04 December, 2019

KEMAHIRAN KENAL PASTI “VALID CRS SHOOTING STAR”


Di bawah ini adalah ilmu dari rakan TFS saya.
Saya ikuti cara beliau analisa CRS dan saya gunakan untuk memahami kemahiran saya sendiri untuk trade. Mencari PO yang berkualiti. Ilmu ini rata-rata dah ada dalam internet. Boleh cari dan boleh google. Namanya engulfing. Candle telan candle. Ia bukan rahsia lagi. 
Tapi.....yang menjadi rahsia atau sedikit rahsia ialah di mana elok iala berlaku dan kebolehpercayaan engulfing itu. 
 ----------------------------------------------------------
Salam rakan TFS .. saya nak share ilmu candlestick pattern, harap ini boleh membantu dan dapat mempermudahkan lagi rakan2 membaca dan mengetahui apa candles/bila masa sesuai untuk entry trade profitable.
Apakah rahsia sebenar candlestick pattern?
Ya memang susah nak dapatkan jawapannya tapi alhamdulillah berkat kesabaran dan kriativiti yang saya ada, saya dapat membungkar rahsianya.
Saya akui cara ini sangat2 berkesan untuk kita mengecapi profit yang cantek, penemuan ini merupakan lubuk segala2 lubuk yang selama ini semua trader trmasuk saya sendiri trkapai2 mencari jawapannya.
Perasan tak soalan yang selalu kita ajukan di laman group TFS:
 SAYA NAMPAK CRS SHOOTING STAR DI TF H4, TAK FALSE KAH CRS INI…BOLEH KAH SAYA SET PO SELL STOP SEKARANG’ … ok
Jawapannya akan saya detailkan dibawah …sebelum tu saya mohon maaf pada rakan semua sekiranya penerangan ini bercanggah pada teknik TFS 
 Lihat pada TF H4 post bawah, berpandukan ebook TFS, untuk set PO sell stop kita perlu mengenal CRS SBR/RBS dan yang lain2 . Tapi untuk mengenal adakah CRS itu false ker atau tak, sangat2 susah … 
 
 

02 December, 2019

PSIKOLOGI TRADING.....Pair yang tak hormat SNR

😻

Seseorang telah memberitahu aku akan behavior sesetengah pair yang tidak menghormati SNR atau support dan resistence....

Bila kata pair tak hormat....bermakna btrading behavior penggerak-penggerak pair ini perlu kita study cara mereka trade. kelakuan trading itu pasti ada kesan atau tanda. bekas-bekas dan taik-taik tading pasti ada....

Dimanakah mereka meninggalkan tanda-tanda itu?......sudah tentu dalam chart.

Bila mana pair tak hormat support dan resistence, kebiasaannya H1, M30, M15 iaitu time frame kecil pasti dilanggarnya....

Orang itu tak bagi tahu pair mana yang tak hormat SNR. Tapi dia ajarkan cara nak buat SNR untuk detect yang pair itu tak hormat SNR.

Aku yang ada ilmu psikologi ni....dan dah khatam Trading Chaos amat terkasima dengan apa yang diberitahu...setakat ini, yang aku jumpa pair yang tak hormat SNR adalah GBPJPY.....orang kata pair ganas.

Untuk mengetahui njejak jejak kesan kelakuan trading....yang trade adalah manusia. Manusia Allah yang jadikan. Apa yang aku belajar dalam psychology, kelakuan manusia itu adalah berulang-ulang dan keulangan kelakuan itu menjadi sejarah pentakrikhan. Makna kata....kita boleh belajar dari kesan sejarah yang lepas untuk membuat jangkaan akan perubahan pada masa depan. Walaupun kesan material atau kebendaaan mungkin berubah....tetapi kelakuan rohani tak berubah...

Maksudnya....ada baik ada buruk.....ada cantik ada hodoh....ada berjalan dan ada perhentian....selagi nyawa dok ada begitulah perjalanan manusia.

Bagi maksud trading....kita kata pair tak hormat SNR, kelakuan trading yang dibuat oleh manusia yang trade pair itu pasti ada perhentiannya...cuma sama ada henti untuk naik lagi atau berhenti untuk undur ke belakang.

