17 January, 2015

Otak Gila-Gila .... tidak apa itu kreatif

Cara senang nak ingat petunjuk-petunjuk candle.

Hanging man = Orang cuba terbang tapi sangkut kat tiang lektrik, dan jadilah ia hanging man, tunggu masa akan jatuh ke tanah juga..

Dark cloud cover = awan mendung menunjukkan hari nak hujan, tunggu masa hujan turun ke tanah..

Tukul =  kalau kita lambung kat atas, dia terbang tinggi, bila dia jatuh ... dia akan jatuh bahagian kepalanya dulu seperti inverted hammer dalam candlestick. 
Bearish Engulfing (BEOB) = Ibu mengandung akan lahirkan juga seorang anak atau mgkin 2-3 anak (candle sama macam ibunya) ...
 Terima kasih Bro. P Rem Pihh  dan  Si Ka Lang


03 January, 2015

WAKTU YANG TEPAT UNTUK TRADE TF4H


Pesanan ini adalah untuk diri aku yang nak buat refleksi trading .... Last aku trade, ialah pair EU. Dalam buat analisis, akau menjangkakan bahawa trend akan buat penyambungan UP TREND. Okey .... baik.

Aku masuk secara PO berdasarkan breakout stategy... sebab EU sedang buat retracement sedikit dalam nak ke utara. Lebih kurang pukul 3 pm waktu Malaysia, aku pasang pukat.

Pukul 4 pm, ingatkan bila pasaran Eropah dibuka, pukat akan mengena ....rerupanya markat belum break pukat lagi. Aku tunggu hingga 8pm untuk pasaran USA. Akhirnya .... pukul 9 pm lebuh kurang .... price breakout hingga 20 pips. Tapi tak naik banyak .... hinggalah pukul 10.30 .... dia dok main kot 10-20 pips.

Aku pun tutup komputer dan tidur. Stop Loss 50 pips dah letak. Cuma tak buat BE 1 pip je. Pada analisis aku, pasaran dalam sideway sejak hari Isnin. Hari ini adalah Rabu. So .... bermakna dah 2 hari pasaran tanpa arah tuju. Dah lebih 48 jam. Minimum sideway ialah 8 jam untuk TF4H. Itu kira ktitiria minimum untuk sideway yang kuat. Lepas sideway tu, price akan bergerak kencang. Semoga perangkap PO mengena la ....

AKU LUPA .....

Jika side way berterusan , walaupun market session dah dibuka .... itu menandakan ada news besar nak keluar. Aku teringat dalam mimpi. Terus terjaga dari tidur pukul 4 pagi. Buka komputer ... tengok .... aku loss -50pips. Ia terjadi sebab aku GAGAL untuk tunggu candle 8 pm itu close pada 12 am. (candle 8pm - 12 am TF4H). Rupa-rupanya cancle itu telah close dengan berkeadaan 2nd grade inside bar iaitu kepala sahaja dalam the previus candle body tapi ekornya hit PO aku. So .... itu namanya false breakout.

Sebab apa berlaku macam tu ... itu adalah sebab ada news yang kuat yang telah muncul pada 3 pagi. So ... traders menunggu news terebut la ....... Yang apa mulanya ada breakot tu kerana penukaran matawang oleh tansaksi bangking.

Oh ya .... berita pikul 3 pagi itu adalah mengenai dasar US Capital Reserve. Memang pun satu news yang besar .....

Kalau akau nak buat karangan dalam bentuk chat ... maka chart di atas adalah menerangkan tingkahlaku akau yang lost itu:

(i) Aku trade tak ikut timing yang betul, dan

(ii) aku tidak pula membaca price action mengikit timing yang betul, dan

(iii) buka cara baca chart atau candle yang aku perlu ubah tapi aku kena ubah gaya aku bertingkah-laku berdasarkan  TF4H.

Kata Bill William, " you actually trade the market within your self. Change your within then you profit from market".

"THE MARKET WILL NEVER GIVE YOU MONEY EASILY"

 Di bawah ini pula adalah nota Teknik Forex Sebenar berkenaan wakti timing yang betul.

 Senang je, trade waktu market Euro iaitu 4pm - 12am. Pukul 8pm - 12am adalah waktu paling aktif sebab Market US pula dibuka 8pm. Jadi, 8pm - 12am ada 2 market besar yg dibuka serentak iaitu Euro + US. Lain dari waktu itu market tak banyak bergerak pun. Waktu-waktu ini adalah berasaskan logik saja, iaitu pukul 4pm di sini adalah bersamaan 8am di Euro iaitu waktu orang-orang di sana mula bekerja.

Tak percaya? Tengok contoh chart EUR/USD H4 yang saya tunjuk tu.

KOTAK PUTIH = Waktu TAK AKTIF. Pukul 4 pagi sampai 4 petang julat harga cuma 23 pips saja (High 1.39135 - Low 1.38954). 12 jam gerak banyak tu je!!!

KOTAK BIRU = Waktu AKTIF. Lihat contoh 4-8pm saja, dalam 4jam gerak 55 pips! (High 1.39553 - Low 1.39007). 

Perhatikan, volume juga berkali ganda lebih tinggi menandakan banyaknya traders berurusniaga ketika ini berbanding ketika market tak aktif.

Ini basic je ni. Tapi ramai trader yang tak tahu. Sebab tu kalau anda trade waktu market besar (jerung) ni tutup anda memang susah nak profit banyak. Jangan trade time ikan bilis orait.

Cuba perhatikan pairs yang memang waktunya ikut market aktif iaitu seperti EUR/USD, GBP/USD dan USD/CHF. Anda boleh lihat pattern pergerakan mereka ketika aktif VS tak aktif.

Ada pengecualian sedikit utk pair yang market nya memang pagi, seperti pairs AUD, NZD dan JPY. Waktu market mereka adalah dibuka lebih awal daripada Malaysia. Pairs yang mempunyai matawang ini boleh aktif pada siang hari dan juga malam hari. Secara keseluruhannya, malam memang semua pairs bergerak aktif.

2 KELEBIHAN UTAMA TRADE PADA WAKTU YANG TEPAT:
1 - Halatuju market lebih jelas, nampak clear dia nak pergi mana. So kita boleh buat keputusan Buy atau Sell dengan lebih tepat.
2 - Yang paling best lah, PROFIT BANYAK DALAM MASA YANG SINGKAT. Kalau trade time tak aktif memang sengsara jiwa dan raga hehehe.

Memandangkan waktu aktif adalah di sebelah lewat petang atau malam, tiada keperluan pun utk seseorang mengorbankan apa yang sedang dilakukannya (bekerja, berniaga dll) semata-mata nak jadi trader. Ala, balik kerja pun boleh trade. Lagipun cara trading yang sebenar-benarnya santai-santai sahaja. Bukan kena monitor harga sepanjang masa. Lagi banyak anda tengok chart, lagi mudah anda gatal tangan dan beremosi, maka lagi banyaklah anda akan loss!

OK, SEKARANG ANDA DAH TAHU BILA WAKTU YANG TEPAT KALAU NAK TRADE FOREX DAN PROFIT BANYAK DALAM MASA YANG SINGKAT KAN?

KHALID HAMID
TEKNIK FOREX SEBENAR
25 MAC 2014