12 December, 2015

PROFIT BANYAK DENGAN RISIKO KECIL MENGGUNAKAN DTB






Saya tahu first sekali mesti anda nak tau DTB tu apa kan. Tengok sebatang candlestick saja pun boleh trade


http://www.forexsebenar.com/hop.php?ref=sofiys2


DTB = Daily Tiny Bars, iaitu Candlestick bersaiz kecil (jarak High ke Low tak lebih 30pips) di Time Frame Daily. Ia boleh terbentuk di antara hari Selasa - Jumaat, boleh tengok SETIAP HARI PUKUL 8 PAGI CHART BROKER IBFX atau FX CITIZEN (lain broker lain daily close dia). Lagi kecil, lagi bagus.

Selalunya pagi Selasa 8am boleh nampak. Contoh hari ni 12/08/2014 GBPUSD TF Daily semalam ada DTB (jarak High Low 25pips saja). Ia dah pun breakout ke bawah. Nampak tak? Ia selalunya terbentuk hari Selasa pagi sebab Isnin market tak banyak bergerak.

PAIRS = Disyorkan 5 major pairs ini sahaja (EURUSD, GBPUSD, USDCHF, USDJPY, AUDUSD) sebab breakout dia cantik, jarang patah balik. Kalau cross pairs dan exotic pairs takut dia FALSE BREAKOUT (dah breakout lepas tu patah balik). Cuba semak chart Time Frame Daily anda dan kaji ya.

CARA TRADE = Sangat-sangat mudah. Set Buy Stop dan Sell Stop 10 pips di atas High dan di bawah Low DTB tu sekaligus. Stop Loss pula terbalikkan sahaja (rujuk gambar). Target profit letakkan sekurang-kurangnya 2X ganda dari Stop Loss yang digunakan. (Stop Loss atau SL ialah had maksimum kerugian yang sedia ditanggung JIKA trade anda tidak menjadi)

RASIONAL = 1 Candlestick daily bermaksud pergerakan harga utk tempoh 24 jam. Jika harga tidak naik atau turun banyak dalam tempoh 24 jam, akan berlaku breakout yang kuat pada hari-hari seterusnya. 24jam adalah tempoh yang sangat lama. Jadi, kita standby lah untuk dia breakout. Itu saja. Senang kan? smile emoticon

So, hari + masa + pairs + time frame + cara trade semua dah tahu. Dah boleh cuba dah pun pada yg dah pandai trade grin emoticon

RISIKO = Ada 3 senario yang bakal terjadi jika anda trade DTB iaitu:
1 - Satu post sahaja diaktifkan, satu lagi tidak diaktifkan. Ini memang lumayan dan semua trader nak.
2 - Dua-dua post diaktifkan, tetapi satu tu loss minimum (sebab DTB kan kecil sahaja saiznya) tetapi yang profit tu maksimum. Jadi, masih lagi dapat net profit yang besar.
3 - Dua-dua post diaktifkan dan dua-dua pun loss. Jarang berlaku, dan inilah yang trader tak mahu.

Sebagai trader, loss itu lumrah. Kita cuma perlu minimakan saja. Tiada teknik 100% profit. Ini hakikatnya dan kena sedar daripada awal. Ramai trader gagal sebab sekali loss sampai 25 - 50% dari modal. Kalau faham money management memang mudah je forex ni. Untung $1,000, Loss $300, kita masih ada $700. Itulah yang sebetulnya dan perlu diamalkan iaitu PROFIT > LOSS.

OK lah itu saja perkongsian kali ini. Kalau suka boleh buat salah satu daripada langkah ini ya (nak buat semua lagi bagus huhu):
1 - Like Post ni
2 - Komen
3 - Share

Sekian terima kasih. Semoga bermanfaat buat semua.

