13 August, 2018

BLOG SAYA SUDAH TERKENAL

Alhamdulilah....tak sangka yang blog saya ini di follow oleh orang ramai. Saya saja suka-suka letak artikel apa yang saya tahu tentang forex dalam blog ini. Sebab itu ia dinamakan Riwayat Hidup ... Dalam Liku-Liku Mempelajari Forex.

Setakat yang saya jumpa ...ciksaf.blogspot. Ada lagi yang follow tapi tak letak link. Saya ingin maklumkan bahawa bahan-bahan dalam blog ini tak disusun ikut susunan. Ia caca merba. Anda perlu ada ilmu untuk follow saya.

Tapi .... saya ingin beri anda tips ..."BACK TO BASIC FOREX PRINCIPLE". Ada lebih kurang 10 prinsip asas forex. Asas pertama ialah memahami bagaimana ekonomi bergerak, siapa yang gerak ekonomi, penggal-penggal ekonomi dan lain-lain yang ada dalam ilmu fundamental.

Kemudian, baru masuk asas kedua iaitu ilmu teknikel yang bermula dengan mengenali arah trend forex atau the laws of the forex chart.

Kalau anda adalah pemilik TFS, itulah asas-asas forex yang sebenar yang disusun ikut urutan.

Suatu masa dahulu, saya trade dengan 90USD je dengan 1 pips = 0.10 sen. Saya telah berjaya menambah menjadi 133 USD dalam masa sebulan. Tapi, ketika itu saya tak tahupun asas-asas forex  yang betul. Trade guna indicator sahaja.



Cuba lihat gambar di atas. Saya buat screenshot untuk seminggu guna TF H1. Inilah trading setup saya dulu-dulu, Saya tambah dengan Alligator Bill William. Kalau closed-body di natas line biru, saya akan buy dan jika closed-body bawah line biru, saya akan sell.

Ia perlu bermula dengan menilat serta memantau chart sejak hari Isnin awal minggu. Lagi bagus...hari Isnin awal minggu yang di awal bulan.

Target pips ialah 40 pips 1 Lot. Kalau buka 4 lot, dah jadi 160 pips.

Jika MM ialah 1 pip x 0.03 x 160 = USD 4.80. Kalau nak cari 200 pips seminggu, sebang-senang je. Tapi ia perlu kawalan money management yang amat-amat ketat.

Telah lama saya perhatikan teknik di atas. Namun selepas saya belajar teknik-teknik lain, skill saya itu lama kelamaan kian terpadam. Saya jadi blur semula.

Saya muatkan satu lagi gambar


Dengan menarik fibo dari clossed-body bawah line biru di awal mingu (Isnin), beranikah saya letak TP 50 pips?....


Saya muat naik gambar untuk minggu berikutnya. Hari Isnin, tak trade tapi Selasa baru trade. Mungkinkah saya berani untuk ambil TP untuk 50 pips lagi?

Setup yang saya tunjukkan itu ada rahsianya iaitu

1. trade guna TF H1 sahaja.
2. Guna indicator Alligator Bill William
3. Closed Body Atas Line biru untuk Buy
4. Closed Body Bawah Line biru untuk Sell.
5. TP adalah di fibo 161.8 atau 261.8
6. Maksimum TP adalah di fibo 423.6

Kalau ada sisiapa nak buat back test, silalah buat. Apa setup saya ini saya tak tau.

Saya ingat nak tutup blog ini. Kalau ada amaran dari bank negara, saya akan tutup. Kalau tau.... ia akan ada macam tu saya lah ...