26 July, 2019

Trading Psikologi 10


"..Orang kata trade forex ni nak ambil buy kena dari bawah dan nak ambil sell kena dari atas... kalau dia dah naik atas kau rasa tu mmg dah betul2 atas ke?.."

"..Kalau market tu terus pergi lagi atas kau nk ckp apa?.."

"...Dah naik atas dia terus lagi pergi atas jangan jadikan itu alasan utk kau nak menangis pulak... bila dah terus ke atas walau atas bumbung sekalipun korang ingat market tu xde cita2 nak naik lagi sampai atas awan? lepas atas awan silap2 dia nak panjat pulak utk naik sampai atas bulan terus pergi ke Planet Marikh..."

"..Penyelesaiannya mari kita follow market rapat2...." Kata trader Atuk Pemalu...

Bagaimana nak follow trend rapat rapat...? 

Ini juga suatu skill yg tak dapat dipelajari.

Tapi perlu asah skill yang ada yang telah ditunjuk ajar.

Skill Atuk Pemalu memang best. Dia ajar cara untuk lebih lagi go down to the market...to dance with the market.

Itulah beberapa perkara yang aku dapat belajar dari trader Atuk Pemalu. Dengan tunjuk ajar ini, aku back to the basic semula walaupun dah menambah skill dengan Fibo Musang. Di FM, selepas belajar EL, diperkenal pula dengan Swap Zone...lebih kurang EL8.

Swap Zone pula....adalah cerita lama brand baru. Asas 1 hingga 6 dalam teknik forex sebenar TFS. Swap Zone, Asas TFS, 123 BO adalah benda yang sama ja....

Tetapi kekadang aku tak nampak hubungkait itu sehingga aku go to learn new teknik and by now, it goes back to the basic.

24 July, 2019

Psikologi Trading 9


Dah berbulan dah tak menulis membuat refleksi kendiri untuk menajamkan trading. Sejak mejak aku tulis tentang psikilogi trading ni...banyak perkra aku dapat. Betul orang kata, muhasabah banyak membantu membaiki diri.

Bab muhasabah ni, manusia ini Allah s.w.t cipta ada kemampuan untuk menilai yang baik dan yang buruk. Kemudian, hasil penilaian itu ia ambil jalan untuk mengikutinya. Tak semestinya apa yang nampak di fikiran, yang tu lah yang jalan yang dia ikut dengan senang. Halangan-halangan pasti ada.

Tak kira sama ada jalan itu jalan yang batil, mahupun jalan yang benar, kalau kita tak nak membuat muhasabah demi muhasabah, pasti kita temui kebuntuan.

Aku dapati tahap knowledge aku ni dalam forex adalah pada tahap yang tertinggi. Iaitu telah ada setup sendiri dan trade according to the his own setup. Tapi, walaupun tahap ini adalah tahap untuk orang yang akan berjaya dalam forex, ada anak-anak tangga yang aku jumpai, dan kena ikut psikologi dalaman diri yang berlaku dan buat muhasabah. Forex ni penuh dengan kekejaman, ketakutan dan manipulasi. Oleh itu, big big trader akan bermain dengan psikologi ini dalam menggerakkan chart.

The market will never follow analisa yang kita buat.....tetapi sebenarnya ia follow analisa kita. Ini dinamakan "fakeout".