Wassalam

11 December, 2015

Lepas berpenat lelah ... kini boleh la mula senyum

Saya paparkan satu gambar dan anda boleh baca:


Di atas ini ada gambar yang menceritakan pertukaran trend. Saya dapat gambar ini 1 tahun yang lalu. Ketika mana masih terkebil-kebil memahami bagaimana pertukaran trend. Terkebil-kebil memahami maksud chart. terkebil-kebil memahami buku Trading Chaos 2nd Edition. Terkebil-kebil membaca dan mentelaah ebook Teknik Forex Sebenar.
  1. CS nombor 1, adalah Marubozu bullish. 
  2. CS nombor 2 dan 3 adalah retracement. Price buat patah balik semula sebab CS nombor 1 dia telah break Resistence sebelumnya (kat sini aku masih belum faham kenapa dikatakan "break resisrence sebelumnya"). Oleh itu, CS n. 2 & 3 ini dia bearish dan terhenti pada Resistence yang telah menjadi Support.
  3. Selalunya aku akan pasang PO BUY beberapa pips kat atas CS no. 1 dan TP 100 pips ikut nasihat Teknik Forex Sebenar (TFS).
  4. Dok tak lama ... PO pun terkena dan aku float positive. Senyum aku  sensorang ... itu ditunjukkan pada CS no. 4 yang juga membuat bullish. 
  5. Lepas empat jam .... hek eleh ... price patah balik dan buat bearish. CS no. 5 tu dia telan habis CS no. 4 tu. Tang ni la aku heran. Pasai apa price patah balik dan bearish. 
Di sinilah salah aku yang selalu aku buat. Aku dok kaji hingga bertahun-tahun. Sejak beli TFS versi 2 lagi. Baca buku faham... tapi bila mai demo .... barai dan hancur. Screen Short di atas pun aku telah hampir satu tahun. Tapi ... masih belum berhasil.

MT4 ni pun satu .... bila aku dah mula buka akaun demo .... bila dah mula buat keuntungan sikit ... demo pun tamat tempoh. Expired kata orang putih. Tapi kalau dok rugi-rugi ... 3 bulan main demo tak expired pun akaun tu. Kalau untung, sebulan dah tapat tempoh. Aku pulak .... suka kalau akaun demo tu aku rugikan kaw-kaw sampai tinggal 100.00 USD. Jadilah aku nak latih psikologi trading. Bila profit naik je ke 150 lebih kurang ... expired. Hantu betul broker forex ni dengan aku. Bila daftar akaun baru dah tak rasa feel lagi dah. 

Akhir kata .... finally aku dapat baca chart di atas dengan bacaan yang hakikatnya. Itu apabila aku osek-osek ....terjumpa sebuah nota dalam komputer yang aku dah pun printkan jadikan sebuah buku. Dulu baca nota tu ... aku tak menyedari dan ambil serius. 

Bila terjumpa dan baca semula .... baru terkasima dengan beberapa maklumat yang salah ketika aku mentelaah Trading Chaos.

Trading Chaos ini amat dekat di hati aku bukan sebab sistem Si Buaya tu .... tapi sebab dialah buku forex pertama yang aku beli dan pembelian itu aku beli dari USA. Melalui amazon.com, dan ia dihantar ke tempat kerja dengan kapal terbang (air mail). Ia mengajar aku akan "apa itu ilmu CRS" atau Candlestik Revesel Signal yang membolehkan aku faham ilmu candle yang diajar dalam Teknik Forex Sebenar, yang dihuraikan secara mudah dan bersahaja. Begitu touching pada psikologi .... lagipun ... bidang aku adalah bidang psikologi ...so aku lebih cepat faham akan selok-belok term-term ayat-ayat psikologi yang ditulis dalam English tu.

Kalau orang lain akau tak tau la korang akan faham atau tidak akan terma yang digunakan ...

By the way ... terima kasih pada kengkawan dalam forum Teknik Forex Sebenar yang telah membantu mengkonfirmkan apa yang aku dok kaji dan mentelaah semula selama 1 tahun ini. 

Alhamdulillah ... aku telah lulus dalam memahami bagaimana nak cari trend, nak tahu trend dan nak tahu tanda-tanda awal trend akan bertukar arah. Juga bagaimana  dan apa itu retrace dan reversal ... juga pasai apa hampa kata boleh trade reversal (lawan trend). Korang trade boleh profit ... aku trade boleh MC.