18 September, 2008

Amalan Diberi Firasat

Assalamu'alaikom,
Apabila kita di-uji dengan masalah sihir dan jinn, janganlah kita done tanggal kain pelikat, pakai seluar dari gantungan, done masuk kereta dan tekan minyak cari bomoh untuk telek2.
Habis amalan 40 hari sekiranya ke rumah tukang telek,
dan habis semua amalan kita (termasuk haji puasa) untuk siapa2 yang percaya telekan bomoh. Zaman sekarang bomoh macam2 rupa.... pakai hitam tu biasa, pakai merah ada, kuning pun ada, pakai tie coat pun ada...
Satu amalan (daripada banyak2 amalan) untuk di beri firasat seperti berikut, insyALLAH. Sebaiknya diamalkan sebelum tidur (bukan semasa tidur):
Amalan ini juga sesuai apabila kita ingin berguru dengan seseorang yang kita tidak pasti berkhadam atau tidak;
Tetapi sekiranya kita sendiri sudah guna mata khadam, dan khadam guru lagi besar dari khadam kita, memang khadam kita akan tutup mata walhal jin khadam tu besar macam gajah pun kita tak nampak, yang kita nampak kuman seberang laut...... Ouch
Istiqfar 3x
Fatihah 1x, Qursi 1x, al-Baqarah 285-286 1x,
Salawat 3x
niyat (3x) -
YA ALLAH,
(Surah al-Hashr ayat 22),
berikanlah kami panduan yang terang dan jelas dalam
menyelesaikan masalah ini
Salawat 21x
Surah al-Jin ayat 1-5 21x
Surah al-Kauthar 11x
Salawat 21x
Ameen
insyALLAH.......
Sekian wassalam
PS - untuk siapa yang diberi mimpi, dan mahu ditafsirkan, yuran tafsir cuma RM10 satu mimpi (yang kurang daripada 50 perkataan). Kalau 100 perkataan di kira 2 mimpi.