04 December, 2019

KEMAHIRAN KENAL PASTI “VALID CRS SHOOTING STAR”


Di bawah ini adalah ilmu dari rakan TFS saya.
Saya ikuti cara beliau analisa CRS dan saya gunakan untuk memahami kemahiran saya sendiri untuk trade. Mencari PO yang berkualiti. Ilmu ini rata-rata dah ada dalam internet. Boleh cari dan boleh google. Namanya engulfing. Candle telan candle. Ia bukan rahsia lagi. 
Tapi.....yang menjadi rahsia atau sedikit rahsia ialah di mana elok iala berlaku dan kebolehpercayaan engulfing itu. 
 ----------------------------------------------------------
Salam rakan TFS .. saya nak share ilmu candlestick pattern, harap ini boleh membantu dan dapat mempermudahkan lagi rakan2 membaca dan mengetahui apa candles/bila masa sesuai untuk entry trade profitable.
Apakah rahsia sebenar candlestick pattern?
Ya memang susah nak dapatkan jawapannya tapi alhamdulillah berkat kesabaran dan kriativiti yang saya ada, saya dapat membungkar rahsianya.
Saya akui cara ini sangat2 berkesan untuk kita mengecapi profit yang cantek, penemuan ini merupakan lubuk segala2 lubuk yang selama ini semua trader trmasuk saya sendiri trkapai2 mencari jawapannya.
Perasan tak soalan yang selalu kita ajukan di laman group TFS:
 SAYA NAMPAK CRS SHOOTING STAR DI TF H4, TAK FALSE KAH CRS INI…BOLEH KAH SAYA SET PO SELL STOP SEKARANG’ … ok
Jawapannya akan saya detailkan dibawah …sebelum tu saya mohon maaf pada rakan semua sekiranya penerangan ini bercanggah pada teknik TFS 
 Lihat pada TF H4 post bawah, berpandukan ebook TFS, untuk set PO sell stop kita perlu mengenal CRS SBR/RBS dan yang lain2 . Tapi untuk mengenal adakah CRS itu false ker atau tak, sangat2 susah … 
 
 

02 December, 2019

PSIKOLOGI TRADING.....Pair yang tak hormat SNR

😻

Seseorang telah memberitahu aku akan behavior sesetengah pair yang tidak menghormati SNR atau support dan resistence....

Bila kata pair tak hormat....bermakna btrading behavior penggerak-penggerak pair ini perlu kita study cara mereka trade. kelakuan trading itu pasti ada kesan atau tanda. bekas-bekas dan taik-taik tading pasti ada....

Dimanakah mereka meninggalkan tanda-tanda itu?......sudah tentu dalam chart.

Bila mana pair tak hormat support dan resistence, kebiasaannya H1, M30, M15 iaitu time frame kecil pasti dilanggarnya....

Orang itu tak bagi tahu pair mana yang tak hormat SNR. Tapi dia ajarkan cara nak buat SNR untuk detect yang pair itu tak hormat SNR.

Aku yang ada ilmu psikologi ni....dan dah khatam Trading Chaos amat terkasima dengan apa yang diberitahu...setakat ini, yang aku jumpa pair yang tak hormat SNR adalah GBPJPY.....orang kata pair ganas.

Untuk mengetahui njejak jejak kesan kelakuan trading....yang trade adalah manusia. Manusia Allah yang jadikan. Apa yang aku belajar dalam psychology, kelakuan manusia itu adalah berulang-ulang dan keulangan kelakuan itu menjadi sejarah pentakrikhan. Makna kata....kita boleh belajar dari kesan sejarah yang lepas untuk membuat jangkaan akan perubahan pada masa depan. Walaupun kesan material atau kebendaaan mungkin berubah....tetapi kelakuan rohani tak berubah...

Maksudnya....ada baik ada buruk.....ada cantik ada hodoh....ada berjalan dan ada perhentian....selagi nyawa dok ada begitulah perjalanan manusia.

Bagi maksud trading....kita kata pair tak hormat SNR, kelakuan trading yang dibuat oleh manusia yang trade pair itu pasti ada perhentiannya...cuma sama ada henti untuk naik lagi atau berhenti untuk undur ke belakang.

Riwayat sejarah untuk menganalisis manusia-manusia yang trade pair ini ialah candle-candle dalam chart. Siapa yang trade pair ini???? :-

a) - Bank-bank besar iaitu central bank .... bank ini buat polisi untuk pergerakan pair dalam satu-satu musim ekonomi.

b) -  Bank-bank perdagangan ....iaitu bank yang di bawah sesuatu negara yang buat perdagangan antarabangsa untuk buat pertukaran trade.

c) - Firma-firma kewangan besar-besar...

Kita yang trade ikan bilis ni kenalah ikut kelakuan trade abang-abang long di atas. Dalam satu-satu musim ekonomi, mereka membahagikan kepada TAHUN untuk membuat lonjakan ekonomi. Macam Malaysia la ni...ekonomi meleset teruk lepas kerajaan berubah dan kerajaan baru cuba membuat penstrukturan semula ekonomi. Pada tahun 2018 - 2019, adalah tahun-tahun perancangan ekonomi dan bermula tahun 2020 akan berlaku lonjakan ekonomi.

Lonjakan ekonomi pada mulai 2020 itu....pasti ada kesannya dalam chart untuk tahun 2019 ini....duit Ringgit akan berkelakuan sideways sampai ....jeng...jeng....bank negara announce data pertumbuhan ekonomi dan tetiba Ringgit melonjak naik nilainya....candle yang berlaku kebiasannya Marubozu...

Namun...manusia tetap manusia. secanggih sistem komputer tetap ada yang boleh curi masuk.

Keretapi ETS yang laju ada hentian yang dia stop setiap kiali sampai, dan ada juga ETS yang hanya memilih hentian-hentian tertentu sahaja. So,,, kalau ttidak hormat pada hentian daily, sampai hentian weeklyu atau monthly kena hormat juga sebab faktor musim-musim ekonomi. Dalam setahun ada 4 musim ....jan-mac, april-jun, julai september dan oktober disember. Trader swing macam aku perlu amik tahu pasai ini.