02 October, 2010

Kita selalu lupa ..... dan lalai ....

Dengan lafaz dari lubuk hati ku .... aku naik saksi bahawa Tiada Tuhan Melainkan Allah. hanya Dialah yang disembah dan diminta pertolongan. Tiada apa yang selayak untuk menandingi Nya. Dan aku naik saksi bahawa apa yang Muhammad s.a.w sampaikan adalah benar dan haq dari Nya.


Tadi, tengah aku dok osek-osek notebook yang dah terlalu manyak bahan-bahan download (bahan forex lah yang paling banyak dan berserabut), aku terjumpa satu folder yang membucarakan tentang TRADING CHAOS. Maha Suci Allah  ..... selama ini tak tersangka yang apa ku cari selama ini .... dah pun ada dan tercerok dalam hard disk.

Seperti keajaiban yang berlaku .... seperti mana yang berlaku kepada rakan pelawat Bro. Lampu Ajaib. Dia jugak menjumpai nilai tak terhingga trading chaos bila dok osek-osek balik komputer dia.

Banyak dosa-dosa yang kita buat. Entah-entah .... sejak kita mula berjinak dengan forex ni .... entah-entah berapa banyak kita peruntukkan waktu kepada forex, bukan kepada Nya yang semestinya paling selayak.

Kita bangun memalam ... tengok chart. Buka buku forex Trading Chaos dan baca bagai nak ghak. Quran??? ..... ada ka kita baca sampai nak ghak macam lagu tu.

Saya teringata akan petikan ayat yang selalu dijumpai dalam Al-Quran..... Barang siapa yang inginkan dunia, akan Kami berikan padanya. Barang siapa yang nak akhirat, akan diberikan kepada nya. Dan sering kali Allah mengulang-ulang dengan menggunakan "present tense" bahawa barang siapa yang ingin dunia .... dia akhirat nanti dia akan rugi.

Ini adalah tazkirah dan peringatan untuk diri saya sendiri. Carilah dunia kalau nak cari pun, tapi dunia semakin kau cara, semakin dunia itu menjauhi engkau. Maka hendaklah engkau mencari mengambil akhirat, sebab akhirat memang dok ada kat depan mata.

Apa maksud kat depan mata tu .... mudah saja ... bukankah kita ini diberi Allah akan NIKMAT ISLAM? Lahir-lahir kita dah Islam. Nama pun dah Islam. Kalau bodoh sangat pun .... tau jugak akan dosa pahala dan kenal siapa Allah walaupun tak sebenar-benar kenal.

Pasal dunia .... kita berforex ni sebab nak cari dunia.... semakin di dari semakin jauh kita nak dapatkannya. Adakah ibadah kita ....e.g solat... seiring dengan peningkatan ilmu forex kita??? Khusyuk solat bertambah kah? Baca Al-Quran bertambah kah? Tawadhuk kepada Allah bertambah kah?? Tawakal kepada Allah bertambah kah.???

Dan akhir sekali .....intisari Surah Al-Ma`uun.... Maka celakalah bagi si pensolat yang lalai daripada solat-solatnya ... kalah tak bersolat, kompom bakal kayu api neraka. Ni dok solat ... tapi lalai. Apa maksud lalai dari solat ??? Solat ada loma waktu. Perlu solat dalam kelima-lima waktu. Waktu bila???? Diawal waktu. Di mana???? Seboleh-bolehnya .... kena pi masjid . Melainkan kalau kita perempuan. Perempuan, yang muda sunat solat di rumah, sebab fitnah. Yang tua-tua boleh pi masjid. Yang Lelaki .. muda muda kena pi masjid . Yang tua-tau pun kena pi juga. Melaikan jika uzur .....

Maka aku berpesan kepada diri sendiri .... ingatlah segala-gala nikmat Allah yang telah Allah berikan kepada engkau  selama ini ..... nikmat makan, minum, berfikir, seks, ilmu, kawan, tidur, sembuh dari sakit, sixth sense, silat, kebatinan dan lain-lain lagi. Sekarang ni forex pulak.......... tidak lain-tidak bukan ialah melainkan sebagai ujian Allah nak uji aku sama ada bertambah syukur atau bertambah kufur.

Aku nak saksi bahwa tiada tuhan melainkan Allah sanya, dan Nabi Muhammad itu pesuruhNya.

Aku bagi kat sini ....   http://forexmas.blogspot.com/

Maka teka-teki itu terjawab

Renungkanlah kata-kata di bawah ini ....... dalam satu ebook yang ada 28 mukasurat, dari ratusan ebook yang aku ada .... yang sikit dan cotek ini yang menarik perhatian ku ...


Apa dia kata :

".... Dalam sesuatu trend yang besar, terdapat trend-trend yang lebih kecil untuk “melengkapkan” trend yang besar. Ia boleh diklasificasi sebagai Long-term (dari sebulan sehingga beberapa bulan), Mid-term (dari seminggu sehingga sebulan) dan Shortterm (dari 24 jam sehingga seminggu)..."

Selalu kita dengar ayat di atas. Namun .... bila saya jumpa gambar tu .... barulah saya tahu apa maksud kata-kata itu. Sebab utulah .... dalam satu seminar yang saya pergi, tuan seminar dapat minimum 70 pips sehari dengan teknik chart kosong + trendline. Bila saya trade pulak .... -ve pips yang saya dapat.

Rupa-rupanya ... itulah dia rahsianya ....

Kalau tak faham.. tak ape. Saya masukkan dalam blog sebab ia adadalah jawapan kepada jigsaw-jigsaw yang dok ada dalam kepala ni.

Untuk pergi lebih lanjut .... supaya tak terus jadi kebuntuan jigsaw dalam kepala .... ingat kata-kata ini.

Maklumat trendline hendaklah di baca sekali dengan teori elliot wave (12345). Elliot Wave adalah asas pergerakan market yang kita lihat dalam chart. Faham elliot wave, faham trendline, dan faham bagaimana nak kenal pasti wave 1,2,3,4,5 dalam satu-satu trend.

Buku rujukan .... ada saya bubuh dalam blok ni. Bro Lampu Ajaib yang kasi.

Maka dengan ini ... terjawaplah sudah teknik di seminar forex free yang saya ikuti tu.. iaitu teknik di bawah ini.Hampa faham ............. faham. Kalau tak faham ... boleh pi kursus dia.


Sekian ....