12 February, 2010

Sujudlah Pada Tuan Empunya Forex....



Ucapan SYUKUR saya panjatkan kepada Ilahi yang telah memberikan saya ilham untuk menulis dan menulis. Setiap kali saya menulis, saya bayangkan saya menulis untuk diri saya sendiri. Menulis secara refleksi kendiri terhadap apa yang saya faham dan kuasai.

Malam ini... saya ingin menulis lagi. Menulis untuk diri sendiri. Kalau ada kawan-kawan yang memanfaatkan tulisan saya ini, saya memhon doakan saya agar ada masa dan berpeluang lagi menulis.

Beberapa email datang kepada saya dengan berbagai pertanyaan. Ada yang gelar saya cikgu ....hi...hi..hi... tak lah... saya bukan cikgu. Ultraman (ganbar identiti) tak kan cikgu kot....Ada yang minta tips. Ada yang mohon itu dan mohon ini. Kebanyakannya permintaan adalah mohon untuk saya menulis tentang bagaimana nak kuasai MP2009.
Sebenarnya ... saya pun kurang pasti bagaimana akhirnya saya dapat menguasai 70%  MP2009. Lagi 30% saya nak uji sistem ini dalam akaun real sehingga saya benar-benar yakin akan ketepatan signal yang ditunjukkan. Saya ingin membina keyakinan sebagaimana tok guru saya ... Bro Wha ...tunjukkan cara dan berlatih untuk yakinkan diri.

Suatu hari tak kala saya sedang keluh kesah dan sedih... saya melihat angin sepoi-sepoi bertiup. Awan bergerak seperti susunan lori-lori yang sedang sarat membawa muatan air ke destinasinya di mana ia akan menurunkan air hujan. Selagi belum sampai.... selagi itu dia tidak akan menhujankan air. Selagi masa yang tepat belum sampai (sebelum Allah izinkan).... selagi itulah dia akan dalam keadaan tunggu perintah. Bila semua dah sedia ..... makan hujan pun turun.

Itulah fitrah alam .... sunnatullah yang tidak pernah berubah dan tidak akan berubah hingga ke hari kiamat. Percayalah ... sunnnatullah pasti tidak akan berubah. Ia bekerja mengikut arahan yang Maha Mengatur dan Maha Mentadbir .... bukan ikut suka hati dia atau nak ikut kehendak hati kita ni...

Tetapi ..... hati ku pada ketika itu adalah sedih dan keluh kesah ..... mengapa akau sedih .... kerana emosi aku sendiri. emosi sedih katakan ... maka bersedih lah aku. Walhal ... biar mana sedih pun aku ... ku tetap tidak dapat mengubah suasana angin sepoi-sepoi yang bertiup. Ia tetap bertiup sesepoi sebagaimana ia difitrahkan walaupun hati ku tidak merasai betapa sepoinya tiupan angin itu.

Begitulah forex sayangku.... forex juga adalah sunnatullah, dia bukan yang sengaja diada-adakan kerana ia ada penciptanya yang mengatur perjalanannya. Bila masa dia nak "trending" dan bila masa dia nak jadi "side-way", maka ia adalah mengikuti sunnah Si Dia yangmengatur sunnahNYA. Siapa Dia itu .... Itulah Allah s.w.t yang Maha Pentadbir.

Kesimpulan awal ialah .... kalau anda nak menguasai forex .... maka anda hendaklah menghampirkan diri anda kepada Yang Empunya Forex yang sebenarnya iaitu Allah s.w.t.

"Forex tidak di kawal oleh mana-mana pihak" adalah merupakan pembohongan. Anda berhujahlah dengan saya kalau anda tidak bersetuju. Lagi banyak hujah yang anda bangkangkan..... lagi banyak dalil-dalil akal mahupun Al-Quarn dan Hadis serta sains psychology yang akan saya kemukakan.....

