15 July, 2022

PERMAINAN JERUNG

 
belek belek tulisan lama...sifu CMS Mansor Sapari suruh tulis and tulis...

Ni aku nak tulis....bab pada penyatakan berlakunya permainan psikologi ketika sedang trade.

Bab ini datangbpada membicarakan suatu ketika kita buat analisis dan back test, kita dapati bahawa berlakunya pembentukan setup (setup yg kita belajar).

Bila buat test masyaalah boleh profit lah....

Namun demikian, bila berlaku proses pembentukan setup itu ketika kita sedang menghadap chart dan trade...akan ada suatu perasaan dalam diri dan dada bahawa "wah...dah nak kaya dah...aku trade kali ni akan boleh profit"...

Ketahuilah akan hakikat ini...sesungguhnya, proses pembentukan setup oleh trader trader jerung itu adalah memerlukan masa dan tempoh matang. Jerung pertama buat stopper. Jerung kedua buat rejection pantul harga. Jerung 3 buat pullback dan pecahkan zon penampan dan lain lain kerja....

Dia macam kapal terbang laju yang sedang meluncur laju dan nak kena brek....sebab nak mendarat....maka 2 pilot membuat kerja tersebut.

Dalam trading....jerung jerung adalah pilot...pemain pasaran. Nak bergerakpun kena pump duit, nak berhenti pun kena pump duit, nak buat trend barupun kena pump duit. 

Macam lori treller bergerak...berhenti makan pun drebar masih biarkan enjin hidup.

Macam kapal besar yang berlabuh di pelabuhan....enjin dibiarkan hidup. Tidak dimatikan.

Baik...akan bersambung

No comments:

Post a Comment