01 October, 2014

Mengapa Saya Mengkaji Trading Chaos

Sesudah aku memaparkan dalam blog ini akan petunjuk-petunjuk Trading chaos, maka aku ingin membuat kesimpulan untuk diriku ini. Tujuan kesimpulan ini adalah untuk membuat rumusan akan apa yang SALAH trentang pengetahuan aku semasa mendalami Trading Chaos.

SATU
         Barulah aku tahun sebenarnya, selama ini aku menggunakan TF yang salah untuk melihat pergerakan trend. Aku dah khatam 3 kali buku trading chaos, tapi aku tidak dapat menjumpai jawapan yang pasti apakah TF yang Bill William gunakan untuk sistemnya. Rupa-rupanya, dia hanya syorkan untuk trading menggunakan TF Daily sahaja. Encik Bill amat menekankan agar kita kenal sendiri akan psikologi trading kita sama ada scalping ke, swing ke dan lain-lain. Namun demikian, semua contoh-contoh chartnya, sama ada forex, komoditi atau saham, adalah menggunakan TF Daily. TF Daily lebih nyaman dan tidak banyak false signal. Petunjuk trend dalam TF Daily adalah lebih accurate.
        
         Dulu-dulu aku dok guna TF H1. Tak pernah mencuba pun Daily. Paling timggi pun, aku guna TF4H. Tu yang dok tak ketahuan punca tu .... oleh itu, dalam matlamat pertama ini, hendaklah di tekankan bahawa kalau nak buat analisa trend, hanya buat di TF D1 je la ..... TF lain, tok sah (ini adalah untuk analisa arah pasaran sahaja ye ..... cara nak OP bukan kat sini.)

DUA
        Sekarang, aku tak guna lagi Trading Chaos. Aku guna sepenuhnya Teknik Forex Sebenar. Tetapi, mengapa aku mengkaji semula Trading Chaos?? Aku kaji semula chaos adalah untuk menajamkan pemahaman aku tentang apa yang cuba di sampaikan oleh Teknik Forex Sebenar. Ada persamaan yang banyak antara TFS dengan Trading Chaos. Yang paling jelas ialah berkenaan dengan reversel signal.... iaitu bagaimana nak mengetahui tanda-tanda awal market akan berubah arah. So .... alhamdulillah .... aku telah berjaya dalam matlamat kedua ini.

TIGA
         Aku nak ceritakan sedikit bagaimana aku terkeliru dengan indicator.  Kat bawah ini adalah indicator Alligator atau Buaya. Hakikat sebenarnya, ..... Encik Bill tak pernah pun mencadangkan kita untuk buat analisa pergerakan price (price movement) berdasarkan indicator Alligator. Dia tak pernah ajar pun .... jadi ... tang mana aku keliru tu ???
         Aku terkeliru kerana selama ini aku banyak terpengaruh dengan indicator.  Sebab dulu-dulu akau guna indikator. So .... bila Teknik Forex Sebenar ajar cara tak perlu guna indicator, trade guna chart kosong je, so.. lambatlah aku nak tersedar tang mana yang Masta Khalid kata pergerakan price itu. Chart hanya menterjemahkan pergerakan price itu dalam petunjuk candlestick bukan dalam indicator. The chart indicates  the movement of price only in candlestick method.
       The chart does show any information obout price movement within the Alligator. The chart has noting to do with the Alligator indicator. The price movement also has noting to do with the Alligator.If you want to know the now-here price movement, you have to look into the candle itself. If the candle is marubuzo, what it indicates. If the candle forms a shooting star, what it indicates.
               

     The only task of the alligator is to assist whether the trend is  uptrend, downtrend or side way. Tu je ...... tak lebih dari itu. Itu pun kalau tak dak alligator, pun kita boleh tahu jika kita buat HH, HL, LL, LH.
     Itulah yang amat-amat ditekan kan oleh Bill William dalam buku 2nd editionnya. Yang aku pulak .... bila dah letakkan alligator dalam chart, maka terarahlah mata ini kepada buaya tu .... tidak kepada candlenya .... sebab itu aku lama juga ambil masa nak kaji Teknik Forex Sebenar. So ... matlamat aku pada point tiga ini tercapai iaitu selepas ini .... tak payah hiraukan lagi alligator. Tak payah ambil peduli. Pedulikan saja alligator tu. Tumpukan kepada pergerakan candlestick macam TFS ajar. Namun, saja aku nak letak buaya tu dxalam chart sebab nak mudahkan psikologi aku ini menguasai satu lagi masalah utama .....iaitu masalah EMPAT.

