23 April, 2020

Refleksi Kendiri Selepas Part-Time Trading


Pada hari ini, 23-April-2020 aku berhenti sat trade sebab tengok harga minyak sampai negatif. Turun sampai range bawah 20 Usd.

Setelah 2 bulan aku menjadi part-timer trader, trade dengan money management yang aku kira betul la....pada hari ini aku dapat hasilnya. Aku nak analisa la ni...


" dah buang dah gambar "


Aku bermula dengan 15 usd sahaja. Itu pun baki yang tinggal dari 35 usd semuanya....tapi aku trade main-main.

Sayang ,,, dah 3 akau MC (baru rasa MC sebab trade main-main). So kali ni aku nak trade betul-betul dan tak mau main-main lagi.

1 pip ialah 10 sen. Ini kira 35% modal....amat amat amat berisiko. sekarang dah lebih 100 usd dengan resiko yang masih 5 - 6 %. Ini kira resiko yang masih lagi tinggi. Modal yang perlu ada untuk trade dengan selamat ialah USD 167.00 dengan 10 sen sepip.

Baik .... paling profit aku trade ialah 22.87 usd satu tiket. Ok la....makna kata 200 pip tu. Tapi bila tang lost pula ...15.32 usd dengan satu tiket. Huh .... 150 pips hilang tu..

Paling rendah SL aku ialah 50 pips bersamaan 5usd. Kalau sampai 15.32 makna kata aku tak letak SL sebab tu lost banyak.

Consekutif win ialah 6 kali berturut-turut dengan win profit 60usd. Tetapi ....lost pula 4 kali berturut dengan nilai 31usd ... wau...separuh hilang...sebab tak letak stip loss tu. kalau tidak...20 usd sahaja yang patut hilang.

Kesimpulannya...punca aku lost hampir separuh peratus ialah kerana TIDAK letak Stop Loss. Seorang trader lama dari sekolah lama cakap yang SL adalah insurans bagi trading kita. Kita tak boleh letak stoploss yang menebabkan makan profit melebih target kita...

Kalau lihat pada lekukan gram di atas, LOSS aku tidak boleh melebihi bawah daripada 90 USD. Aku perlu cari lagi dalam 40 USD bulan Mei nanti...

Kalau 108 - 90 = 18 usd .... makna kata 18usd adalah modal aku yang aku sanggup rugi pada bulan Mei nanti. Kalau rugi sampai gitu ... aku patut berehat sekejab. Tak boleh asyik nak buka komputer terus pasang PO.

Aku berdoa semoga diri aku ini tak lagi tamak dan cuba buat untuk jangan kalah ... jangan gagal .... berjaya sedikit pun dah ok...

Akhirnya ... Trade bulan April ni hanya balik bodal ja selepas rugi bawah breakeven. Aku start dari USD15.00 dengan resiko yang tinggi. Sekarang dah jadi USD108.00 dalam masa 2 bulan. Sudah separuh kejayaan aku capai.

Target aku ialah mencapai USD 170 pada akhir Mei nanti ... insyaallah...baru lah nyaman rasa bila akaun dah ikut MM yang betul.

----------------

Aku buang gambar sbb orang kata bila dah letak screenshoot akaun, ..... bila untung letak tunjuk. Bila rugi sembunyi.

So....tak mau lagi letak screen shoot. Sebab aku lost sampai tinggal 78 dolar je lepas itu.

No comments:

Post a Comment