03 April, 2020

Kaji vs Ikut ? ...... Buaya Alligator


Hari ini aku nak papar apa yang aku dapat daripada pengkajian Trading Chaos oleh Bill William. Saudara Bill William ini dah tua bangka dah. Dia gubah satu indicator guna moving average dan mana mana broker...tak kira broker saham, option, forex, future, index, semua nya ada menyediakan indikator-indikator gubahan Bill William ini.

Kalaulah dia ni muslim banyak dah pahala yang dia dapat sebab memudahkan kita orang Islam ini buat profit sikit-sikit.

Nama indikator ..... Alligator aka buaya...Korang cari sendiri maklumat bagaimana buaya ni makan. Yang aku tau....buaya makan sekali je tapi berhari hari..

Time frame yang dicadangkan ialah H4 .... time frame lain aku tak jamin. Walaupun aku guna TF daily, weekly atau monthly , semuanya tak berapa nak boleh pakai kecuali kena buka juga juga H4. So aku kakatan yang H4 adalah kompas arah ....KOMPAS ARAH ....

SOP nya senang saja.....

1. Kalau trend tengah naik.... buka H4

2. Tunggu price pullback dan candle break garisan biru.

3. Tak kiralah break itu break dengan body atau break shadow sahaja.

4. Kira dia cucuk tembus garisan biru sahaja ....sama ada cucuk tembus body atau tembus shadow sahaja.

5. Tempat tembus itulah korang kena letak pending PO sell atau buy.

6. TAPI .... price akan buat pullback dudlu lepas cucuk. Jangan dah nampak cucuk terus pasang PO nanya korang. Aku kena dah.

7. WAJIB buat stoploss .... 50 pips atau ikut suka korang.

8. Bill William sebuat teknik aku sebut ini sebagai WISEMAN 2 

Selamat mengkaji.

Aku tak tanggungjawab apa apa kalau korang rugi....aku pun selalu lost bila guna cara ni...



















No comments:

Post a Comment