EMPAT
           Masalah empat ini ialah secara psikologinya, kita sering cuba jugak nak mengagak price tu nak buat swing. Tapi sebenarnya price tu hanya nak buat retrace je ... lepas itu dia ikut kembali trend asal. Ini lah yang perlunya kita mengkaji dan melihat satu persatu pergerakan candlestick pada TF D1 itu.
          Ingatlah bahawa analisa trend hanya dibuat dalam TF daily sahaja atau TF lebih besar. Tak boleh TF yang lain. Kalau guna TF yang lain selain Daily .... analisa kita akan menyasar. Orang satu dunia guna Daily nak buat analisis, kita pandai-pandai nak guna TF yang lebih rendah lagi .... itu namanya lawan ulama muktabar. Lawan ulama muktabar ..... kiok la nampaknya.
          So .... TF daily hanya buat analisis samaada UT,  DT atau SD. Kalau UT, kita tak boleh terus OP dalam Daily tu. Kita kena bukak TF yang lebih rendah iaitu H4. Kalau D1 ialah UT, kat H4 mesti kena tunggu DT dulu. DT pada H4 adalah retracement daripada UT di D1. So .... bila ada tanda-tanda price nak pusing semula ke araf UP seperti mana dalam Daily tadi, barulah kita buat OP. Kita OP di H4. Analisa guna D1.
       
LIMA
          Apakah hakikatnay indikator Alligator tu ????. Buaya itu sebenarnya adalah sebuah MA - Movong Everage. Saya rasa kita dahpun belajar bagaimana fungsinya sebuah indicator MA. Dalam Youtube banyak video menerangkannya. Juga banyak artikel di dalam internet yang menulis bagaimana sebuah MA berfungsi .... BERFUNGSI UNTUK TOLONG KITA ....bukan berfungsi sebagai sebuah sistem yang MENENTUKAN trend sesuatu market.

           Oleh itu, kita sepatutnya menganalisis menggunakan pergerakan candlestick sebagai sumber rujukan utama. Perlulah kita mendalami ilmu candle ini. Shooting star, hammer, marubuzo, spinning candle, mana jambul , mana ekor, BOD - Bullish/bearing Outside Bar dan lain-lain.
            Dalam bukunya, Bill William amat menekankan tentang pengetahuan yang beliah istilahkan sebagai BOD that stands for BULLISH / BEARISH OUTSIDE BAR. Kalau dalam TFS ia adalah disebut BEOD. Saya tak dapat terangkan lebih lanjut akan BOD itu.
             So .... point kelima ini ialah si Buaya itu hanyalah MA je .....