Riwayat sejarah untuk menganalisis manusia-manusia yang trade pair ini ialah candle-candle dalam chart. Siapa yang trade pair ini???? :-

a) - Bank-bank besar iaitu central bank .... bank ini buat polisi untuk pergerakan pair dalam satu-satu musim ekonomi.

b) -  Bank-bank perdagangan ....iaitu bank yang di bawah sesuatu negara yang buat perdagangan antarabangsa untuk buat pertukaran trade.

c) - Firma-firma kewangan besar-besar...

Kita yang trade ikan bilis ni kenalah ikut kelakuan trade abang-abang long di atas. Dalam satu-satu musim ekonomi, mereka membahagikan kepada TAHUN untuk membuat lonjakan ekonomi. Macam Malaysia la ni...ekonomi meleset teruk lepas kerajaan berubah dan kerajaan baru cuba membuat penstrukturan semula ekonomi. Pada tahun 2018 - 2019, adalah tahun-tahun perancangan ekonomi dan bermula tahun 2020 akan berlaku lonjakan ekonomi.

Lonjakan ekonomi pada mulai 2020 itu....pasti ada kesannya dalam chart untuk tahun 2019 ini....duit Ringgit akan berkelakuan sideways sampai ....jeng...jeng....bank negara announce data pertumbuhan ekonomi dan tetiba Ringgit melonjak naik nilainya....candle yang berlaku kebiasannya Marubozu...

Namun...manusia tetap manusia. secanggih sistem komputer tetap ada yang boleh curi masuk.

Keretapi ETS yang laju ada hentian yang dia stop setiap kiali sampai, dan ada juga ETS yang hanya memilih hentian-hentian tertentu sahaja. So,,, kalau ttidak hormat pada hentian daily, sampai hentian weeklyu atau monthly kena hormat juga sebab faktor musim-musim ekonomi. Dalam setahun ada 4 musim ....jan-mac, april-jun, julai september dan oktober disember. Trader swing macam aku perlu amik tahu pasai ini.

14 October, 2019

Analisa GBP/USD dalam Psikologi Trading 11



Salam buat diriku yang membaca...

Pair GU adalah pair yang aku selalu ikuti sebab dah dapat "rasa" tentang trendnya. Sejak 2 atau 3 bulan yang lalu, GU dah membuat kenaikan dan melepasi resistence pertama dalam time frame daily...

gambar seperti di bawah



Kenaikan up-trend bermula sejak bulan Ogos. Bagi aku yang ada perasaan greedy ddalam trading, aku masih kata yang kenaikan itu adalah pullback untuk market membuat sell semula nanti (waktu bulan Ogos itu la...)

Pada bulan Sept, market buat pullback sell semula dan ditutup hujung harga bawah dengan pin bar daily, tak melepasi harga close terendah bulan Ogos.

Lihat gambar di bawah ....




Di sinilah aku tak perasan sungguh yang harga akan naik membuat kenaikan.

Tapi aku memang dah agak yang price akan buat pullback sebelum serus buy pada resistence ke-2 tu. Kalau tarik guna fibo...akan dapat angka tang mana price akan berhenti pull back. Tang tu aku tak tunjuk. Kalau nak, kena tarik fibo sendiri lah.

Yang aku nak tulis ialah, betapa greedy nya rasa di hati untuk lepak PO buy pada point fobo yang aku jangkakan itu. Dah tu, ada masalah kerja yang bertimbun yang perlu selesai dan akhirnya lupa nak trade. Akhir cerita....price lonjak naik minggu lepas hari khamis dan jumaat.

Kalau dah naik dengan 2 candle maru atau mothe candle, besar kemungkinan pada kebiasaannya price akan terus naik lagi selepas membuat sedikit pull back.

So selepas ini....aku tanam dalam diri aku agar lebih menggunakannya istilah

..."pada kebiasaannya price mungkin membuat....."

daripada istilah

"...price pasti naik/turun pada kebiasaannya...."

Penggunaan istilah tu ada peranan dalam psikilogi trading.

Seorang master trading tuntuk kan aku yang dia lost dalam analisa minggu lepas. Aku pun lost jugak...

