01 October, 2014

Mengapa Saya Mengkaji Trading Chaos

Sesudah aku memaparkan dalam blog ini akan petunjuk-petunjuk Trading chaos, maka aku ingin membuat kesimpulan untuk diriku ini. Tujuan kesimpulan ini adalah untuk membuat rumusan akan apa yang SALAH trentang pengetahuan aku semasa mendalami Trading Chaos.

SATU
         Barulah aku tahun sebenarnya, selama ini aku menggunakan TF yang salah untuk melihat pergerakan trend. Aku dah khatam 3 kali buku trading chaos, tapi aku tidak dapat menjumpai jawapan yang pasti apakah TF yang Bill William gunakan untuk sistemnya. Rupa-rupanya, dia hanya syorkan untuk trading menggunakan TF Daily sahaja. Encik Bill amat menekankan agar kita kenal sendiri akan psikologi trading kita sama ada scalping ke, swing ke dan lain-lain. Namun demikian, semua contoh-contoh chartnya, sama ada forex, komoditi atau saham, adalah menggunakan TF Daily. TF Daily lebih nyaman dan tidak banyak false signal. Petunjuk trend dalam TF Daily adalah lebih accurate.
        
         Dulu-dulu aku dok guna TF H1. Tak pernah mencuba pun Daily. Paling timggi pun, aku guna TF4H. Tu yang dok tak ketahuan punca tu .... oleh itu, dalam matlamat pertama ini, hendaklah di tekankan bahawa kalau nak buat analisa trend, hanya buat di TF D1 je la ..... TF lain, tok sah (ini adalah untuk analisa arah pasaran sahaja ye ..... cara nak OP bukan kat sini.)

DUA
        Sekarang, aku tak guna lagi Trading Chaos. Aku guna sepenuhnya Teknik Forex Sebenar. Tetapi, mengapa aku mengkaji semula Trading Chaos?? Aku kaji semula chaos adalah untuk menajamkan pemahaman aku tentang apa yang cuba di sampaikan oleh Teknik Forex Sebenar. Ada persamaan yang banyak antara TFS dengan Trading Chaos. Yang paling jelas ialah berkenaan dengan reversel signal.... iaitu bagaimana nak mengetahui tanda-tanda awal market akan berubah arah. So .... alhamdulillah .... aku telah berjaya dalam matlamat kedua ini.

TIGA
         Aku nak ceritakan sedikit bagaimana aku terkeliru dengan indicator.  Kat bawah ini adalah indicator Alligator atau Buaya. Hakikat sebenarnya, ..... Encik Bill tak pernah pun mencadangkan kita untuk buat analisa pergerakan price (price movement) berdasarkan indicator Alligator. Dia tak pernah ajar pun .... jadi ... tang mana aku keliru tu ???
         Aku terkeliru kerana selama ini aku banyak terpengaruh dengan indicator.  Sebab dulu-dulu akau guna indikator. So .... bila Teknik Forex Sebenar ajar cara tak perlu guna indicator, trade guna chart kosong je, so.. lambatlah aku nak tersedar tang mana yang Masta Khalid kata pergerakan price itu. Chart hanya menterjemahkan pergerakan price itu dalam petunjuk candlestick bukan dalam indicator. The chart indicates  the movement of price only in candlestick method.
       The chart does show any information obout price movement within the Alligator. The chart has noting to do with the Alligator indicator. The price movement also has noting to do with the Alligator.If you want to know the now-here price movement, you have to look into the candle itself. If the candle is marubuzo, what it indicates. If the candle forms a shooting star, what it indicates.
               

     The only task of the alligator is to assist whether the trend is  uptrend, downtrend or side way. Tu je ...... tak lebih dari itu. Itu pun kalau tak dak alligator, pun kita boleh tahu jika kita buat HH, HL, LL, LH.
     Itulah yang amat-amat ditekan kan oleh Bill William dalam buku 2nd editionnya. Yang aku pulak .... bila dah letakkan alligator dalam chart, maka terarahlah mata ini kepada buaya tu .... tidak kepada candlenya .... sebab itu aku lama juga ambil masa nak kaji Teknik Forex Sebenar. So ... matlamat aku pada point tiga ini tercapai iaitu selepas ini .... tak payah hiraukan lagi alligator. Tak payah ambil peduli. Pedulikan saja alligator tu. Tumpukan kepada pergerakan candlestick macam TFS ajar. Namun, saja aku nak letak buaya tu dxalam chart sebab nak mudahkan psikologi aku ini menguasai satu lagi masalah utama .....iaitu masalah EMPAT.

