09 August, 2017

ALLAH MENJEMPUT MENJADI TETAMU NYA

Alhamdulillah .... aku bersyukur kepada Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, yang telah menjemput aku menjadi tetamuNya pada tahun ini, 1438H bersamaan 2017M.

Bila aku renung kembali , sejarah forex aku bermula bila aku masuk dapat keluarkan semua simpanan simpana pekerja dan masukkan semuanya ke dalam akaun emak dan ayah. setiap seorang dapat cukup jumlah untuk tambang dan makan minum ala kadar .

Selepas itu, bermulakah episod aku belajar forex. Belajar dengan Ustaz S***i, pi belajar seminar KF, masih trading tak berhasil. Jumpa WHA926 dalam talian skype dan banyak lagi. Tak lupa juga ....orang tak kenali Pelita Lampu mai antar satu ebook suruh aku baca yang merubah cara pikir trading aku.

Kemudian ke seminar forex yang nama macam Microsoft Excel, dan terjumpa Teknik Forex Sebenar. La ni, aku gabung semua ilmu yang aku belajar. Masih tak dapat untung, tapi tak pernah margin call.

Sebenarnya, pada masa yang sama, aku tiada modal untuk trade. Modal yng banyak aku bagi kat ayah dan emak untuk buat haji. Hampir sepuluh tahun ayah dan emak merayu untuk pergi awal sebab umur dah lanjut, Tapi masih tak dapat-dapat. Orang lain jika umur macam ayah dan emak, dah 70an, sekali merayu dah dapat. Tapi tidak buat ayah dan emak.

Emak rajin pergi kursus haji. Tapi ayah dah mula kecewa dan patah hati. Ayah jatuh sakit. Tak boleh kencing. Berubat tak lega. Adik pulak sakit mental. Menjadi-jadi sakit mental dia. Dari kena jin, kepialu, saka, dikejar pontianak, minum ketum dan sembah hindu. Kena hantar ke Tahjung Rambutan 2 kali. Teruk betul aku menanggung sorang-sorang.

Aku anak kedua. Ada abang sorang dan adik sorang. Oleh sebab adik sakit mental, tak dapatlah kerja. Abang pula sejak ekonomi jatuh tahun 2004, kena berhenti kerja. Dapatlah kerja lain tapi gaji kecil. Tapi kerja kerajaan. Gajio hilang hampir dua per tiga dari gaji swasta. So .... bebanan bantu ayah dan emak terbeban atas bahu aku sorang-sorang. Kalau aku tak bantu mak dan ayah , siapa lagi nak bantu.

Berubat adik ....berubat adik adalah masalah yang paling besar. Mana mana ubat yang memberi kesembuhan pada dia, dia akan tak makan ubat tu kalau dia tahu. Pernah aku bawa jumpa pengamal homeopati. Belanja sampai RM300.00. Balik rumah, dia tak nak minum. Dia kata ubat bohong. Aku suruh juga dan dia naik marah dan minum semua ubat tu. Kalau ubat spital, mau terus mati tu. Tapi umat homeopati tak pa. Tak jadi mati. Dalam dia dok naik sheikh mengamuk.....tiba-tiba je dia terus berhenti dan tak marah menjerit-jerit lagi, Senyap terus. Terus dia pi amik kain tola dan mandi. Aku tanya awat kenapa hang mengamuk tadi? Dia cakap.... entah..dia tak tau apa pasai mengamuk. Dia kata tadi rasa marah membaran. Tapi tiba-tiba cool. Siap menyialkan diri lagi sebab baran tak tentu pasal.

Itu ceritanya dan itulah cerita terakhir dari adikku, Lepas itu dia tahu ubat itu menyembuh .... so dia tak mahu makan lagi. Mungkin jun dalam badan kot yang tak suruh dia tak mahu makan sebab dia kata aku bagi ubat tu untuk bunuh dia.

Selang bertahun, masalah adik terus menkjadi-jadi. Aku pun susah hati, mak susah hati, ayah lagi susah hati. Nak ke Mekah macammana? Adik sakit.