24 July, 2019

Psikologi Trading 9


Dah berbulan dah tak menulis membuat refleksi kendiri untuk menajamkan trading. Sejak mejak aku tulis tentang psikilogi trading ni...banyak perkra aku dapat. Betul orang kata, muhasabah banyak membantu membaiki diri.

Bab muhasabah ni, manusia ini Allah s.w.t cipta ada kemampuan untuk menilai yang baik dan yang buruk. Kemudian, hasil penilaian itu ia ambil jalan untuk mengikutinya. Tak semestinya apa yang nampak di fikiran, yang tu lah yang jalan yang dia ikut dengan senang. Halangan-halangan pasti ada.

Tak kira sama ada jalan itu jalan yang batil, mahupun jalan yang benar, kalau kita tak nak membuat muhasabah demi muhasabah, pasti kita temui kebuntuan.

Aku dapati tahap knowledge aku ni dalam forex adalah pada tahap yang tertinggi. Iaitu telah ada setup sendiri dan trade according to the his own setup. Tapi, walaupun tahap ini adalah tahap untuk orang yang akan berjaya dalam forex, ada anak-anak tangga yang aku jumpai, dan kena ikut psikologi dalaman diri yang berlaku dan buat muhasabah. Forex ni penuh dengan kekejaman, ketakutan dan manipulasi. Oleh itu, big big trader akan bermain dengan psikologi ini dalam menggerakkan chart.

The market will never follow analisa yang kita buat.....tetapi sebenarnya ia follow analisa kita. Ini dinamakan "fakeout".

No comments:

Post a Comment