Oleh itu .... kembalilah anda kepada Tuan Yang Empunya. Sujudlah kepadaNya kerna selama ini kita ingin mendapatkan kekayaan tetapi kita melupakan tuan kepada kekayaan itu. Sebab itulah tamak sering menguasai mereka yang terlibat dalam mencari kekayaan sama ada dalam forex ni atau dalam kekayaan lain. Sebelum dapat profit ... sabar ikut rules. Bila dah kenyang .... dah tahap forex Level 5, mulalah ia lupa kepada Yang Memberi Kekayaan forex itu kepada diri nya .....

Berbalik kita kepada persoalan TREND tadi ....

Apa pun emosi, pandangan, psikologi kita semasa tengah berforex .... forex adalah bergerak mengikut sunnatullahnya. Apa dia sunnah forex .... Sunnah Forex ialah sama ada trend up, trend down dan side-way. Itu sahaja 3 pergerakannya.

Apakah asas sunnah forex ini...itu ialah EKONOMI ....apa itu sebenarnya ekonomi ???? Ekonomi adalah pertukaran barangan. Pertukaran barangan berlaku sebab ada perminaan. Bila ada permintaan dan ada barangan .... maka dalah harganya ... kita gunakan matawang sebagai alat tengah dalam pertukaran sebab duit senang dibuat pertukaran.

Setiap masa kah berlaku pertukaran yang menyebabkan berlakunya pertukaran ekonomi???. Kalau anda jawap ....ya urus niaga forex berlaku 24 jam sehari dan 6  hari seminggu .... anda masih lagi dangkal dalam memahami forex.... masih dangkal.

Mari kita kembali kepada persoalah sunnatullah .... siapa yang berurus niaga dalam forex???? Manusa kan??? Maka itu... kita juga perlu memahami sunnah manusia yang Allah jadikan ...untuk kita memahami sunnah forex dengan lebih jelas. Begini....

Forex adalah berasaskan ekonomi.... ekonomi pula hahikatnya adalah pertukaran barangan ... pertukaran HANYA berlaku jika ada permintaan dan tawaran (supply and demand). Walaupun demand berlaku setiap saat, ia berlaku wakt siang sahaja. Waktu malam manusia perlu tidur. Begitu juga supply ... walaupun boleh berlaku 24 jam .... manusia juga perlukan tidur. Bank-bank di mana berlaku pertukaran matawang .... bukankah digerakkan oleh manusia yang perlukan tidur?????
Ambil contoh .... matawang ekonomi US yang menggunakan matawang USD. Walaupun barangan yang di supply oleh US adalah 24 jam ke serata dunia, tapi bayaran hanya dapat dibuat bila bank-bank di US dibuka. Betulkan??? Malaysia beli barang US. Cek pembayaran dibuat ke pihak yang mensupply di US. Dah tentu Malaysia kena tukar dalam USD. Hantar dengan cek ke US atau telewire .... sudah tentu bila bank kat US sahkan .... baru urus niaga berlaku. So .... katakan 1 trilion sedang menunggu untuk ditukar ke dalam USD hasih eksport US ... dah tentu bukak-bukak saja bank... harga USD akan meningkat .sebab pertukaran sedang giat aktif.  Betulkan?? 

Begitulah bagaimana trend terjadi.

Sideway pulak???? ... eh...eh.. nak tukar 1 trilion ke dalam USD bukan lama sangat..... 6-7 jam habislah semua duit tu di tukar....bila habis ditukar .... apa lagi nak ditukar.... maka sidewaylah ia .....

Setakat ini dahulu saya menulis ..... apa yang baik itu adalah daripada Allah s.w.t. Kalau kekurangan tu .... itulah saya. Ambillah yang memanfaatkan anda.

Kesimpulannya .... kenalpasti bila waktu bank-bank di mana matawang itu diniagakan . Trend akan berlaku pada waktu awal bank dibuka. Penulisan kali ini ada kaitan dengan Strategy 7Bar yang ada saya letakkan dalam blog ni.

Sekian

Sofiys - lepas ni .... kita cerita kisah di pasar tani.

No comments:

Post a Comment