EMPAT
           Masalah empat ini ialah secara psikologinya, kita sering cuba jugak nak mengagak price tu nak buat swing. Tapi sebenarnya price tu hanya nak buat retrace je ... lepas itu dia ikut kembali trend asal. Ini lah yang perlunya kita mengkaji dan melihat satu persatu pergerakan candlestick pada TF D1 itu.
          Ingatlah bahawa analisa trend hanya dibuat dalam TF daily sahaja atau TF lebih besar. Tak boleh TF yang lain. Kalau guna TF yang lain selain Daily .... analisa kita akan menyasar. Orang satu dunia guna Daily nak buat analisis, kita pandai-pandai nak guna TF yang lebih rendah lagi .... itu namanya lawan ulama muktabar. Lawan ulama muktabar ..... kiok la nampaknya.
          So .... TF daily hanya buat analisis samaada UT,  DT atau SD. Kalau UT, kita tak boleh terus OP dalam Daily tu. Kita kena bukak TF yang lebih rendah iaitu H4. Kalau D1 ialah UT, kat H4 mesti kena tunggu DT dulu. DT pada H4 adalah retracement daripada UT di D1. So .... bila ada tanda-tanda price nak pusing semula ke araf UP seperti mana dalam Daily tadi, barulah kita buat OP. Kita OP di H4. Analisa guna D1.
       
LIMA
          Apakah hakikatnay indikator Alligator tu ????. Buaya itu sebenarnya adalah sebuah MA - Movong Everage. Saya rasa kita dahpun belajar bagaimana fungsinya sebuah indicator MA. Dalam Youtube banyak video menerangkannya. Juga banyak artikel di dalam internet yang menulis bagaimana sebuah MA berfungsi .... BERFUNGSI UNTUK TOLONG KITA ....bukan berfungsi sebagai sebuah sistem yang MENENTUKAN trend sesuatu market.

           Oleh itu, kita sepatutnya menganalisis menggunakan pergerakan candlestick sebagai sumber rujukan utama. Perlulah kita mendalami ilmu candle ini. Shooting star, hammer, marubuzo, spinning candle, mana jambul , mana ekor, BOD - Bullish/bearing Outside Bar dan lain-lain.
            Dalam bukunya, Bill William amat menekankan tentang pengetahuan yang beliah istilahkan sebagai BOD that stands for BULLISH / BEARISH OUTSIDE BAR. Kalau dalam TFS ia adalah disebut BEOD. Saya tak dapat terangkan lebih lanjut akan BOD itu.
             So .... point kelima ini ialah si Buaya itu hanyalah MA je .....


ENAM
         Ini masalah tentang bagaimana nak masuk Buy atau Sell berdasarkan sesuatu chart. Saya yang ceritakan dulu kesalahan yang saya buat dahulu.
            Dulu punya cerita ...... saya menggunakan teknik KF yang dijual tu la. Dah tu ... siap pergi ke seminarnya pula. Apa yang dia cerita di seminar dan apa yang dia tulis dalam  ebook tu .... berbeza macam laut dengan daratan. Dia tipu kah???? Dia bohong kah????. Kita yang tak tau ketahuan punca tu terus tanya apa pasai dalam ebook ajar lain, dalam seminar ajar lain. Dalam ebook ajar guna TF 30M dan TF 1M. Analisa buat dalam timeframe 30M. Bila dalam seminar, ajar pula bahawa sila guna TF 1H untuk buat analisis, dan masuk buka Buy atau Sell pun guna 1H juga. Ye la .... saya amat-amat newbie waktu tu. Tak dapat nak tangkap apa yang sebenarnya beliau ingin sampaikan.
            Akhirnya .... ia memberikan akibat yang buruk kepada diri saya sendiri. Saya ikut semua guideline beliau yang diajar semasa dalam seminar tentang bagaimana nak buat analisis tu. Namun .... lost tetap lost. Ada kawan saya yang jumpa sama-sama di seminar, dah lost 15K sebab ikut cara tu (diapun teramat newbi macam saja juga). Kesian juga kat dia. Cuma beza dengan saya ialah saya boleh faham BI. Boleh lah cuba-cuba geledah dalam forum-forum berbahasa Inggeris untuk mencari dan belajar sendiri.
           Satu lagi kesilapan yang saya buat ialah selalu sahaja masuk Buy atau Sell tidak kira waktu. Nampak je candle tu UP terus buy. Lagi-lagilah bila isyarat daripada Sistem KF semuanya menunjukkan Buy. Apa lagi .... buy la ... Bila buy, terus sahaja market down. Bila dah profit nampak negatif sampai 25 pips, gelabah gila la ...takut punya pasal terus close. Bila close .... market kembali Up pula dan terus up. Market naik, saya pula lost profit.
           Then, diajar dalam seminar bahawa waktu trade adalah dari jam 8 - 12 malam je (Nasir tak bohong akan kebaikan waktu trade ini).....Setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis sahaja. YANG NI AKU PERLU IKUT SEMULA. Sejak aku praktice TFS, aku hentam saja hari. So ... lepas ini perlu kembali kepada Selasa, Rabu, Khamis sahaja hari untuk trade. Hari lain kalau nak trade, elok guna demo je.
          So .... point sejarah kesilapan aku ini adalah kerana:-
          a) - Salah masa trade, sebab trade tidak ikut waktu chart.
          b) - Salah faham cara masuk oder, trade tak ikut waktu chart

