26 November, 2011

KECIL TAPAK TANGAN, NYIRU SAYA TADAHKAN ........ Terima Kasih WHA928



Wa`alaikum salam wahai guru dan sahabat WHA928...

Setiap kali sifu memberi komentar ... terdetak-terdetak di kalbu saya.


Izinkan saya bercerita akan perkembangan terbaru saya ....

Semua ini adalah gara-gara menelaah MP2009 dahulu. Nak tahu dengan mendalam bagaimana sifu memahami cara forex bergerak dan seterusnya sehingga terciptanya sistem tersebut.

Bak kata pengalaman pendidikan .... apa-apa saja ilmu yang dikuasai melalui perjalanan pengalaman, bila ia dikongsi dengan orang yang tak melalui pengalaman tersebut, ia tidak akan menghasilkan natijah yang sama.

Itu lah yang berlaku pada saya.Walaupun telah banyak saya belajar melalui tips yang saudara curahkan seikhlas hati .... masih terasa bahawa diri ini masih kosong. Trade pun kadang kala untung, dan kadang kala rugi. Modal asal 500 usd, hanya tinggal 50 usd. Tetapi .... masih belum margin call lagi.

Pengalaman mengkaji dan memahami MP2009, membawa saya berkenalan dengan seorang lagi sahabat yang menggelar dirinya LAMPU AJAIB. Ia memberi petunjuk sehingga tercetuslah TRADING CHAOS, suatu ilmu yang mengajar tentang psikologi of trading dan bagaimana nak kuasai diri sendiri untuk bertrading. Semasa trading, kita sebenarnya sedang trade dengan diri sendiri.

Buat pengetahuan saudara WHA928, selepas faham falsafah CHAOS, barulah saya tahu bagaimana market bergerak............. namun terasa ada lagi puzle-puzle di minda ini yang belum terjawab. Ilmu Trading Chaos telah membuka minda saya akan bagaimana MP2009 berfungsi. Namun, lost tetap lost. kalau 20 kali untung, sekali lost terus sapu berseih semua untung. Purata saya dapat 200 pip sebulan termasuk selepas ditolak trade yang rugi.

Sekarang, saya terjumpa pula formula bagaimana saudara mencipta dan mengaplikasikan MN**** dalam trade saudara.... rupa-rupanya mudah sahaja asasnya ....heh..heh.... hebat betul saudara ....cuma pengalaman kehebatan itu tak dapat saya kuasainya sebagaimana saudara kerana pengalaman saya tidak sama dengan pengalaman saudara ....masih merangkak.

Saya amat terharu bila mana sifu sudi untuk memberikan tips sifu yang hebat untuk membantu saya ....alhamdulillah .... kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan. Bukan senang-senang nak jadi anak murid Sifu WHA928 kan?? Bersyukur saya kepada Allah s.w.t atas kesudian sifu menerima saya sebagai anak murid.


1) - bagaimana saya nak menghubungi sifu???. Bolehkah saya dapatkan emel sifu??? emel saya ialah sofiys2@gmail.com

2) - tips yang paling penting yang saya nak belajar ialah -  bagaimana sifu buat trade part time ketika mana sifu ada kerja sepenuh masa?? .. 
3) - saya kerja guru.... masa saya free adalah petang dan malam. tapi masih tak dapat trade consistent. Tu yang nak belajar tips sifu

Mohon bantulah saya ....amin
Yang ikhlas


Sofiys2@gmail.com

No comments:

Post a Comment