Master tu kata....saya hanya boleh buat analisa tapi saya sendiri pun tak tahu kemana price itu akan pergi (buy atau sell) sebab tiada seorang pun yang tahu masa depan kemana price akan pergi. Setiap trader adalah trade berdasarkan ilmu teknikel yang dia belajar.

Bill William kata, sebenarnya dalam trading, tiada siapa yang betul sama ada seller atau buyer. Seller pun boleh untung dan buyer pun boleh untung. Seller pun boleh rugi dan buyer pun boleh rugi.

Kita hanya tahu tang mana nak PO. Tetapi ....kita tak tahu di mana nak TP...cuma boleh agak-agak je lah...

Kita hanya boleh buat analisa...tapi kita tak tak tahu ke mana price nak pergi. Cuma pada kebiasannya akan ada tanda-tanda CRS akan muncul.

Kesimpulan....

1. Kenalah trade setiap hari untuk memahami prikologi trading diri kita sendiri. Orang lain punya
    psikologi....tok sah amik tau.

2. Gunalah lot kecil untuk meminimakan loss.

3. Gunakan lost kecil juga untuk mengurangkan rasa greedy bila trade dan price melawan arah PO.

4. Margin kita akan lebih banyak kalau guna lot kecil.




26 July, 2019

Trading Psikologi 10


"..Orang kata trade forex ni nak ambil buy kena dari bawah dan nak ambil sell kena dari atas... kalau dia dah naik atas kau rasa tu mmg dah betul2 atas ke?.."

"..Kalau market tu terus pergi lagi atas kau nk ckp apa?.."

"...Dah naik atas dia terus lagi pergi atas jangan jadikan itu alasan utk kau nak menangis pulak... bila dah terus ke atas walau atas bumbung sekalipun korang ingat market tu xde cita2 nak naik lagi sampai atas awan? lepas atas awan silap2 dia nak panjat pulak utk naik sampai atas bulan terus pergi ke Planet Marikh..."

"..Penyelesaiannya mari kita follow market rapat2...." Kata trader Atuk Pemalu...

Bagaimana nak follow trend rapat rapat...? 

Ini juga suatu skill yg tak dapat dipelajari.

Tapi perlu asah skill yang ada yang telah ditunjuk ajar.

Skill Atuk Pemalu memang best. Dia ajar cara untuk lebih lagi go down to the market...to dance with the market.

Itulah beberapa perkara yang aku dapat belajar dari trader Atuk Pemalu. Dengan tunjuk ajar ini, aku back to the basic semula walaupun dah menambah skill dengan Fibo Musang. Di FM, selepas belajar EL, diperkenal pula dengan Swap Zone...lebih kurang EL8.

Swap Zone pula....adalah cerita lama brand baru. Asas 1 hingga 6 dalam teknik forex sebenar TFS. Swap Zone, Asas TFS, 123 BO adalah benda yang sama ja....

Tetapi kekadang aku tak nampak hubungkait itu sehingga aku go to learn new teknik and by now, it goes back to the basic.

24 July, 2019

Psikologi Trading 9


Dah berbulan dah tak menulis membuat refleksi kendiri untuk menajamkan trading. Sejak mejak aku tulis tentang psikilogi trading ni...banyak perkra aku dapat. Betul orang kata, muhasabah banyak membantu membaiki diri.

Bab muhasabah ni, manusia ini Allah s.w.t cipta ada kemampuan untuk menilai yang baik dan yang buruk. Kemudian, hasil penilaian itu ia ambil jalan untuk mengikutinya. Tak semestinya apa yang nampak di fikiran, yang tu lah yang jalan yang dia ikut dengan senang. Halangan-halangan pasti ada.

Tak kira sama ada jalan itu jalan yang batil, mahupun jalan yang benar, kalau kita tak nak membuat muhasabah demi muhasabah, pasti kita temui kebuntuan.

Aku dapati tahap knowledge aku ni dalam forex adalah pada tahap yang tertinggi. Iaitu telah ada setup sendiri dan trade according to the his own setup. Tapi, walaupun tahap ini adalah tahap untuk orang yang akan berjaya dalam forex, ada anak-anak tangga yang aku jumpai, dan kena ikut psikologi dalaman diri yang berlaku dan buat muhasabah. Forex ni penuh dengan kekejaman, ketakutan dan manipulasi. Oleh itu, big big trader akan bermain dengan psikologi ini dalam menggerakkan chart.

