing 300 pips on the average would be really producing 96% of the time between 270 and 330 pips. This ability to be confident about your production is profoundly important. It is the first major goal of any training.
    How does one achieve the goal of consistent trading? In the Secrets of Forex coaching it works by a continuing coaching process. We begin by looking at live charts together on the desktop, one-on-one. 

    As coach I will demonstrate an important technique a trader should know. The student will then put on about 20 trades. We track the results. 20 trades is enough to identify weaknesses and errors of strategy or tactics. The second step is a review of the trades and in a follow-on tutorial we focus on correcting the weaknesses. This process is iterative and keeps going on.
    The result is that the person training to become a trader has identified the sources of mistakes he has made, and can demonstrate progress in correcting the mistakes. Along the way new strategies and tactics are taught.
    Becoming a forex trader is a process. It is not taking a lot of material and reading it. It is not sitting in a class and then forgetting what one has learned. In small frequent steps- everyone can learn to become a forex trader!
    source: Secretofforextrader.com

    22 June, 2010

    EMAIL DARI SAHABAT ..... LAMPU AJAIB DATANG MENJENGAH

    Masih ingatkah akan LAMPU AJAIB. Bukan maksudnya lampu yang boleh buat silap mata sebab dia ajaib .... maksud saya bloger LAMPU AJAIB telah datang berkunjung ke blog ini ..... dan telah pun mengemelkan kepada saya sesuatu yang saya katakan amat berharga untuk kita baca dan ambil belajar.

     Mengapa kita perlu ambil belajar ..... ada 2 sebab

    1. Lampu Ajaib telah beri satu ebook yang ditulis oleh Bill William. Siapa Bill ni ???? Kalau nak tahu ... dia adalah orang yang mencipta indikator William dalam MT4. Kalau tak percaya ... buka MT4 anda dan cuba cari indikator tu ....dah pun tersedia ada.

    2. Selalunya .... orang yang boleh buat indi kator dan ia diperakui dalam sistem .... adalah orang yang betul-betul kenal market forex dan ribut (chaos) di dalam nya .... so ..... kalau dia tulis buku .... persepsi apa yang dia tulis selalunya amat accurate dan variability nya adalah tinggi.

    Maka itu .... mai lah kita pakat-pakat download dan baca buku ni untuk ambil belajar ........ dan memanjangkan amal jariah yang Lampu Ajaib mualai.

    ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~


    Assalamualaikum kawan,,

              Diharapkan sihat & bagus semuanya,,Alhamdulillah,,
             
    Kalau saudara jenguk pada blog yg bertajuk 'Strategi 7 Bar',,pada komen di bawahnya ada saya sertakan satu e-book link bertajuk Trading Chaos: Applying Expert Techniques to Maximize Your  Profits '(clik untuk download) ,oleh Bill William,orang yg mencipta indikator William dalam MT4,

    Saya cuma ingin berkongsi apa yg telah saya pelajari & garap dari e-book yg nampaknya tak seberapa & terlalu biasa sangat itu,,Setelah lebih kurang 3 tahun berforex,mula-mula saya dapat e-book tu dulu pun,agak berbulan saya biarkan ia berlapuk dalam hard disk,,tapi semuanya bertukar apabila saya terpanggil utk membaca isi kandungannya,,

