25 April, 2019

PSIKOLOGI TRADING 8 ..... minda ketegaq...suka lawan trend


Saya bawakan untuk kali ini pair UJ, TF H1 pada 18-May.....Aju nak habaq kat diri aku yang aku memang terlepas trade. Aku buat tak peduli dan sebab-sebab aku buat tak peduli ialah....minda aku yang suka lawan trend.

Minda suka lawan trend ini adalah pembunuh sebenar dalam forex. Kita disuruh ikut trend. Ikutlah kita trend itu....tapi kita tidak sedar yang kita ni berminda melawan trend.

Minda lawan trend itu wujud bila mana kita dah nampak sesuatu setup itu berlaku....maka kita cepat-cepat pasang PO, hingga lupa akan SOP.


Di atas adalah apa yang berlaku pada aku selepas 18-May ....UJ terbang tinggi makan stop loss. Bila dah kena stop loss....mengelabah. Kecewa dan tak anxiety nak trade minggu depan.


Minggu depan selepas itu... nahh..UJ terus menjunam ke bawah dan mengaut berbakul-bakul pips ....tapi aku habuk pun tarak dapat.


Wahh... seminggu lebih UJ turun junam dan buat bips berbakul-bakul di TH H4 selepas tragedi menyayat hati 18-May tu...

Apakah minda lawan trend ni sebenarnya bagi cara trading aku???

Begini....

Aku pernah untung selama sebulan berturut-turut ketika aku menggunakan setup mTrading Chaos di timeframe H1, di mana aku berjaya buat pips dalam 200 pips seminggu. Itu selepas campur tolak pair-pair yang rugi dan untung. Waktu itu aku belum kenal TFS lagi. Hanya semata-mata Chaos sahaja. Aku berjaya selamatkan akaun dari 93 USD menjadi 227 USD.

Lepas tu akaun tu Margin Call lepas trade guna lot besar.

Dalam Trading Chaos, yang dimaksudkan dengan IKUT TREND ialah kita buka PO hanya menggunakan teknik WiseMan 3 sahaja. Teknik Wiseman 1 amat beresiko sebab ia adalah lawan trend. Itu lah aku...aku suka sangat teknik W1 berbanding dengan W3 sebab aku menggelabah kalau guna W3. Guna W1 pula confiden betul walaupun sering PO aku makan stop loss.

Perkara ini sering terbawa-bawa hingga aku jumpa teknik-teknik lain yang lebih power dan mudah.

Ini antara artikel lama tentang Wiseman 1 lawan trend KLIK.  Nuu.....tahun 2012 lagi aku dah tulis untuk diri sendiri, tapi tak ikuit. Lagi artikel KLIK.

Kalau nak lawan trend....ia sesuai di TF yang besar-besar sahaja. Kalau ikutb tahap trading aku, lawan trend aku ni hanya sesuai untuk TF Daily sahaja.