The market will never follow analisa yang kita buat.....tetapi sebenarnya ia follow analisa kita. Ini dinamakan "fakeout".

18 May, 2019

Head And Shoulder.....lama tak nampak



Gamber pertama


Lepas tu....gambar yang ke dua




25 April, 2019

PSIKOLOGI TRADING 8 ..... minda ketegaq...suka lawan trend


Saya bawakan untuk kali ini pair UJ, TF H1 pada 18-May.....Aju nak habaq kat diri aku yang aku memang terlepas trade. Aku buat tak peduli dan sebab-sebab aku buat tak peduli ialah....minda aku yang suka lawan trend.

Minda suka lawan trend ini adalah pembunuh sebenar dalam forex. Kita disuruh ikut trend. Ikutlah kita trend itu....tapi kita tidak sedar yang kita ni berminda melawan trend.

Minda lawan trend itu wujud bila mana kita dah nampak sesuatu setup itu berlaku....maka kita cepat-cepat pasang PO, hingga lupa akan SOP.


Di atas adalah apa yang berlaku pada aku selepas 18-May ....UJ terbang tinggi makan stop loss. Bila dah kena stop loss....mengelabah. Kecewa dan tak anxiety nak trade minggu depan.


Minggu depan selepas itu... nahh..UJ terus menjunam ke bawah dan mengaut berbakul-bakul pips ....tapi aku habuk pun tarak dapat.


Wahh... seminggu lebih UJ turun junam dan buat bips berbakul-bakul di TH H4 selepas tragedi menyayat hati 18-May tu...

Apakah minda lawan trend ni sebenarnya bagi cara trading aku???

Begini....

Aku pernah untung selama sebulan berturut-turut ketika aku menggunakan setup mTrading Chaos di timeframe H1, di mana aku berjaya buat pips dalam 200 pips seminggu. Itu selepas campur tolak pair-pair yang rugi dan untung. Waktu itu aku belum kenal TFS lagi. Hanya semata-mata Chaos sahaja. Aku berjaya selamatkan akaun dari 93 USD menjadi 227 USD.

Lepas tu akaun tu Margin Call lepas trade guna lot besar.

Dalam Trading Chaos, yang dimaksudkan dengan IKUT TREND ialah kita buka PO hanya menggunakan teknik WiseMan 3 sahaja. Teknik Wiseman 1 amat beresiko sebab ia adalah lawan trend. Itu lah aku...aku suka sangat teknik W1 berbanding dengan W3 sebab aku menggelabah kalau guna W3. Guna W1 pula confiden betul walaupun sering PO aku makan stop loss.

Perkara ini sering terbawa-bawa hingga aku jumpa teknik-teknik lain yang lebih power dan mudah.

Ini antara artikel lama tentang Wiseman 1 lawan trend KLIK.  Nuu.....tahun 2012 lagi aku dah tulis untuk diri sendiri, tapi tak ikuit. Lagi artikel KLIK.

Kalau nak lawan trend....ia sesuai di TF yang besar-besar sahaja. Kalau ikutb tahap trading aku, lawan trend aku ni hanya sesuai untuk TF Daily sahaja.




31 January, 2019

PSIKOLOGI TRADING 6 - ujian yang melanda mematangkan kita



Assalamualaikum....

Hari ini adalah Khamis, 31-01-2019, merupakan hari terakhir bulan Januari di awal tahun baru 2019. Aku upload kan ss dulu


Sepanjang bulan Nov 2018 hingga bulan Jan2019 ini, langsung aku tak dapat tumpukan perhatian kepada trading. Emak sakit dan masuk hospital. Ulangh-ulang pergi hospital. Anak pulak....sakit tiba-tiba parah dan telah meninggal dunia. Anak sakit kanser. Allah ..... ujain berat bagi diriku. Tapi aku redha...alam ini bukan atas titah perintah makhluk. Allah SWT yang mentadbir dan alam dunia ini adalah tak berguna untuk manusia. Ia akan musnah walau bagaimanapun kita nak kekalkannya. Tidak bagi alam akhirat....suatu alam semesta yang amat berbeza dengan alam semesta dunia ini. Ia kekal dan sekekal-kekalnya. Kalau ada nikmat bertrading forex di sana (akhirat), sah dok untung sedia....kalau ada la...