    Tiba-tiba persepsi & pemahaman saya tentang dunia trading bertukar dgn agak drastik,,Kali pertama membacanya,saya mula jadik melekat sehinggakan terus saya print,jadikan buku & baca helaian demi helaian dari kulit ke kulit,,Lalu, saya ambil keputusan utk menghentikan aktiviti trading saya buat sementara utk habiskan membaca & study. Terlalu jelas jadiknya 'life' saya sebagai trader sebelum ini adalah seperti orang yg menggunakan peta yg salah utk perjalanan yg dimulai & sedang dilalui,tak heranlah kalau saya tak sampai-sampai ke tempat hendak dituju,,Saya mula sedar akan betapa banyak masa,tenaga & wang yg telah saya habiskan dgn menggunakan peta trading yg salah selama ini,,Nilai sebenar buku ini kalau hendak dibeli di KLCC memang agak mahal,tapi dunia cyber memudahkan segalanya,,296 mukasurat semuanya,,taklah tebal sangat,,Free pulak tu,,Sebab 'free' inilah juga yg membuatkan saya agak lambat utk menjenguknya,,yalah,mana taknya,tanggapan kita kalau benda 'free' ni,kurang lah umphnya,,tapi,,ternyata berkenaan buku ini,saya saangaat salah,,

    Ketika saya habis membaca kali pertama,saya terlalu tidak sabar utk mempraktikkan,& terbukti, prestasi trading saya memberikan satu pengalaman yg tak pernah saya rasa sebelumnya,,keyakinan pada position yg dibuka agak tinggi,,tak pernah sebelumnya saya dapat merasa float positif dalam tempoh masa yg agak lama,,300-500 pips dgn 1 lot buka,kadang-kadang sehingga seminggu,macam tak percaya bila tengok duit semakin bertambah positif,,Hampir setiap minggu,konsisten, saya keluarkan duit profit USD300-500 dgn bermodalkan 1 lot 1 USD,,menggunakan hanya USD500 di dalam akaun trading mikro saya,,Saya tak tipu,,inilah pengalaman sebenar saya,,

    Tapi pemahaman selepas bacaan pertama ternyata masih kurang mantap,,kadang-kala agak slow utk menganalisa chart,,lalu saya ambil keputusan utk baca kali kedua,,Kali ini ternyata timbul satu-persatu kaedah yg cuba di nyatakan dgn lebih terang & dapat lebih faham,,Memang puashati & berbaloi,,Inilah blueprint yg tak ternilai dalam kepala saya yg bakal saya turunkan kpd anak-anak utk bertrading di masa akan datang,,Coba lah,,baca lah & fahamkan,,anda akan rasa seperti apa yg saya rasa,,InsyaAllah,,   Tak terniat pun dalam diri saya utk bermegah-megah atau kecoh-kecoh dgn apa yg saya ada,,niat saya cuma satu,,utk berkongsi konsep & ilmu yg betul tentang trading,,saya tak mahu ramai lagi jadik mangsa dgn dunia forex yg kejam & tak mengenal mangsa ni,,biar orang lain tak perlu melalui apa yg dah saya rasa,seperti orang sesat yg menghabiskan masa berpusing-pusing dalam cycle yg salah atau menggunakan pedoman yg salah,,sekian,,semoga saudara mencoba,,bacalah,,pinta saya hanya satu,,cobalah baca,walaupun terpaksa ambil masa yg lama,,habiskan baca walaupun sekali,,Terima kasih,,

    NAK MINTAK TOLONG

    Kalau anda temgok gambar kat bawah ni ..... penuh ada tu;lisan dan penerangan. Macam mana saya nak buat hah??????


    Saya nak buat macam gambnar di bawah untuk menerangkan Strategi 7 Bar. Tolong lah saya .....

    Yang perlu pertolongan


    Tuan Punya Blog

    11 June, 2010

    Strategi TUJUH BAR

    Pada masa yang lalu ..... ku pernah berjanji untuk menulis tentang teknik 7 Bar. Namun hasrat murni tersebut banyak pulak  resistence nya (rintangan). Dah tu pulak .... berpindah tempat kerja dan sebagainya. Internet pulak kabel setaman kena curi ..... akhirnya ia terbengkalai berbulan-bulan .... malahan melangkau ke tahun baru ....Alhamdulillah ....dengan izin Allah .... semangat datang kembali sebab selepas kejatuhan trading sebab MC, tersentak untuk menilai semula pembacaan dan kendiri. Alhamdullah .... selepas terjumpa satu sumber baru kat internet, strategi 7 BAR ini menjelma semula sebab kurasakan yang ia ada kaitan pada asasnya ....

