15 July, 2022

Timeframe Main Peranan Untuk Menganalisis

 

Timeframe amat main peranan untuk menganalisis...
 
Saya suka guna daily TF. Sebab apa....seperti mana dibawah.
Perjalanan tarikh, kita gunakan kaedah hari. 2 hari 24 jam adanya. Selepas 7 hari, jadi 1 minggu. Kalau 4 minggu ia jadi sebulan.
 
Awal kita bangun bekerja, pukul 5 petang kitabakan balik kerja. Kemeuncak segala waktu ekonomi merancak ialah pada waktu siang...malam tidur dan esoknya adalah hari baru.
 
Jepun buat inovasi maka lahirnya ilmu candlestik . Ilmu candlestics adalah menggunakan perjalanan 1 hari. Ni ada di khabar dalam buku bilah lilin jepun yg si australia tu terjemah ke english version.
 
Kandel mematikan kandel atau kandel naik menelan candle turun. 
 
Kandel turun menelan kandle naik...kalau 1 hari dah menelan, maka potensi nak terus naik atau turun tu amat amat besar. Tapi tengok market juga. Saham lain, matawang lain, oil dan logam lain sikit. Emas lagilah lain. Tapi konsep asas iaitu kandle telan kandle dan TF daily adalah sama.
 
Kandle telan kandle di sebut engulfing. 
 
Ini adalah bab ilmu Candlestik Reversal signal atau CRS yang merupakan salah 1 daripada 4 asas trading yang wajib dikuasai.


ASAS FOREX YANG EMPAT

 

Psikologi trade gold ni ada rahsia dalam rahsia...rahsia sebab kita belum tahun. Perkara ghaib bagi kita. Tapi tak menjadi rahsia dan perkara ghaib buat orang yang tahu dan ada ilmu akan rahsia ini.
 
Time frame amat main peranan. Terutama TF yang besar seperti daily, weekly. Monthly besar sangat kot. H4 ada orang boleh trade, ada orang tak boleh trade. TF kecil kecil lagi lah ada rahsia sebalik rahsia sebab ia TF untuk scalping. Ada orang makan banyak pip sampai muntah. Ada orang margin call memanjang sampai lost. Depo lagi. Lost lagi. Depo lagi. Lost lagi.
 
CRS atau candlestik reversal signal juga amat main peranan. CRS adalah isyarat trend nak merubah, tapi ia bukan tanda trend memang nak berubah. Kat sini, CRS juga ada psikologi yang dimainkan oleh jerung jerung.
 
Bentuk game yang jerung main memang kita tak nampak. Ada makrifat di sebalik graf chart yang sedang kuta lihat di screen.
 
Memang benarlah kata CMS Mansor Sapari . Ada ilmu makrifat disebalik apa semua yang kita nampak di screen. That is psikologi...yakni kelaku kelaku di sebalik pergerakan ... kita tak akan nampak sebab ia tidak membekas di chart.
 
SNR juga amat main peranan. Pergerakan High, Higher High, higher low, higher high. Dimana dipoint point price buat balik kuang tu adalah tempat SNR wujud. Ia wujud dalam zone...bukan line garisan.
 
Struktur perjalanan wave disebabkan oleh supply dan demand juga amat main peranan. Ada ilmu khusus pasal makrifat supply and demand ni. Rerupanya supply and demand bergerak dalam bentuk ombak atau wave. Dan memang pun pergerakan alam ini seperti ombak, angin, badai, bunyi semuanya dalam wave...tu belum masuk frekuensinya yakni kekerapan kali ia berlaku. Semua ini matematiknya ada dibincangkan dalam elliot wave theory.
 
Empat perkara ini iaitu struktur supply & demand, SNR, CRS dan TF adalah saling pengaruh- mempengaruhi antara satu sama lain untuk membentuk suatu makhluk baru (new mekanism) iaitu kelaku trading. Dah tu pulak....dia ada kepelbagaian dalam patern patern...rahsia dalam rahsia...
 
That is how the world of trading is about. Itu dunia semata. Suatu makhluk yang wujud yang dinamakan "kelaku trading" yakni trading behavior yang mempunya emosi sejuta macam. Chaosticly unpredictable to majority, but chaosticly predictable to those who have knowledge about these 4 things. 
 
Aku sebagai orang yang ngaji psikologi (bidang aku ni) amat merasa bahawa ini adalah keagungan Allah swt dalam mencipta berbagai jenis ciptaan yang kita sebut sebagai makhluk. Suatu makhluk yang ia adalah "dunia" yang lahir dari kesan kejadian makhluk makhluk lain. 
 
Maha suci Allah yang menciptakan ciptaaan yang maha agung.
Pada sisi risalah penciptaan manusia, agama menegaskan bahawa makhluk kekayaan ini adalah "dunia semata-mata". Bila bersifat dunia...maka ia akan ada beberapa ciri...ni yg dikatakan rahsia bagi sesetengah orang, dan bukan rahsia bagi sesetengah orang.
 
Ciri ciri dunia ialah....
 
Ia ada permulaan dan penghabisan. 
 
Ia adalah lagha dan mengasyikkan. 
 
Ia adalah value free yakni boleh jadi baik dan boleh jadi jahat. Boleh membawa kebaikan dan boleh membawa keburukan. Ada bergantung cara guna. Hukum asalnya adalah harus.
 
Ia tak boleh kita ambil kaut dan kaut menimbun nimbun. Sampai lubang kubur pun tak akan selesai nak di kaut dan dihimpun. 
 
Ia kena ambil setakat nak guna sahaja. Selebihnya, biarkan ia berjalan as it nature
 
ITULAH FOREX TRADING.

