31 January, 2019

PSIKOLOGI TRADING 6 - ujian yang melanda mematangkan kita



Assalamualaikum....

Hari ini adalah Khamis, 31-01-2019, merupakan hari terakhir bulan Januari di awal tahun baru 2019. Aku upload kan ss dulu


Sepanjang bulan Nov 2018 hingga bulan Jan2019 ini, langsung aku tak dapat tumpukan perhatian kepada trading. Emak sakit dan masuk hospital. Ulangh-ulang pergi hospital. Anak pulak....sakit tiba-tiba parah dan telah meninggal dunia. Anak sakit kanser. Allah ..... ujain berat bagi diriku. Tapi aku redha...alam ini bukan atas titah perintah makhluk. Allah SWT yang mentadbir dan alam dunia ini adalah tak berguna untuk manusia. Ia akan musnah walau bagaimanapun kita nak kekalkannya. Tidak bagi alam akhirat....suatu alam semesta yang amat berbeza dengan alam semesta dunia ini. Ia kekal dan sekekal-kekalnya. Kalau ada nikmat bertrading forex di sana (akhirat), sah dok untung sedia....kalau ada la...

Berbalik kepada analisa....

Harga terendah EU pada tahun lepas 2018 ialah 1.1230. Price tertinggi di bulan Nov 2018 ialah 1.1450.

Pada bulan Disember, price tertinggi pun tak melepasi harga tertinggi bulan sebelumnya iaitu 1.1450. So...candle monthly untuk Nov dan Dis membentuk twezer lah. Namun, ada sesuatu pada harga Low bagi bulan Nov dan Dis di mana pada bulan Disember, price telah membuat Low High. Bermakna, seller telah membuat pushing menekan buyer....akan ada sesuatu petunjuk di bulan Januari awal tahun 2019.

Bulan Jan tahun ini, EU telah berjaya menembusi harga tertinggi bulan lepas dan membuat New High iaitu 1.1550 naik 100 pips. Apatah lagi, harga Low candle monthly Dis dan Jan adalah twezer.

Pada pandangan aku, Euro akan membuat kenaikan berbanding USD. Tapi ia akan turun dulu kot....lepas tu baru membuat kenaikan dengan mendadak.


Aku letak sikit Bolinger Band BB ..... telah terbukti harga tertinggi Dis telah membtalkan penurunan Eu dari bulan Sept - Nov (3 bulan tu).

So...bulan depan Feb dah tau nak buat apa.

PSIKOLOGI TRADING - mampiuh punya dilema...



Hari ini ialah 10-Dec, bermakna dahpun sepuluh hari di bulan Disember tahun 2018 ini. Market dah nak melabuh tirai. Mereka akan tutup dari 25 haribulan sehingga awal januari tahun depan. Kira cuti hujung tahunlah....

Berbalik kepada EU, dibawah ini adalah gambarajah hari ini, TF daily.


Nampak tak??....jelaskan?.. Ada inside bar berlaku pada candle 30-Nov dan ia memerlukan enam hari untuk pecah ke atas.... Kuat sungguh seller ni. Tak mau mengalah.

Seperti yang aku kata, aku buat analisa EU ini dalam artikel dilema prikologi trading dengan menyatakan bahawa trend nak beralih arah ke up-trend adalah kuat. Itu bilamana candle sell-daily 12-Nov dimatikan dengan 4 candle buy-daily. Tapi, TF daily masih belum confirm nak beralih trend, menyebabkan aku dok teragak-agak nak buy kah atau sambung sell. So...banyak aku lost sejak artikel pertama. dari 13usd jadi 8usd saja....kira-kira 500 pips aku rugi dok buy, sell, buy, sell, kena SL dan sebagainya.

Sehinggalah aku rujuk kembali ilmu-ilmu lama. So....aku letakkan MA 50 warna merah tu. Pada Jumaat lepas 8-Dec, candle hijau telah break memecahkan inside bar dan tutup harga dengan di atas MA50. Itu petanda bahawa buyer mula masuh. Kalau dalam minggu ini, candle close-buy di luar upper BBMA, confirmlah boleh buy untuk minggu depan.

Taktau la berapa hari boleh bertahan bila candle daily closed diluar garisan BBMA....kalau candle H4, itu boleh makan untuk seminggu....

Lama benar dilema ni....makan masa sebulan lebih.

Itulah yang dikatakan asam garam sebagai trader forex.

Kesimpulan yang aku dapat ialah...

a)- Ilmu aku masih belum cukup untuk matang dalam forex.

b)- Kema tambah belajar teknik forex yang lain selainj dari TFS.

Bukan nak kata TFS ada kureng....tapi aku ni ha yang kureng...apa yang ada dalam TFS adalah asas-asas forex yang sebenar, tapi, lagi mengaji lagi bagus. Dalam agama pun ada 4 mazhab, bukan kata mazhab Syafie tak bagus tapi bila berlaku keadaan yang memerlukan pengalaman yang baru dan lebih, mazhab teknik forex yang lain telah ada membuat kajiannya....so...tambah ilmu dan tambah pengalaman secara sistematik.

Bukan nak jadi butterfly trader. Aku dah matang benar dalam forex ni. Asas yang aku ada, bukan asas yang sikit....tahap otai ni. Otai newbie la.