07 January, 2020

Perkongsian... 1

Seorang cikgu self-development saya pernah ajar satu tips mudah untuk kita rasa bahagia.

Sebelum tu, saya nak cerita dulu kenapa perlunya rasa bahagia bagi seorang trader.

Bila kita bahagia, 

1. Trading result kita akan jadi sangat mudah untuk biru.

2. Dalam apa keadaan pun, kita akan sentiasa relax je.

3. Kita tak akan ada perangai kejar price lagi dah.

4. Kita sedar diri berapa lot yang kita nak guna. Automatically, perasaan tamak tu hilang. 

4. Kita akan perasan yang kita entry dalam keadaan yang tenang dan penuh fokus.

==============

Bila kita dah tenang, baru semua ilmu yang kita pernah belajar tu keluar bak bidadari menari bergelek di atas chart.

Bila bidadari-bidadari tu dah keluar, barulah entry kita jadi berkualiti dan kita mula perasan float kita berkurang dan kita dah mula senang buat profit.

Entry je profit. Entry je profit. Nak dengar yang lagi best??

Bila kita floating, kita siap boleh senyum lebar sebab kita tahu di mana nak counter untuk clearkan floating tu. 

Punya power penangan menjadi seorang trader yang bahagia ni kan?

Semua ilmu ini saya share pada alumni-alumni The Third Eye.

==============
So, apa dia tips tadi tu? 🤩
==============

The moment kita dengar / baca satu kisah yang bagi inspirasi, atau kisah kejayaan orang lain, atau kisah happiness yang orang lain alami, tanpa fikir panjang terus #SHARE kisah tu samada di Facebook kita, ataupun #SHARE dengan bercerita dekat kawan-kawan. 

The moment kita #SHARE tu, sebenarnya kita sedang melatih diri kita untuk happy dengan kejayaan orang. Dan secara tak langsung, kita sedang membuka gate untuk happiness tu jadi dekat diri kita sendiri. 

The moment kita #SHARE tu juga sebenarnya is the process kita circulatekan positiviti. Daripada kita maki hamun tentang isu Dr Mazlee letak jawatan, baik kita #SHARE benda-benda yang memotivasikan kita, betul tak betul? 😂

Macam apa yang saya buat sekarang ni. Saya terkejut baca message yang dihantar ke saya baru ni. Tak sempat saya reply, terus saya screenshot dan #SHARE benda ni dengan korang. 

==============

Saya tumpang gembira dengan kejayaan abang ni withdrawal buat kali pertama dalam hidupnya. Amazing gila kisah dia! 

I feel u Tuan H. I am really happy for you. And now, I am #SHARing it to the world. 

So, mulai sekarang, amalkan tips #SHARE ini. Trust me, Allah suka bila kita sebarkan kebaikan 😉

❣️
FlahaaFX

06 January, 2020

Perkongsian... 3... Forex Trading : adakah ia judi?

Forex Trading: Adakah ianya Judi?

Ramai sangat nak claim yang Forex ni tak ubah macam judi. Meh la bagi chance sikit nak iyakan apa yang dorang dok kata.

1. Boleh lah kalau sibuk sangat nak anggap macam judi atas alasan tak ada kepastian kan. Dalam Forex ni memang boleh jadi win atau loss. Taaaaaaapi chances untuk win tu tinggi berbanding judi. 

Jadi, hidup ni dikira berjudi lah? Kalau gitu, jangan hidup 🤭

2. Forex mengajar saya erti sabar. Ada ke "penganalisis" judi kata "Sabar, jangan tikam lagi. Jangan cuci lagi"?

Bila saya sebut "sabar", ianya sebenar-benar sabar. Tak percaya? Tanyalah wife saya, bila kali terakhir saya marah 😚

3. Forex mengajar saya nilai-nilai manis dalam hidup. Saya mula rasa nikmat bersyukur, nikmat solat berjemaah, nikmat jaga ibubapa, nikmat betapa bestnya kalau dapat masuk syurga, nikmat berbuat baik dengan orang. 

Adakah penjudi merasai semua nikmat tu dengan berjudi? Sekali menang loteri, maunya di"invest" balik semua duit untuk nak menang lagi besar sampai la habis duit tu. Mana ada masa nak reflect diri.

(Dah macam judge orang pulak aku ni. Astaghfirullahalazim)

4. Forex ada money management. Macam mana money management judi? Mana lah saya tau. Kena tanya penjudi.

5. Forex perlukan ilmu analisis. Judi setahu saya tak perlukan trendline, impulsive, corrective, structure, fundamental, oscillator, pattern. Judi hanya perlukan modal, kubur dan bomoh. 

6. Risiko? Memang betul. Semua benda yang kita buat kat dunia ni ada risk. Dalam Forex, kita ada stop loss untuk kawal risk. Dalam judi ada stoploss? 

Kita berniaga, logik ke tak ada rugi? Kalau ada rugi, jangan berniaga dah.

Kita belajar di universiti, logik tak takkan ada subject yang fail? Kalau kita tak study, memang fail lah. Jadi, nak ke cakap kat budak-budak universiti tu "Berhentilah belajar dik. Memanjang fail je. Apa yang adik buat ni berisiko. Dah macam berjudi dah ni dik"?

Tak kan?

6. Apabila seorang trader tu dah mencapai tahap master dalam Forex, possibilities untuk dia gain unlimited amount of money effortlessly tu sangat tinggi. Tapi judi? Hari ni menang, tahun depan confirm boleh menang lagi ke?