ENAM
         Ini masalah tentang bagaimana nak masuk Buy atau Sell berdasarkan sesuatu chart. Saya yang ceritakan dulu kesalahan yang saya buat dahulu.
            Dulu punya cerita ...... saya menggunakan teknik KF yang dijual tu la. Dah tu ... siap pergi ke seminarnya pula. Apa yang dia cerita di seminar dan apa yang dia tulis dalam  ebook tu .... berbeza macam laut dengan daratan. Dia tipu kah???? Dia bohong kah????. Kita yang tak tau ketahuan punca tu terus tanya apa pasai dalam ebook ajar lain, dalam seminar ajar lain. Dalam ebook ajar guna TF 30M dan TF 1M. Analisa buat dalam timeframe 30M. Bila dalam seminar, ajar pula bahawa sila guna TF 1H untuk buat analisis, dan masuk buka Buy atau Sell pun guna 1H juga. Ye la .... saya amat-amat newbie waktu tu. Tak dapat nak tangkap apa yang sebenarnya beliau ingin sampaikan.
            Akhirnya .... ia memberikan akibat yang buruk kepada diri saya sendiri. Saya ikut semua guideline beliau yang diajar semasa dalam seminar tentang bagaimana nak buat analisis tu. Namun .... lost tetap lost. Ada kawan saya yang jumpa sama-sama di seminar, dah lost 15K sebab ikut cara tu (diapun teramat newbi macam saja juga). Kesian juga kat dia. Cuma beza dengan saya ialah saya boleh faham BI. Boleh lah cuba-cuba geledah dalam forum-forum berbahasa Inggeris untuk mencari dan belajar sendiri.
           Satu lagi kesilapan yang saya buat ialah selalu sahaja masuk Buy atau Sell tidak kira waktu. Nampak je candle tu UP terus buy. Lagi-lagilah bila isyarat daripada Sistem KF semuanya menunjukkan Buy. Apa lagi .... buy la ... Bila buy, terus sahaja market down. Bila dah profit nampak negatif sampai 25 pips, gelabah gila la ...takut punya pasal terus close. Bila close .... market kembali Up pula dan terus up. Market naik, saya pula lost profit.
           Then, diajar dalam seminar bahawa waktu trade adalah dari jam 8 - 12 malam je (Nasir tak bohong akan kebaikan waktu trade ini).....Setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis sahaja. YANG NI AKU PERLU IKUT SEMULA. Sejak aku praktice TFS, aku hentam saja hari. So ... lepas ini perlu kembali kepada Selasa, Rabu, Khamis sahaja hari untuk trade. Hari lain kalau nak trade, elok guna demo je.
          So .... point sejarah kesilapan aku ini adalah kerana:-
          a) - Salah masa trade, sebab trade tidak ikut waktu chart.
          b) - Salah faham cara masuk oder, trade tak ikut waktu chart

Aku ceritakan ..... sebab aku masih newbie, akau tak tahu yang Nasir suruh dalam seminar untuk buat analisis chart 1H. Tengok pasaran uptrend atau downtrend menggunakan TRENDLINE. Cara guna trendline dia ajarkan. Cara dia ajar betul. Bila guna chart 1H, sepatutnya masup order tu hendaklah setiap satu jam. Itu jikalau candle ada beri petunjuk. Contoh .... Chart 1H. Trend adalah UPTREND. So ... kita hari tu adalah menunggu untuk signal buy sahaja. Bila nak masuk jam 8 malam, waktu New York time bersilang dengan London time, pasaran akan sedikit beralih arah ke arah sell. Ini la retracement (waktu tu mana aku tau yang tu retracement. Aku bodoh forex lagi). Ataupun pasaran dalam keadaan side way. Tiba-tiba .... candle akan terus nampak UP ..... Nasir kata kalau dia .... dia akan follow je candle tu. Akau tak tau yang sebenarnya kena tunggu candle tu close dulu baru masuk. Meaning that ... kalau pergerakan 1 jam candle dari 8-9 pm tu akan membentuk apa .... dia bentuk marubuzo ke atau shooting star atau hammer. Aku mana tau ... sebab dalah LCD dia tu ada gambar candle marubuco je ... Marubuzo pun aku tak tau apa waktu tu. Nasir kata tunggu candle itu close dulu . Then baru boleh masuk order.



Kesimpulan:

Ini lah yang aku dapat daripada pengkajian aku tentang Trading Chaos. Semua yang aku dapat tu mengukuhkan ilmu aku dalam Teknik Forex Sebenar. Aku ambil maklum bahawa blog aku ini di follow oleh beberapa orang. Nasihat aku kat hampa .... korang tak akan dapat memahami apa yang aku faham. Aku hanya ceritakan bagaimana aku faham. Bukan apa yang aku faham. Yang aku faham tak sama dengan apa yang akan korang faham. Oleh itu .... carilah korang akan mentor yang sebenarnya. Teknik Forex Sebenar adalah yang terbaik untuk dipelajari. Teknik chaos agak memeningkan kepala sedikit. Aku tak pa .... aku dah khatam baca buku chaos tu ....

Akhir kata ..... . Lepas ini, tiada lagi update buat masa terdekat. Yang mungkin ada ialah update video dari youtube tentang Chaos. Korang boleh dengar sendiri apa yang diceritakan dalam video tu kalau korang kuasai BI.

Sekian dari aku untuk kefahaman aku sendiri

Cara OP berdasarkan Retracement pada TF H4