    Peringatan ..... strategi 7 bar BUKAN teknik ..... dan bukan pula rules yang rigid untuk ikut 100%. Mana ada forex yang 100% tepat ikut rules .... yang ada hanyalah pasaran yang amat volentile .... naik-turun dengan cepat mengikut supply and demand.

    Untuk memahami strategi 7 Bar, kita kena pakai TF 1H ... sebab strategi ini adalah untuk intraday trading. Pair pulak .... boleh guna GJ atau GU. Nak guna EU pun boleh .... tapi pengalaman saya dengan EU, ia agak sentimental kata orang ...... walau macam mana pun, saya nak ulang kembali .... Strategi 7 bar bukan teknik, tetapi hanya suatu pedoman sahaja ...

    Anak kunci utama da rakan karib kita adalah TREND. Faktor trend ni, kala kita kuasai .... pasti kalau labuhkan 10 pancing .... 8 pancing pasti dapat ikan punya .... namun .... nak kena cari tang mana lubuk ikan juga ... letak pancing tang tak dak ikan .... habis masa .... silap-silap ... bukan silap malah dah selalu pun ... umpan di pancing habis, ikan tak dapat, masa habis banyak dan perut pulak lapar.....


    TREND ...... selalunya (bukan setiap kali ye ...) trend harian untuk satu-satu hari, kalau ia bermula hari tu, ia akan bertahan selama 7 jam sahaja. Tujuh jam bermakna tujuh bar, sebab TF 1H, satu bar bermakna 1 jam. Kalau trend tu kuat lagi ..... dia akan pi ke maksimum 12 jam. Selalunya tak sampai 12 jam aih ..... 6-8 jam, dia akan reverse balik (bertukar arah).

    Dalam pengalaman saya, saya dok perati, kalau daripada keadaan market sideway ..... selepas market sideway yang panjang, trend akan yang kuat akan berlaku. Kuat-kuat pun trend, dia boleh pi lazimnya 7 bar je .... selepas bar yang ke-7, dah wujud tanda-tanda sama ada pasaran nak slow jadi side way atau pun tnak berpaling arah. kalau kuat sesangat .... trend boleh pi hingga 12 bar iaitu 12 jam. Selepas itu side way atau bertukar arah. Katakan market tak bertukar arah tapi nak terus lagi ..... lazimnya ia sideway dulu sebelum sambung trend. Ataupun selepas 7 bar .... pasaran akan berlaku reversal ....... (tapi tak kencang) ...... nak amik angin kata orang ..... then dia hembus kembali mennyambung trend nya yang asal.

    Kalau anda guna fibo .... pasti anda nampak .

    Untuk nak cam tanda-tanda pasaran berpaling arah, saya sertakan satu link (click) . Kat site tu, anda perlu download ebook yang menceritakan bagaimana nak belajar mengenali trend dan price action.

    Insyaallah ..... rajin-rajinlah membaca. Lagipun, blog ini adalah untuk merekodkan apa-apa pengalaman forex yang saya lalui. Kalau nak tulis semua .... alamatnya bila lagi saya nak buat trade. Lebih baik saya mengaji untuk sendiri yang buat untung daripada menumpukan masa mengajar orang lain..... emenatkan otak saja..... ala kulli hal ...... saya bagi jugak link-link yang boleh membantu anda untuk membaca dan belajar melalui jalan-jalan yang saya lalui.

    Mungkin anda akan menjadi lebih hebat dari saya ......

    07 June, 2010

    FAKTOR " XXXXX"

    Ni ada satu lagi maklumat yang Sifu WHA928 kasi hint. Aku dapat di forum terbuka. So .... boleh la letak dalam blok aku ini. Terima kasih cikgu sebab berikan anak-anak murid ini hint.

