22 February, 2011

NIKMAT FOREX - pintu rezeki yang tidak diduga



EURUSD ...USDJPY....USDCHF........GBPUSD
.....AUDUSD ...... USDCAD......dan crosses, exotic, derivatives dan bermacam-macam lagi pasangan forex. Jika ada 192 negara dalam UN, bayangkan berapa pasangan forex boleh diniagakan setiap masa!

Bila EU tengah tidur, NZ, AUS dan Japan sudah aktif berniaga, forex mereka sedang rancak bergerak. 

Di situ sudah boleh kaut beberapa pips (atau $). Cari lagi mana yang akan meletup lepas tidur nyenyak. (...... sideways ..... alligator...) Pasang strategi, ikut masa dia meletup!  Dapat beberapa pips lagi! Begitulah seterusnya....setiap masa tetap akan ada pasangan forex yang sedang enak rancak untuk dicekut pipsnya!

Bila NZ, AUS, Jepun sudah petang dan tutup bisnes, pasaran diambil alih pula oleh Timur Tengah, kemudian Afrika, EU, UK dan seterusnya US. Begitulah setiap hari mengikut pusingan dunia. Begitulah hukum yang telah ditetapkan..
 
"Ia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar; Ia pula menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya), dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya); dan Ia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut perintahnya, – tiap-tiap satu dari keduanya, beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Ingatlah! Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni." 39. Az-Zumar [5 ]

Bukankah ini satu nikmat dalam cara mencari rezeki yang telah diberikan kepada manusia? Satu cara yang mudah, online, pasaran yang terjamin besar, liquid setiap saat, dengan menggunakan teknologi internet dari pemberian Allah SWT? Dengan hanya duduk depan komputer?

Kenang-kenangkan nikmat ini. Ia terlalu besar untuk traders, terutama traders Muslim, untuk tidak menghiraukanNya, tidak bersyukur, menafikan cara-cara mendapatkan nikmat ini dengan betul dengan sebaliknya bersikap tamak dan berjudi untuk menangguk nikmat ini? Kenapa mesti berjudi?

Sumber : forexlebihsuci.blogspot.com

20 February, 2011

PERINGATAN - Kaitan Fractal dan Alligator


Bila baca buku New Trading Dimension, Bill William ada terangkan pasal cara guna fractal dengan bantuan Alligator untuk mencari kot-kot berlaku perubahan trend.

Dia cerita dalam bab FRACTAL.

Bagaimana nak mencari trigger potential tu, gambar di bawah ini banyak membantu.

Bila Fractal "triggered" di bawah Line Merah, yang dipanggil Alligator Teeth, dia adalah valid signal kalau menjadi seperti gambar di bawah ini.

Kalau tak berlaku macam gambar di bawah ini, maka signal tu TAK VALID. Cuma ..... aku keliru tang TF mana yang nak digunakan ....

** penambahan ....selepas beberapa lama, aku jumpa yang Bill William trade menggunakan timeframe daily.

** Namun, ada sesetengah traders telah mengubah suai teknik ini dengan trade di timeframe H4. Tapi, ia harus dibuat dengan bantuan Awesome AO.

15 February, 2011

Power Ranger pun penat .....

Tu dia aaih .... Power Ranger pun penat. Ini kan aku ..... penat dan penat dan penat mencari dan mengkopi bahan-bahan untuk di buat book. Print la ......


Lepas ni .... aku nak berhenti menulis. Kata dulu nak menulis tentang  ANDA MAHU BERJAYA ATAU ANDA TAK NAK GAGAL. Tetiba datang penangan Bro. Lampu Ajaib dengan ebooknya yang dia beri .... terus terhenti nak menulis. Lepas tu, kata nak menulis tentang liku-liku perjalanan hidup aku mencari jawapan kepada persoalan-persoalan dan klu-klu yag timbul selama aku belajar forex. Dah tak sempat ... dek penangan ebook itu jugak la .... tu yang bulan lepas, hampir sebulan aku tidak mencatat apa-apa catatan dalam blog ini.

Sekarang .... aku telah penat dan penat dan penat.

Maklumat yang aku jumpa dalam komputer tu ... aku print semua keluar dan buat buku. Tebal oooi.... mau sampai 1000 muka surat. Entah terabih atau tidak untuk di baca. Quran pun tak habis lagi nak di baca.

Oleh itu .... tepat jam 3.43 pm, Ahad 3 Oktober 2010, dengan rasminya .... aku berhenti menulis dan mencatat dalam blog ini. Aku akan menulis semula pada suatu masa nanti yang entah bila. Oleh itu .... tak perlulah datang menjengok blog ini buat masa ini.....


Sekian.

06 February, 2011

TEKNIK FOREX YANG MUDAH-MUDAH

Walaupun mudah .... kalau tak kena time dan kaedahnya, bergolak jugak jiwa ni ...Namun, anak kunci menguasai teknik-teinik ini adalah DI SINI

-------------------------------------------------------

Yang ini adalah teknik mudah ikut trend. Guna EMA


 Yang ni pula, juga teknik mudah yang guna EMA. Daripada Marketiva KLIK




EMA breakout




Kat bawah ni adalah teknik SURE HEBOH



Teknik Breakour Early Bird


02 February, 2011

THE ELLIOTT WAVE OSCILLATOR dan cara untuk mengenal WAVE dengan tepat













KESIMPULAN PEMBELAJARAN

Di bawah ini (gambar chart 1) adalah bagaimana kita boleh mengutip pips dengan Teknik Wiseman1, Wiseman2 dan Wiseman3 yang digabungkan bersekali

(1)


Yang Gambar Chart 2 pula ialah bagaimana WISEMAN 1 BUY terbentuk. Isyarat Wiseman1 mesti didahului dengan pembentukan angulation, dan bar AO pula masih lagi merah (kalau SELL, bar AO adalah sebaliknya iaitu masih lagi hijau).

 (2)

Pada pengkajian saya , bila selak-selak price history yang ke belakang, Wiseman1 amat mudah dikenalpasti bilamana price berada dalam penghujung Elliotte Wave 2 nak ke Wave4, ataupun yang amat mudah dikenali lagi ialah pabila wave 4 nak ke wave5. Pembentukan BDB yang membentuk waseman1 itu adalah tanda pertukaran wave.

Kalau nak best lagi, .... kalau H4 berada dalam Down Trend, kita buka H1, wisemn1 nya akan terbentuk dengan amat cantik .... iaitu ia selalunya tak akan mengena stoploss yang dipasang.

Kalau H1 tak selari dengan H4, selalunya stoploss kita akan mengena, walaupun selepas itu price ikut arah yang kita jangkakan. Baca Chart 3 ni .... paham sendirilah

(3)



 Yang gambar 4 kat bawah ni pulak .... akau tak paham pasai apa. Mungkin WISEMAN 2 kot. Kalau kita guna TF H4, selalunya amat senang nak makan pips.... kalau tengok price history movement la. Tapi perasaan kita selalunya amat berdebar-denar nak masuk dan tunggu. Sebab price movement akan buat revesal sikit....
 (4)


Yang bawah ni pulak ialah ialah bagaimana boleh buat untung dengan WISEMAN 1,2 dan 3 sekali gus. Pakai TF 15M

Dalam dok mentelaah buku Trading Chaos 2nd edition, aku rasa teknik WISEMAN 1 ada sikit-sikit persamaan dengan Kaedah 7 Bar dalam Kuasaforex. Mungkin jugak ada sikit-sikit persamaan kerna  ........


Sekian