01 April, 2020

KAJI vs IKUT ? ........Entry Ikut Trend


Membuat entry ikut trend dalah suatu kemahiran yang WAJIB DIASAH DENGAN BETUL. Ini kerana kalau entry tak ikut trend, makan makan modallah jawabnya.

Pengalaman saya.....

Kadang-kadang kita dah nampak cara entry ikut trend yang telah dipelajari tetapi disebabkan rasa tak konfiden, kita tak masuk. Tetapi bila buat back-test....ahhh..kenapalah aku tak masuk tadi. Perkara ini berlaku bilamana market belum siap lagi. so....ada takut dan greedy.

Entry ikut trend ini adalah entry yang SEPATUTnya kita SUKA BUAT . Sebab entry ini hari-hari dia ada. Hari-hari boleh dapat entry ini. Makna kata hari-hari kita boleh buat duit terutamanya di TF H1. So....hari-hari kita boleh buat duit di H1 ... tapi take profit jangan besarlah sebab H1 pun. Setakan 20-30 pips sehari dah boleh dah.

Entry Ikut Trend hanya boleh dibuat apabila market dah stable kerana entri ini tidak mewakili di awal trend. Bila market dah stable kita follow sahaja.

Antara pair yang banyak entry ini ialah AU, EU, EJ

BIASANYA , kalau setup Entry Ikut Trend berjumpa dengan setup candle CRS, kalah setup candle CRS (ia jadi false signal). Kuat lagi setup Entry Ikut Trend. Entry Ikut Trend ini dinamakan EL4 sebab dibuat di time frame H4.

Dikatakan, menurut ampunya cerita, kalau EL2 yang naik itu memecahkan entri ikuit trend ini, maka setup EL3 itu memang valid. Memang valid lah....boleh hold dan makan pips ratus-ratusan.

Market bergerak dalam bentik zig-zag A, B dan C, di mana pergerakan di A mempunyai candle berterusan 3 dan ke atas (Continous candle of 3 and above). Kemudian, market membuat pullback dan membentuk B. Apabila berlaku sahaja candle terakhir A di breakout, makan berlakulah C ... perjalanan C is confirmed.

Kata ampunya cerita lagi...EL4 ini juga dinamakan CB1. Tapi CB1 yang kuatlah sebab dia tak terbolos (terpecah). Kalau ia pecah, maka itu adalah cb1 break. Market dah nak berpaling arah.

Kalau tak pecah Entri Ikut Trend ini, maka kita akan entry semula ikut trend asal.

Zone kan body B terakhir. Body B terakhir ini akan jadi trend guard (penjaga trend).

Kita tak sibuk nak lawan trend kalau kita faham Entry Ikut Trend ini.



Kat atas tu time frame H4....seminggu sekali entry. Ada entri ini....seminggu sekali boleh rentri profit.

Mari kita buka pula TF yang hari-hari boleh trade iaitu H1.


Baiklah.....selebihnya kena kaji dan kaji sendiri.




No comments:

Post a Comment