    Mungkin kita tertanya-tanya apa sebab apa sifu tidak brterus terang ???? saya rasa satu saja sebabnya .... sebab kalau bagi secara terus terang .... aada anak murid yang tidak berterima kasih .... dihentamnya gurunya itu sampai ....... mengganggu emosi..... apa-apa pun .... saya record kan artikel sifu untuk simpanan saya dan untuk tujuan pembelajaran saya. Terima kasih bebanyak ....

    Psst ..... entahlah .... bila boleh kita berjumpa .... anak murid ini selalu pergi ke Rawang, sebab selalu melawat emak saudara yang sedang sakit. Kat sebelah TESCO tu je ....

    Selamat membaca wahai diri ku .... hi..hi..  

    ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

    Factor "XXXXX" memang sifat macam tu...macam apa ya????entahlah...saya pun tak tau..... yang saya tau...usah nak promote ea lain di sini......Tiada promote ea-ea lain disini..harap di keluarkan promote ea tu...he..he....


    Factor "XXXXX" ini digunakan dalam merdekarama ( semua sistemnya) dan boleh digunakan dalam pelbagai timeframe dan pelbagai pair.... itu yang penting....yang penting .....tiada MC dan tiada SO........kita hanya akan buat sesekali order sahaja dan menetukan arah tuju yang kita kehendaki.....


    Factor "XXXXX" mempunyai maksud mendatar ...iaitu menjana keuntongan.....ada seorang sahabat menguji selama seminggu secara manual dari tahun 1998 hingga 2010...dengan menggunakan dana 10,000 usd.... menguji secara manual...bukannya robot..sebab robot boleh menipu anda....manual tidak....sebab anda yang kena buatsecara adil...dan pada 1/5/2010 dia boleh mencecah usd 234,000 selama hampir 2 tahun..... entahlah ...itu diua kata dan dia tunjukkan satu demi satu cara dia buat manual....macam cara yang factor "XXXXX" katakan....untuk 1 pair sahaja .....yang digunakan...


    Aku tak akan bincang dahulu factor "XXXXX" disini buat sementara waktu sebab kami ( saya dan pak Hendry) akan secara rasminya memaklumkan kemudiannya....yang kami buat sekarang adalah mengadakan ujian dan ujian benar....


    bagi yang memahami...aku ciptakan kannya untuk kegunaan Merdekarama sahaja dan rupa-ruypanya ianya boleh digunakan untuk semua sistem....dan timeframe....itu sahaja...tang lain...nanti akan diceritakan.....


    ...... nak bercuti ke Tioman Island..esok.........yang penting..aku dah dapat hari ini....usd 225 dengan factor "XXXXX".....anda bagaimana??????





    06 June, 2010

    MOTIVASI KENDIRI UNTUK START SEMULA ....



    Selepas kena MC tuhgi (itu hari) .... ni nak buat prepration untuk bergerak semula ...... dah tu .... nak tengok bali semua tulisan dan artikel Cikgu WHA926 dari artikel kat Merdekarama FXopen forum. Dan lagi nak tengok kembali sejarah dan asas mengapa Sistem Merdekarama 1st edition di keluarkan, sehinggalah MP2009 yang advance tu.

    Rerasanya ...... anak murid dapat tangkap apa maksud FAKTOR XXXXX yang cikgu cakapkan tu. Tapi .... kalau dapat tangkap hint pun  ...... bukan perseolan XXXXX tu yang jadi masalah .... tapi persoalan nak kenalpasti bilakah faktor itu terjadi dan bermula dan bila pula ia berakhir yang jadi masalah anak murid ini ....

    Setakat ini sejak menceburi forex dari 2007, belum lagi anak murid dapat mengusai betul-betul faktor tu. Selalunya ... terkena perangkap sideway.

    ala kul li hal (bahasa arab) ..... terima kasih cikgu sebab bagitau faktor XXXXX.