HOWEVER,

Kalau kita masuk bidang Forex untuk:

1. Dapat duit mudah
2. Nak kaya cepat
3. Masuk position dalam keadaan tak tahu apa-apa
3. Main tekan sell buy sambil tutup mata
4. Tak pernah ada niat nak belajar,

Maka, itu tetap dianggap sebagai judi. Jauhilah diri anda daripada berjudi dalam Forex. Jangan malukan mereka-mereka yang telah bersusah payah menangis air mata darah bagi mencapai kejayaan dalam bidang ni. 

Tak marah, nasihat je ❣️

Jadi, apa yang Forex telah ajar kalian? Sudi nak kongsi jawapan?

Disclaimer: Post ini bukan totally mengenai hukum halal haram. Ini hanya "gurauan dalam menyampaikan" sahaja. Dan post ini hanyalah pendapat peribadi dan tidak sesuai untuk dijadikan hujah dalam apa-apa keadaan sekalipun. Untuk halal haram, saya akan share pendapat saya bila sampai masa yang sesuai. Sabar ya sabariah 😎

Terkilan saya bila ada beberapa pihak yang mengatakan bahawa post saya tentang Forex dan judi itu seolah menentang atau mencabar apa yang alim ulama' dah fatwakan. 

1. Saya dah disclaim awal-awal itu bukan berkenaan hukum halal haram. Dan post itu bukan bersifat menghukum. Ia bersifat perbandingan. Kenapalah susah sangat nak baca betul-betul.

2. Tak ada satu perkataan pun dalam post tu yang mengatakan Forex itu halal atau haram. Ianya bukan menceritakan tentang yang halal dan haram. Ianya jelas membandingkan tentang Forex dan Judi. 

3. Apa yang saya postkan itu semua fakta walaupun dalam bentuk pendapat. Dan, saya tak perlukan frasa "menegakkan benang yang basah" untuk menyokong pendapat saya tu. Kerana semua tu berdasarkan apa yang saya dah experience.

4. Post tu bukan berbentuk dorongan juga. Tapi ramai orang salah tafsir yang saya mendorong lebih ramai orang untuk terlibat dalam bidang ni. Itu silap. Sebab saya sedar, "bidang haram" ni tak layak dibuat oleh orang yang suka mengikut-ngikut. Dan lumrah 95% manusia sifatnya memang mengikut-ngikut. 

5. Post itu juga tak boleh dijadikan hujah untuk mengatakan itu halal, itu haram. Ia ditulis untuk menjelaskan tentang Forex itu tak sama macam judi, seperti yang digembar gemburkan orang ramai melalui blog dan sebagainya. Mereka yang betul-betul dedikasi sahaja sedar & faham tentang fakta itu. 

Beginilah. Bagi yang meragui, saya nasihatkan untuk tinggalkan bidang ini. Jangan dipaksa diri tu. Khuatir paksaan diri tu atas dasar nak cepat kaya je, bukannya untuk menguasai ilmu ini.  

Dan bagi yang nak mengharamkan tu juga, boleh mula bentangkan idea bernas pada sistem perbankan negara supaya cipta satu sistem hire purchase tanpa melibatkan sebarang interest.

Akhir kata, tepuk dada tanya iman dan ilmu. Kesemua autoriti yang memberikan hukum bertindak atas kapasiti dalam bidang masing-masing. Kita raikan pendapat. Tak perlu bertelagah. 

Janganlah disebabkan ini, kita bertindak menghukum kawan-kawan kita. Dialah pendosa, dialah yang diazab, dialah masuk neraka, dialah yang bagi makan anak bini dari hasil yang haram. Percayalah, kita manusia. Jangan dibuat kerja yang di luar limitation kita.

Di akhir perjuangan, musuh utama kita tetaplah al-Masih ad-Dajjal. 

Tak marah pun, cuma nak sampaikan je ❣️

Perkongsian... 3...Teknik trade vs System trade

Teknik Trading tu maksudnya kaedah/cara utk buy and sell sahaja. Pelbagai teknik kita boleh belajar utk buy and sell.

Trading System maksudnya merangkumi trading control, siri analisa, jurnal, penetapan procedure,  menentukan strategi entry dan exit serta pengurusan risiko termasuk P/L. Akhirnya baru kita masukkan teknik sbg langkah terakhir.

"Adakah kebanyakan trading sistem sama?"

Teknik trading kebanyakan serupa tetapi trading system ada trading art masing2 dan perlukan masa utk mahir. 

saya ada lihat beberapa trader yg berpengalaman. teknik depa biasa saja tp cara dia buat decision trading berbeza. ianya memerlukan system khusus sebelum dia buat keputusan. sama spt basket trading.....ianya perlukan 4 langkah utk trade.
not easy but the result is good.

cuma masalahnya, ramai trader nak cepat....cepat trade dan cepat untung. jd mereka lebih suka belajar teknik trading sahaja krn mudah....tp faham2 saja.

By PakTam Basket Trader

NASIHAT UNTUK AKU

Salamun salam. Peaceful peace.

A statement to keep in my mind when I want to start forex trading.

1. Forex is not a get-rich-quick scheme.

2. Forex trading can be risky.

3. Your income stops if you stop trading.

4. There are a lot of things that are not under your control.

5. It is not clear when you will become a consistently profitable trader.

6. Don’t open a big live account.

7. Know the brokers.


Then, what Is the Closest Way to Become a Profitable Forex Trader?
 
a. Learn the Basics.

b. Learn a Trading System. Technique only is not enough.

c. Start first with Demo Trading.

d. Live Trading will come later with confident. Play safe.

e. Enjoy with your trade.

I can elaborate all this points above but I prefer to remind myself for this moment. These are all basic points before I am able to extend my skill and performance in the future.....maybe I were able to trade with bank....no more broker.

The key is CONSISTENCY!

Stay awesome.

Gambaq kat atas tu aku amik dari group. Terima kasih pada yang share... Kami dengan trading system kami je yang faham kecuali anda otai