15 July, 2022

ASAS FOREX YANG EMPAT

 

Psikologi trade gold ni ada rahsia dalam rahsia...rahsia sebab kita belum tahun. Perkara ghaib bagi kita. Tapi tak menjadi rahsia dan perkara ghaib buat orang yang tahu dan ada ilmu akan rahsia ini.
 
Time frame amat main peranan. Terutama TF yang besar seperti daily, weekly. Monthly besar sangat kot. H4 ada orang boleh trade, ada orang tak boleh trade. TF kecil kecil lagi lah ada rahsia sebalik rahsia sebab ia TF untuk scalping. Ada orang makan banyak pip sampai muntah. Ada orang margin call memanjang sampai lost. Depo lagi. Lost lagi. Depo lagi. Lost lagi.
 
CRS atau candlestik reversal signal juga amat main peranan. CRS adalah isyarat trend nak merubah, tapi ia bukan tanda trend memang nak berubah. Kat sini, CRS juga ada psikologi yang dimainkan oleh jerung jerung.
 
Bentuk game yang jerung main memang kita tak nampak. Ada makrifat di sebalik graf chart yang sedang kuta lihat di screen.
 
Memang benarlah kata CMS Mansor Sapari . Ada ilmu makrifat disebalik apa semua yang kita nampak di screen. That is psikologi...yakni kelaku kelaku di sebalik pergerakan ... kita tak akan nampak sebab ia tidak membekas di chart.
 
SNR juga amat main peranan. Pergerakan High, Higher High, higher low, higher high. Dimana dipoint point price buat balik kuang tu adalah tempat SNR wujud. Ia wujud dalam zone...bukan line garisan.
 
Struktur perjalanan wave disebabkan oleh supply dan demand juga amat main peranan. Ada ilmu khusus pasal makrifat supply and demand ni. Rerupanya supply and demand bergerak dalam bentuk ombak atau wave. Dan memang pun pergerakan alam ini seperti ombak, angin, badai, bunyi semuanya dalam wave...tu belum masuk frekuensinya yakni kekerapan kali ia berlaku. Semua ini matematiknya ada dibincangkan dalam elliot wave theory.
 
Empat perkara ini iaitu struktur supply & demand, SNR, CRS dan TF adalah saling pengaruh- mempengaruhi antara satu sama lain untuk membentuk suatu makhluk baru (new mekanism) iaitu kelaku trading. Dah tu pulak....dia ada kepelbagaian dalam patern patern...rahsia dalam rahsia...
 
That is how the world of trading is about. Itu dunia semata. Suatu makhluk yang wujud yang dinamakan "kelaku trading" yakni trading behavior yang mempunya emosi sejuta macam. Chaosticly unpredictable to majority, but chaosticly predictable to those who have knowledge about these 4 things. 
 
Aku sebagai orang yang ngaji psikologi (bidang aku ni) amat merasa bahawa ini adalah keagungan Allah swt dalam mencipta berbagai jenis ciptaan yang kita sebut sebagai makhluk. Suatu makhluk yang ia adalah "dunia" yang lahir dari kesan kejadian makhluk makhluk lain. 
 
Maha suci Allah yang menciptakan ciptaaan yang maha agung.
Pada sisi risalah penciptaan manusia, agama menegaskan bahawa makhluk kekayaan ini adalah "dunia semata-mata". Bila bersifat dunia...maka ia akan ada beberapa ciri...ni yg dikatakan rahsia bagi sesetengah orang, dan bukan rahsia bagi sesetengah orang.
 
Ciri ciri dunia ialah....
 
Ia ada permulaan dan penghabisan. 
 
Ia adalah lagha dan mengasyikkan. 
 
Ia adalah value free yakni boleh jadi baik dan boleh jadi jahat. Boleh membawa kebaikan dan boleh membawa keburukan. Ada bergantung cara guna. Hukum asalnya adalah harus.
 
Ia tak boleh kita ambil kaut dan kaut menimbun nimbun. Sampai lubang kubur pun tak akan selesai nak di kaut dan dihimpun. 
 
Ia kena ambil setakat nak guna sahaja. Selebihnya, biarkan ia berjalan as it nature
 
ITULAH FOREX TRADING.

No comments:

Post a Comment