Berbalik kepada analisa....

Harga terendah EU pada tahun lepas 2018 ialah 1.1230. Price tertinggi di bulan Nov 2018 ialah 1.1450.

Pada bulan Disember, price tertinggi pun tak melepasi harga tertinggi bulan sebelumnya iaitu 1.1450. So...candle monthly untuk Nov dan Dis membentuk twezer lah. Namun, ada sesuatu pada harga Low bagi bulan Nov dan Dis di mana pada bulan Disember, price telah membuat Low High. Bermakna, seller telah membuat pushing menekan buyer....akan ada sesuatu petunjuk di bulan Januari awal tahun 2019.

Bulan Jan tahun ini, EU telah berjaya menembusi harga tertinggi bulan lepas dan membuat New High iaitu 1.1550 naik 100 pips. Apatah lagi, harga Low candle monthly Dis dan Jan adalah twezer.

Pada pandangan aku, Euro akan membuat kenaikan berbanding USD. Tapi ia akan turun dulu kot....lepas tu baru membuat kenaikan dengan mendadak.


Aku letak sikit Bolinger Band BB ..... telah terbukti harga tertinggi Dis telah membtalkan penurunan Eu dari bulan Sept - Nov (3 bulan tu).

So...bulan depan Feb dah tau nak buat apa.

PSIKOLOGI TRADING - mampiuh punya dilema...



Hari ini ialah 10-Dec, bermakna dahpun sepuluh hari di bulan Disember tahun 2018 ini. Market dah nak melabuh tirai. Mereka akan tutup dari 25 haribulan sehingga awal januari tahun depan. Kira cuti hujung tahunlah....

Berbalik kepada EU, dibawah ini adalah gambarajah hari ini, TF daily.


Nampak tak??....jelaskan?.. Ada inside bar berlaku pada candle 30-Nov dan ia memerlukan enam hari untuk pecah ke atas.... Kuat sungguh seller ni. Tak mau mengalah.

Seperti yang aku kata, aku buat analisa EU ini dalam artikel dilema prikologi trading dengan menyatakan bahawa trend nak beralih arah ke up-trend adalah kuat. Itu bilamana candle sell-daily 12-Nov dimatikan dengan 4 candle buy-daily. Tapi, TF daily masih belum confirm nak beralih trend, menyebabkan aku dok teragak-agak nak buy kah atau sambung sell. So...banyak aku lost sejak artikel pertama. dari 13usd jadi 8usd saja....kira-kira 500 pips aku rugi dok buy, sell, buy, sell, kena SL dan sebagainya.

Sehinggalah aku rujuk kembali ilmu-ilmu lama. So....aku letakkan MA 50 warna merah tu. Pada Jumaat lepas 8-Dec, candle hijau telah break memecahkan inside bar dan tutup harga dengan di atas MA50. Itu petanda bahawa buyer mula masuh. Kalau dalam minggu ini, candle close-buy di luar upper BBMA, confirmlah boleh buy untuk minggu depan.

Taktau la berapa hari boleh bertahan bila candle daily closed diluar garisan BBMA....kalau candle H4, itu boleh makan untuk seminggu....

Lama benar dilema ni....makan masa sebulan lebih.

Itulah yang dikatakan asam garam sebagai trader forex.

Kesimpulan yang aku dapat ialah...

a)- Ilmu aku masih belum cukup untuk matang dalam forex.

b)- Kema tambah belajar teknik forex yang lain selainj dari TFS.

Bukan nak kata TFS ada kureng....tapi aku ni ha yang kureng...apa yang ada dalam TFS adalah asas-asas forex yang sebenar, tapi, lagi mengaji lagi bagus. Dalam agama pun ada 4 mazhab, bukan kata mazhab Syafie tak bagus tapi bila berlaku keadaan yang memerlukan pengalaman yang baru dan lebih, mazhab teknik forex yang lain telah ada membuat kajiannya....so...tambah ilmu dan tambah pengalaman secara sistematik.

Bukan nak jadi butterfly trader. Aku dah matang benar dalam forex ni. Asas yang aku ada, bukan asas yang sikit....tahap otai ni. Otai newbie la.