Aku ceritakan ..... sebab aku masih newbie, akau tak tahu yang Nasir suruh dalam seminar untuk buat analisis chart 1H. Tengok pasaran uptrend atau downtrend menggunakan TRENDLINE. Cara guna trendline dia ajarkan. Cara dia ajar betul. Bila guna chart 1H, sepatutnya masup order tu hendaklah setiap satu jam. Itu jikalau candle ada beri petunjuk. Contoh .... Chart 1H. Trend adalah UPTREND. So ... kita hari tu adalah menunggu untuk signal buy sahaja. Bila nak masuk jam 8 malam, waktu New York time bersilang dengan London time, pasaran akan sedikit beralih arah ke arah sell. Ini la retracement (waktu tu mana aku tau yang tu retracement. Aku bodoh forex lagi). Ataupun pasaran dalam keadaan side way. Tiba-tiba .... candle akan terus nampak UP ..... Nasir kata kalau dia .... dia akan follow je candle tu. Akau tak tau yang sebenarnya kena tunggu candle tu close dulu baru masuk. Meaning that ... kalau pergerakan 1 jam candle dari 8-9 pm tu akan membentuk apa .... dia bentuk marubuzo ke atau shooting star atau hammer. Aku mana tau ... sebab dalah LCD dia tu ada gambar candle marubuco je ... Marubuzo pun aku tak tau apa waktu tu. Nasir kata tunggu candle itu close dulu . Then baru boleh masuk order.



Kesimpulan:

Ini lah yang aku dapat daripada pengkajian aku tentang Trading Chaos. Semua yang aku dapat tu mengukuhkan ilmu aku dalam Teknik Forex Sebenar. Aku ambil maklum bahawa blog aku ini di follow oleh beberapa orang. Nasihat aku kat hampa .... korang tak akan dapat memahami apa yang aku faham. Aku hanya ceritakan bagaimana aku faham. Bukan apa yang aku faham. Yang aku faham tak sama dengan apa yang akan korang faham. Oleh itu .... carilah korang akan mentor yang sebenarnya. Teknik Forex Sebenar adalah yang terbaik untuk dipelajari. Teknik chaos agak memeningkan kepala sedikit. Aku tak pa .... aku dah khatam baca buku chaos tu ....

Akhir kata ..... . Lepas ini, tiada lagi update buat masa terdekat. Yang mungkin ada ialah update video dari youtube tentang Chaos. Korang boleh dengar sendiri apa yang diceritakan dalam video tu kalau korang kuasai BI.

Sekian dari aku untuk kefahaman aku sendiri

Cara OP berdasarkan Retracement pada TF H4

















27 September, 2014

Kartun - Bagaimana Anda Memilih Currency

Inside bar

Incide Bar Candle



Inside Bar forex trading trigger - Price Action strategies








 

12 September, 2014

STATEGI "FRACTAL BREAKOUT"


Ini adalah video yang menerangkan bagaimana "fractal" boleh digunakan untuk trade. Apa itu fractal?. Apa kaitannya dengan apa yang saya belajar dalam TFS?. Sebelum saya membeli dan menggunakan ilmu Teknik Forex Sebenar, selama 2 tahun saya mengkali Trading Chaos oleh Bill William. Ini adalah lantaran Bro. Lampu Ajaib yang telah masuk memberikan komen berguna dalam blog saya ini. Beliau boleh buat sampai 500 pips sekali trade dengan psychology yang aman. Saya amat teruja, dan terus print ebook yang dia beri dan start baja dan mengkaji. Sejak itulah, saya mengenali apa itu fractal dan elliot wave, serta mempunyai pemahaman yang betul tentang Buy dan Sell. Jika saya nak umpamakan forex ini .... forex market seumpama sebuah sungai yang mengalir dari hulu ke hilir dan seterusnya ke laut . 

