31 October, 2018

PSIKOLOGI TRADING - CUBAAN ANALISA EU



Hari ni Rabu 31-Okt-18, dah pun di hujung bulan Oktober.

Aku siap memperkirakan di mana berakhirnya trend untuk bulan ini.




 

Kalau iku analisa aku ni....EU akan berakhir pada BRN 1.1200 dimana ia adalah mencapai target 423.6 fibo. The last one price akan pergi di TF H4.

Dalam keadaan sebegini, aku memang teragak-agak nak masuk sell dan target TP ialah 1.1200. Walaupun kalau masuk, boleh gak lebih kurang 100 pips. Inilah dia masalah psikologi trading aku sebenarnya.

Aku tulis dalam blog ni adalah untuk membuat journal rekod untuk aku simpan tekaan analisa aku ni. Nanti kalau price dah sampai 423 hingga 488, nanti price akan buat reversal semual atau pullback.

Bila price nanti dah pullback atau reversal, lagi satu masalah psikologi pulak ..... akau takut pulak jika tetiba analisa aku x kena dan price meneruskan penurunan. Aku selalu kena gini kat pair GU

Baik....sekarang ini keputusan aku....:-
 1) minggu ni tak trade sebab nak tunggu tengok betoi tak analisa aku.
 2) minggu depan try tengok setup


23 October, 2018

ULANG KAJI MASA TERBAIK UNTUK PAIR TERTENTU



Dah lama aku tidak menulis di blog.

Bulan lepas aku baru beli TFSPriceAction versi 6. Oleh sebab aku adalah pembeli TFS sejak versi ke-2, TFS terbaru siap ada pembelajaran dalam video secara dalam talian. Aku tak sangka yang pembelajaran online itu ada.

So....aku bukalah talian online dan mla belajar.

Oy ya....bab belajar forex ni, aku bukan lagi berada pada tahap mencari teknik yang sesuai yang holygrail. Aku dah muak dengan teknik. Aku dah muak dengan bermacam-macam jenis kursus yang orang buat di pasaran. Balik balik, macam tu juga.

Apa tu balik2 macam tu juga???.....iaitu balik-balik, akan pergi jua kepada the best timeframe is the daily timeframe and the best setup nak tengok candlestik reversal signal.

Banyak cara nak tengok Candlestik Reversal Signal tu.....apatah lagi, semuanya terkandung dalam TFS ni....so..balik-balik akan aku akan balik semula kepada asas-asas ilmu yang aku belajar dalam Teknik Forex Sebenar (TFS).

Yang aku nak kongsi .....begini.

Aku telah MC buat kali ketiga dalam riwayat hidup aku. Tapi kali ni, walaupun lost, aku dahpun untung 100% kemudian baru lost. Sebab lost ada 2 sebab:-

a)- Tak letak Stop Loss

b)- Masuk market pada waktu yang salah.

Yang pertama tu, hari lain aku cerita. Aku nak cerita yang kedua tu....

Bila aku tengok video tentang waktu-waktu sesuatu pair itu aktif, barulah aku mengerti kenapa tak sesiap masa aku perlu masuk PO. Aku amat cemerlang dalam mencari setup di H4 untuk PO....tetapi, sebab aku salah waktu, maka pembacaan analisis aku juga tertipu.

Aku trade guna H4....so sepatutnya aku perlu guna TF Daily untuk analisa market. TF Daily adalah kompas trading aku.

Oleh kerana sangat-sangat terpengaruh dengan teknik musang buah, aku telah membuat kesalahan sebab tak adapt dengan nature trading aku. Teknik haiwan tu ajar untuk guna H4 sebagai kompas.....so...mereka-mereka yang guna teknik haiwan tu akan menggunakan TF yang lebih rendah untuk trade sperti H1, atau M15. Mereka lebih kepada scalping. Tapi setup yang diajarnya tulah yang membuatkan teknik mereka adalah tidak terkalah walaupun menerima badai ombak tsunami apabila belayar dengan perahu scalping.

Teknik TFS, adalah menunggu kemunculan CRS atau candlestick reversal signal di TF Daily. Hanya di daily. Tak boleh timeframe lain.

Oleh sebab nal tunggu closed candle di daily lah yang membuatkan aku tak sabar dan suka membuat trade secara butterfly. Walaupun terbang sana sini antara bererapa timeframe mencari setup, PO aku mengena dengan profit.

Namun, mengikut prinsip TFS, apa yang aku buat tu boleh mengundang resiko. Boleh bawa padah. Ya ..... memang ada padah. Apa resikonya?

Resikonya adalah kepada psikologi trading aku lah.....begini...

Dalam sebatang candle daily, ada 24 batang candle yng close setiap 1 jam. Katakan kelmarin, candle daily telah closed sell dengan marubozu separuh batang. Maka hari ini, kalau bukak TF H4 atau H1, kita akan lihat price akan buy dulu dan menaiki anak tangga SNRnya. Kalau ikut teknik haiwan makan ayam tu, kita boleh buy lawan trend kalau ada setup.

Pair EU katakan....pagi2 hari selasa, selepas candle daily Isnin closed, memang di H4 akan ada setup buy. Nampak macam boleh pips....lagipun price dah ada di level2 SNR dan fibo. Di H4, price dah break SNR terdekat untuk buy. Tapi break sikit ja....maka aku pun PO buy....

Bila mai petang, tiba-tiba price balik semula ikut arah sell mengikut candle daily yang sell-closed separuh batang kelmarin. Dah aku kena SL.

Tak berapa lama, price pun break support di H4 untuk membentuk Low yang baru, di hujung harga terbawah pada candle daily hari Isnin separuh batang tu.....

Lepas tu, price mendesup naik untuk buy dengan lajunya hingga makan ratusan pips. Selalunya 100 pips.


Sebab berlaku perkara di atas ialah, aku guna H4 untuk analisis trade. H4 Akan ikut semula daily candle. Oleh sebab aku trade EU, waktu pagi memang petuntuk di H4 ada sedikit mengelirukan. Nampak macam :

1. Price break engulfing
2. Price breack SNR ....tapi muncung breack tu kat body je...sikit je....buka break high atau
3. Ada price reverse....tapi sebab break kat SNR tu x power, price terus turun ke bawah untuk buat low yang baru.

Lepas tu baru ada buat setup semula.....apatah lagi kalau aku x letak stop loss....akibat tak letak SL lah yang akaun akaun habis semua. 50 USD ghentaih...

Kadang kadang aku ni jadi bodo sekejap......



Tengoklah....candle AU pada 4-Oct lalu....closed sell tu separuh batang. Cuba kita tengok di H4 pulak apa chart kata pada tarikh tu.....


Nampak tak anak panah dalam kotak tu.....kan dah ada candle riversal signal hammer tu.... nak buy tu....tau-tau price terus buat sell semula, buat low baru dan terus terbang buy.

Kalau otai-otai yang dah untung berjuta-juta....pasti dia gelak tengok trade aku ni....alahai macammana boleh lost....

Inilah yang aku kata kat awal-awal di atas.....resiko yang menimpa ialah pada psikologi trading aku....

So....kalau kes begini....SL adalah amat-amat wajib. Ada seorang trader ex sekolah lama dulu kata.....Stop loss is our insurans....