23 April, 2020

Ditengah Krisis Covid-19

 Last April nak sambut Ramadhan

Ada beberapa perkara yang perlu anda tahu dalam analisa kitaran dagangan dan pelaburan.
Saya berpendapat ini core penting dalam memahami keadaan pasaran semasa terutamanya dari segi ekonomi (Foreign Exchange), segi perkembangan syarikat (Stock Market), dan pelaburan (Risk Asset / Safe Haven).

Kalau perhatikan isu USD, USD ini pakai teknik 'kebal' apa sahaja berlaku ia menguat.

Gold pula banyak dipermain kebelakangan ini, sebenarnya bukan dipermain, ambil kesempatan masih lagi nak beli kat bawah beberapa kali.

Dan Oil pulak sampai lingkup bawah tanah, kesan yang berterusan teruk.

Saya keep buying Gold dan USD sebenarnya, tapi elok tunggu set up buy lah, jangan pulak masuk tak tentu pasal.

Fahami ekonomi, fahami bisnes yang terkesan dan memberi kesan pada ekonomi, fahami juga konsep dagangan dan pelaburan diri.

InshaAllah ok!  ...  Gero Azrul

Refleksi Kendiri Selepas Part-Time Trading


Pada hari ini, 23-April-2020 aku berhenti sat trade sebab tengok harga minyak sampai negatif. Turun sampai range bawah 20 Usd.

Setelah 2 bulan aku menjadi part-timer trader, trade dengan money management yang aku kira betul la....pada hari ini aku dapat hasilnya. Aku nak analisa la ni...


" dah buang dah gambar "


Aku bermula dengan 15 usd sahaja. Itu pun baki yang tinggal dari 35 usd semuanya....tapi aku trade main-main.

Sayang ,,, dah 3 akau MC (baru rasa MC sebab trade main-main). So kali ni aku nak trade betul-betul dan tak mau main-main lagi.

1 pip ialah 10 sen. Ini kira 35% modal....amat amat amat berisiko. sekarang dah lebih 100 usd dengan resiko yang masih 5 - 6 %. Ini kira resiko yang masih lagi tinggi. Modal yang perlu ada untuk trade dengan selamat ialah USD 167.00 dengan 10 sen sepip.

Baik .... paling profit aku trade ialah 22.87 usd satu tiket. Ok la....makna kata 200 pip tu. Tapi bila tang lost pula ...15.32 usd dengan satu tiket. Huh .... 150 pips hilang tu..

Paling rendah SL aku ialah 50 pips bersamaan 5usd. Kalau sampai 15.32 makna kata aku tak letak SL sebab tu lost banyak.

Consekutif win ialah 6 kali berturut-turut dengan win profit 60usd. Tetapi ....lost pula 4 kali berturut dengan nilai 31usd ... wau...separuh hilang...sebab tak letak stip loss tu. kalau tidak...20 usd sahaja yang patut hilang.

Kesimpulannya...punca aku lost hampir separuh peratus ialah kerana TIDAK letak Stop Loss. Seorang trader lama dari sekolah lama cakap yang SL adalah insurans bagi trading kita. Kita tak boleh letak stoploss yang menebabkan makan profit melebih target kita...

Kalau lihat pada lekukan gram di atas, LOSS aku tidak boleh melebihi bawah daripada 90 USD. Aku perlu cari lagi dalam 40 USD bulan Mei nanti...

Kalau 108 - 90 = 18 usd .... makna kata 18usd adalah modal aku yang aku sanggup rugi pada bulan Mei nanti. Kalau rugi sampai gitu ... aku patut berehat sekejab. Tak boleh asyik nak buka komputer terus pasang PO.

Aku berdoa semoga diri aku ini tak lagi tamak dan cuba buat untuk jangan kalah ... jangan gagal .... berjaya sedikit pun dah ok...

Akhirnya ... Trade bulan April ni hanya balik bodal ja selepas rugi bawah breakeven. Aku start dari USD15.00 dengan resiko yang tinggi. Sekarang dah jadi USD108.00 dalam masa 2 bulan. Sudah separuh kejayaan aku capai.

Target aku ialah mencapai USD 170 pada akhir Mei nanti ... insyaallah...baru lah nyaman rasa bila akaun dah ikut MM yang betul.

----------------

Aku buang gambar sbb orang kata bila dah letak screenshoot akaun, ..... bila untung letak tunjuk. Bila rugi sembunyi.

So....tak mau lagi letak screen shoot. Sebab aku lost sampai tinggal 78 dolar je lepas itu.