Aliran air sungai itu tidaklah mengalir lurus. Air sungai yang mengalir, ia akan mengalir mengikut haluan yang kurang halangan. Jika terdapat halangan, ia akan berpatah-balik dan mencari laluan yang lain yang tiada halangan. Lama-lama, ia akan membentuk tebing sungai yang bengkang-bengkok tetapi tetap juga arahnya iaitu dari hulu ke hilir. Tempat-tempat di mana aliran air membengkang -dan membengkok itulah dinamakan "fractal". Dalam forex, fractal ialah tempat-tempat dimana price membuat u-turn. Aliran air menngalir adalah seumpama candle-candle price yang terbentuk dalam time frame.

Contoh saya berikan dalam gambarajah di bawah. GU dibawah adalah menunjukkan sebuah forex market yang mengalir secara Uptrend. Trend UP bermula dari bawah chart,dan bergerak naik ke atas.

Soalannya .... adakah aliran price (aliran air) itu sentiasa bergerak lurus naik ke atas??. Tidak. ia bergerak bengkang-bengkok. Segitiga yang saya tandakan itu adalah tempat-tempat di mana aliran price membengkok (u-turn). Dia naik, kemudian retrace, naik semula kemudian retrace, naik semula dan retrace sampailah ia ke penghujung trend (kuala sungai).




 Kalau kita pandai, kita boleh manfaatkan fractal sebagai breakout stategy. Dalam TFS, kemahiran ini di ajar. Tempat-tempat fractal terjadi itu kita tandai dengan garisan Support dan Resistence.



11 August, 2014

False Break

Saksikan video ini. Ini aku baru belajar cara nak masukkan video youtube dalam blog. semua ini kalau nak dalam Bahasa Melayu, boleh belajar dari link di bawah ini.

10 August, 2014

BIG ROUND NUMBER - perbezaan chart yang digunakan.

Bertemu lagi dalam post ini. Sudah beberapa bulan saku menyendiri dan tidak bukak apa-apa post. Menyendiri untuk study dengan lebih dalam akan Teknik Forex Sebenar. Trade aku tidaklan memberansankan, tetapi aku belum pernah MC buat kali kedua. Mahupun profit dan lost pula 50 - 50.

Aku nak sentuh dalam artikel kali ini adalah tentang BRN. untuk itu, sila perhatikan chart di bawah
 

Sekali imbas .... alahai senangnya nak buat profit dengan teknik Pin Bar Candle, atau dalam ilmu TFS kita sebuat Candlestik Reversal Signal (CRS). Chart ini saya dapat dalam  Forex Trading University  . Tapi, aku pulak bila guna MT4 IBFX, nampak berserabut je. Ha .... ini dia

  
Apa yang nyata.... dalam chart yang pertama, ialah price action diletakkan dalam bentuk round number BRN manakala price action pada MT4 dinyatakan dalam bentuk perpuluhan.


Pada pengamatan aku setelah berminggu-minggu mentelaah TFS, chart yang digunakan dalam MT4 itu perlu di nilailihat kembali, sebab ia BOLEH MEMBERI CONFUSING. Atau dengan kata lain, ia memberi persepri yang berbeza dengan apa yang otai-otai faham ...

Semua chart yang TFS guna sebagai analisa ialah DAILY. Oleh itu, dapatan chart-chart yang aku bawa adalah releven sebab depa juga guna DAILY. Lagi-lagi chart aku bawakan untuk pair lain ....









Sekian sahaja untuk nota aku. Aku yang tulis, ..... aku je yang faham. Bagi sesiapa yang melawat blog ini, ini BUKAN pembelajaran yang lengkap untuk anda. Anda perlu cari sifu.

Ilmu-ilmu sebegini saya dapat selepas menjadi ahli group Teknik Forex Sebenar.

01 January, 2014

Mengapa Analisis Aku Kurang Menjadi seperti mana analisis 5% traders yang berjaya




Ini adalah pair GBP-YPY pada time frame H4. Dapat dilihat harga belum lagi menembusi garisan SNR 173.70. Dalam gambar di atas juga, tuan punya gambar tu ada menulis komen analisis teknikel tentang halatuju pair GJ ini.

Aku tak nak bercakap tentang tuan punya screen short (ss) ini. Tapi aku tak menulis mengenai emosi aku sendiri kalau berjumpa hal sedemikian semasa trade.