KELAKU JERUNG MAIN GAME

 

FMCBR adalah suatu sistem yang mengajar kita how to manage our own trading psikologi. 
 
Selalu aku kalau bukak chart...terus nak cari EL2 nak masuk. Bukan semua EL2 kita nak masuk...dan...bukan semuanya nak tunggu EL2 batu nak masuk....
 
FMCBR ajar...mula mula, buat ABC dulu di daily. Kemudian menunggu di point B di H4. 
 
Bila price hampiri zon ni...kita kena perhatikan dan TUNGGU apa kelaku price nak buat. Ingat ye....yang buat kelaku kat situ tu jerung jerung. Kita jangan dok pi masuk kalau tak ada ilmu dan cara...nanya 
 
Kita akan nampak apa kelaku price action yang berlaku apabila satu demi satu candle close kat kawasan zon itu. 
 
Yang kita nak tunggu ialah pengakhiran kelaku jerung jerung ini membuat price action. (Dah cerita dah sebelum ni apa kelaku price bila sampai zon ini)
 
Pengakhiran kelaku kelaku jerung jerung ini ialah kita nampak akan suatu patern...corak patern. Corak ini terikat menjadi suatu setup. Ia ambil masa untuk berlaku....ya...ia ambil masa untuk berlaku. 
 
Kalau di H4, corak patern ini memerlukan 1 atau 2 hari untuk siap. Disebabkan ambil masa 1@2 hari nak siapkah ia menggamit psikologi untuk nak masuk awal....masuk masuk kena floating...nanya...nangis . 
 
Lebih lebih lagi kalau margin sikit. FMCBR kata...paling paling kurang, akaun kita wajib boleh bertahan untuk 1000 pips floating per 1 entry.
 
 

Jerung Main Game Lagi

 

Dok tengok tadi follower fb ni ada 116 orang. Tu dia aih...buat apa nak follow aku ni. Aku x ada apa apa nak tulih.
 
Balik pada psikologi trading. 
 
Bila kita buka chart...selalu terkasima. Nak beli atau jual...buy atau sell. Dah tu...kat mana nak masuk nak jual atau sell tu???....
 
Kalau dalam FMCBR, mula mula buka chart, kena buka TF besar dulu. Cari perjalanan price yang buat ABC. Bila dah dapat, shade kan point B dan buka H4 untuk tiun bagi dia cantik sikit. Jadilah ia SNR. Nanti bila price patah balik tang sini lah dia nak buat "permulaan trend" untuk TF yang kecil.
 
Tempat permulaan trend adalah juga tempat penghabisan trend bagi orang lain. Jerung sama jerung menunggu banyak zon itu. Trader kecil dan runcit pun pasang PO kat situ sama ada nak sell atau buy (mengikut teknik dan sistem masing masing). 
 
Di sini...FMCBR kata...kita kena tunggu setup berlaku. Tak ada setup jangan masuk. Jangan masuk ni bermakna...pasang PO pun tak boleh lah...lagilah kalau nak entry terus...
 
FMCBR suruh kita tengok apa aksi harga (price action) yang berlaku...tingkahlaku harga...kelakuan harga...perangai harga...tengok je...bukan pasang pending order .
 
Pengalaman aku...kelaku harga kalau harga tu sampai kat sini ialah...
 
1. Price tembus zon tu. Cucuk sekali terus tembus.
 
2. Price cucuk tak tembus zon. Melantun dan patah balik.
 
3. Price cucuk tak tembus zon, melantun satu atau dua candle dan lepas tu cucuk semula....
 
4. Price cucuk tembus zon. Tutup candle dalam keadaan morubozu. Lepas tu dia patah balik dan pecahkan SNR sebelumnya....
 
Makna kata macam macamlah aksi yang berlaku. Mungkin banyak lagi aksi yang mungkin korang boleh tambah. 
 
Menulis atau membaca aksi price ini senang...tetapi ia amat menggamit jiwa untuk masuk market. Masuk masuk...tetiba floating....

PERMAINAN JERUNG

 
belek belek tulisan lama...sifu CMS Mansor Sapari suruh tulis and tulis...

Ni aku nak tulis....bab pada penyatakan berlakunya permainan psikologi ketika sedang trade.

Bab ini datangbpada membicarakan suatu ketika kita buat analisis dan back test, kita dapati bahawa berlakunya pembentukan setup (setup yg kita belajar).

Bila buat test masyaalah boleh profit lah....

Namun demikian, bila berlaku proses pembentukan setup itu ketika kita sedang menghadap chart dan trade...akan ada suatu perasaan dalam diri dan dada bahawa "wah...dah nak kaya dah...aku trade kali ni akan boleh profit"...

Ketahuilah akan hakikat ini...sesungguhnya, proses pembentukan setup oleh trader trader jerung itu adalah memerlukan masa dan tempoh matang. Jerung pertama buat stopper. Jerung kedua buat rejection pantul harga. Jerung 3 buat pullback dan pecahkan zon penampan dan lain lain kerja....

Dia macam kapal terbang laju yang sedang meluncur laju dan nak kena brek....sebab nak mendarat....maka 2 pilot membuat kerja tersebut.

Dalam trading....jerung jerung adalah pilot...pemain pasaran. Nak bergerakpun kena pump duit, nak berhenti pun kena pump duit, nak buat trend barupun kena pump duit. 

Macam lori treller bergerak...berhenti makan pun drebar masih biarkan enjin hidup.

Macam kapal besar yang berlabuh di pelabuhan....enjin dibiarkan hidup. Tidak dimatikan.

Baik...akan bersambung