27 September, 2014

Kartun - Bagaimana Anda Memilih Currency

Inside bar

Incide Bar Candle



Inside Bar forex trading trigger - Price Action strategies








 

12 September, 2014

STATEGI "FRACTAL BREAKOUT"


Ini adalah video yang menerangkan bagaimana "fractal" boleh digunakan untuk trade. Apa itu fractal?. Apa kaitannya dengan apa yang saya belajar dalam TFS?. Sebelum saya membeli dan menggunakan ilmu Teknik Forex Sebenar, selama 2 tahun saya mengkali Trading Chaos oleh Bill William. Ini adalah lantaran Bro. Lampu Ajaib yang telah masuk memberikan komen berguna dalam blog saya ini. Beliau boleh buat sampai 500 pips sekali trade dengan psychology yang aman. Saya amat teruja, dan terus print ebook yang dia beri dan start baja dan mengkaji. Sejak itulah, saya mengenali apa itu fractal dan elliot wave, serta mempunyai pemahaman yang betul tentang Buy dan Sell. Jika saya nak umpamakan forex ini .... forex market seumpama sebuah sungai yang mengalir dari hulu ke hilir dan seterusnya ke laut . 

Aliran air sungai itu tidaklah mengalir lurus. Air sungai yang mengalir, ia akan mengalir mengikut haluan yang kurang halangan. Jika terdapat halangan, ia akan berpatah-balik dan mencari laluan yang lain yang tiada halangan. Lama-lama, ia akan membentuk tebing sungai yang bengkang-bengkok tetapi tetap juga arahnya iaitu dari hulu ke hilir. Tempat-tempat di mana aliran air membengkang -dan membengkok itulah dinamakan "fractal". Dalam forex, fractal ialah tempat-tempat dimana price membuat u-turn. Aliran air menngalir adalah seumpama candle-candle price yang terbentuk dalam time frame.

Contoh saya berikan dalam gambarajah di bawah. GU dibawah adalah menunjukkan sebuah forex market yang mengalir secara Uptrend. Trend UP bermula dari bawah chart,dan bergerak naik ke atas.

Soalannya .... adakah aliran price (aliran air) itu sentiasa bergerak lurus naik ke atas??. Tidak. ia bergerak bengkang-bengkok. Segitiga yang saya tandakan itu adalah tempat-tempat di mana aliran price membengkok (u-turn). Dia naik, kemudian retrace, naik semula kemudian retrace, naik semula dan retrace sampailah ia ke penghujung trend (kuala sungai).




 Kalau kita pandai, kita boleh manfaatkan fractal sebagai breakout stategy. Dalam TFS, kemahiran ini di ajar. Tempat-tempat fractal terjadi itu kita tandai dengan garisan Support dan Resistence.