Semasa aku pergi seminar KF dulu, si Nasir ada mengajarkan bahawa untuk berjaya dalam forex mentoring, kita perlu buang dan tinggalkan semua ilmu forex yang kita belajar dulu-dulu dan ambil sepenuhnya apa yang kita pelajari dalam mentoring course, step by step. Bill William pula kata, minda trading ibarat peta. Kalau kita mengikut peta yang salam, atau masih mahu mengikut peta forex (forex map) yang salah , kita tidak akan berjaya menjadi antara 5% yang berjaya.

Berbalik kepada topic ..... aku sekarang hanya tumpukan kepada TFS - Teknik Forex Sebenar sahaja. KLIK http://www.forexsebenar.com/hop.php?ref=sofiys2

Namun demikian ... masih ada kadang-kadang emosi ini terikut-ikut dengan ilmu-ilmu forex yang lama. Yang bukannya mengikut seperti mana analisis cara TFS yang sebenar.

Kalau ikut aku ..... emotionally bula nampak candle tu tak nak  melepasi SNR tu, sure mai dalam kepala ni bahawa price akan buat patah balik. Sure punya. Minda dok set ..."price nak patah balik , price nak patah balik " . Dalam hati terpampang nak PO Sell je la .....

Akan tetapi ..... adakah price sebenarnya, akan patah balik macam analisis aku kata ????? .... kita tengok apa kata tuan ss ini. 

Gambar seterusnya ..... cuba lihat dan perhatikan ulasan hasil analisis beliau selanjutnya :


Kalau ikut beliau, ...  

Wan Fairulimran dari pandangan H4... price masih berada di atas TL.. trend masih UP.... tayor
  • Erie Lee huhuhu tak lama lagi tu macam nak meletup je (area kritikal tu) TAYOR.
    11 hours ago · Like · 1
  • Wan Fairulimran polo (follow) trend je.. buat apa nak pening pening, tido tak lena.. hu hu.. jika reverse paling tidak hit SL aja.. janji polo trend.. kalau cari pucuk je manjang .... susah juga.. asyik SL aja.. hati pun tak tenang.. otak pun stress .. asyik nak tengok chart je... tayor

Hah tengok tu .... senang je analisis bagi dia  .... follow trend je ... lagipun GJ dah 3 bulan uptrend. Kenapa nak sell pada pucuk muda?? ...... Tapi kalau aku, pening dan pening dok mencari dan mengharap kut-kut ada pinbar candle nak buat patah balik. Cuba tengok gambar GJ pada timeframe Daily di atas. Lihat pada kotak-kotak  hijau .... price patah balik tanpa mendekati Low (SNR) sebelumnya.

Lihatlah pula lanjutan komen analisis beliau dalam gambar di bawah.. Mudahkan !!. Stabil betul emosi trading beliau.


Tak macam aku. Emosi aku bercampur baur. Walaupun aku juga buat L-H-HL-HHHL-HH macam beliau buat, tapi solusi analisis aku tak menepati macam mereka-mereka buat. Ini lah yang aku ingin sampaikan.

Mengapa Analisis Aku Kurang Menepati Analis 5% yang berjaya ????

Berbalik pada tajuk .... kalau rujuk ebook TFS muka surat 48 - 71, diterangkan dengan jelas siap dengan video tentang asas-asas skill forex yang perlu dikuasai. Yang mula-mula di ajarkan ialah membuat L-H-HL-HH-HL-HH atau membuat Low dan High pada arah pergerakan price untuk menentukan uptrend. Dikatakan ASAS bermakna .... kalau masih tak ketahuan nak cari low atau high, makna nya tak reti lagi baca graf. 

So .... tabik aku pada Bro. Wan Fairulimran atas tunjuk ajar beliau. Harap-harap tahun 2014 ini, akau dapat buat analisis semudah macam beliau. 

Ilmu Teknik Forex Sebenar amat berharga . Amat-amat tidak rugi kalau kita dapatkannya walaupun memerlukan sedikit pengorbanan wang ringgit. Bila baca pakaj TFS, seolah-seolah kita sedang mengikuti kursus mentor. Apatah lagi, kita akan diberi akaun untuk masuk dalam GROUP PERBINCANGAN TEKNIK FOREX SEBENAR di facebook. Ia adalah exclusive. Ada ratusan sifu-sifu yang ikhlas membantu kita yang newbie ini. Dah banyak newbie yang akaun real asyik withdraw je .... 

Akhir kata  .... terima kasih kepada bro. Wan Fairulimran di facebook sebab ajar step pertama dam step-step ilmu asas forex.

Sekian