03 April, 2020

Kaji vs Ikut ? ...... Buaya Alligator


Hari ini aku nak papar apa yang aku dapat daripada pengkajian Trading Chaos oleh Bill William. Saudara Bill William ini dah tua bangka dah. Dia gubah satu indicator guna moving average dan mana mana broker...tak kira broker saham, option, forex, future, index, semua nya ada menyediakan indikator-indikator gubahan Bill William ini.

Kalaulah dia ni muslim banyak dah pahala yang dia dapat sebab memudahkan kita orang Islam ini buat profit sikit-sikit.

Nama indikator ..... Alligator aka buaya...Korang cari sendiri maklumat bagaimana buaya ni makan. Yang aku tau....buaya makan sekali je tapi berhari hari..

Time frame yang dicadangkan ialah H4 .... time frame lain aku tak jamin. Walaupun aku guna TF daily, weekly atau monthly , semuanya tak berapa nak boleh pakai kecuali kena buka juga juga H4. So aku kakatan yang H4 adalah kompas arah ....KOMPAS ARAH ....

SOP nya senang saja.....

1. Kalau trend tengah naik.... buka H4

2. Tunggu price pullback dan candle break garisan biru.

3. Tak kiralah break itu break dengan body atau break shadow sahaja.

4. Kira dia cucuk tembus garisan biru sahaja ....sama ada cucuk tembus body atau tembus shadow sahaja.

5. Tempat tembus itulah korang kena letak pending PO sell atau buy.

6. TAPI .... price akan buat pullback dudlu lepas cucuk. Jangan dah nampak cucuk terus pasang PO nanya korang. Aku kena dah.

7. WAJIB buat stoploss .... 50 pips atau ikut suka korang.

8. Bill William sebuat teknik aku sebut ini sebagai WISEMAN 2 

Selamat mengkaji.

Aku tak tanggungjawab apa apa kalau korang rugi....aku pun selalu lost bila guna cara ni...



















01 April, 2020

KAJI vs IKUT ? ........Entry Ikut Trend


Membuat entry ikut trend dalah suatu kemahiran yang WAJIB DIASAH DENGAN BETUL. Ini kerana kalau entry tak ikut trend, makan makan modallah jawabnya.

Pengalaman saya.....

Kadang-kadang kita dah nampak cara entry ikut trend yang telah dipelajari tetapi disebabkan rasa tak konfiden, kita tak masuk. Tetapi bila buat back-test....ahhh..kenapalah aku tak masuk tadi. Perkara ini berlaku bilamana market belum siap lagi. so....ada takut dan greedy.

Entry ikut trend ini adalah entry yang SEPATUTnya kita SUKA BUAT . Sebab entry ini hari-hari dia ada. Hari-hari boleh dapat entry ini. Makna kata hari-hari kita boleh buat duit terutamanya di TF H1. So....hari-hari kita boleh buat duit di H1 ... tapi take profit jangan besarlah sebab H1 pun. Setakan 20-30 pips sehari dah boleh dah.

Entry Ikut Trend hanya boleh dibuat apabila market dah stable kerana entri ini tidak mewakili di awal trend. Bila market dah stable kita follow sahaja.

Antara pair yang banyak entry ini ialah AU, EU, EJ

BIASANYA , kalau setup Entry Ikut Trend berjumpa dengan setup candle CRS, kalah setup candle CRS (ia jadi false signal). Kuat lagi setup Entry Ikut Trend. Entry Ikut Trend ini dinamakan EL4 sebab dibuat di time frame H4.

Dikatakan, menurut ampunya cerita, kalau EL2 yang naik itu memecahkan entri ikuit trend ini, maka setup EL3 itu memang valid. Memang valid lah....boleh hold dan makan pips ratus-ratusan.

Market bergerak dalam bentik zig-zag A, B dan C, di mana pergerakan di A mempunyai candle berterusan 3 dan ke atas (Continous candle of 3 and above). Kemudian, market membuat pullback dan membentuk B. Apabila berlaku sahaja candle terakhir A di breakout, makan berlakulah C ... perjalanan C is confirmed.

Kata ampunya cerita lagi...EL4 ini juga dinamakan CB1. Tapi CB1 yang kuatlah sebab dia tak terbolos (terpecah). Kalau ia pecah, maka itu adalah cb1 break. Market dah nak berpaling arah.

Kalau tak pecah Entri Ikut Trend ini, maka kita akan entry semula ikut trend asal.

Zone kan body B terakhir. Body B terakhir ini akan jadi trend guard (penjaga trend).

Kita tak sibuk nak lawan trend kalau kita faham Entry Ikut Trend ini.



Kat atas tu time frame H4....seminggu sekali entry. Ada entri ini....seminggu sekali boleh rentri profit.

Mari kita buka pula TF yang hari-hari boleh trade iaitu H1.


Baiklah.....selebihnya kena kaji dan kaji sendiri.