12 November, 2009

Pasaran Komoditi Sudah Wujud 1400 Tahun Dahulu






Umum menganggap pasaran kewangan komoditi bermula dibarat. Kononnya Baratlah telah mempelopor dan memajukan pasaran komoditi berasaskan logam (minerals) dan hasil tani seperti gandum, soya, jagung, kelapa sawit dan sebagainya. Sekarang ini pusat-pusat komoditi dunia terletak samada di London, New York, Chicago, Tokyo atau Eropah. Komoditi exchange yang canggih terdapat disana. Harga komoditi ditetapkan oleh perniagaan komoditi dipusat exchange ini.


Sempena Maal Hijrah ini, elok disingkap sejarah 1400 tahun dahulu dimana jualbeli komoditi ini telah dijalankan dengan giatnya. Pada masa itu tidak ada exchange di London, New York, Chicago, Tokyo atau Eropah. Penduduk di UK pada zaman itu masih lagi berkisar dengan dongeng Robin Hood. Di Eropah waktu itu masih lagi dengan Vikingnya. Di US pada zaman itu hanya orang asli Red Indian dan suku-suku serupa mereka. Tidak ada perdagangan secanggih sekitar Mekah dan Madinah dan Laluan Sutera. Jauh sekali komoditi exchange bagi emas, perak, gandum dan lain-lain logam atau hasil tani.


Bukti jelas tentang kecanggihan pasaran komoditi ketika itu digambarkan dalam hadis-hadis dibawah:


Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 1055.
Dari Umar bin Khaththab r.a., ia menceritakan dari Rasulullah saw., sabdanya: "Emas dengan emas, riba, melainkan dengan timbang-terima. Kurma dengan kurma, riba, melainkan dengan timbang terima, syair (anjelai) dengan syair, riba melainkan dengan timbang terima."


Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 1070.
Dari Abi Sa'id Al Khudri r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Jangan kamu jual emas dengan emas melainkan sama banyak, dan jangan kamu lebihkan yang satu atas yang lain. Jangan kamu jual perak dengan perak melainkan sama banyak, dan jangan kamu lebihkan yang satu atas yang lain. Dan jangan kamu jaul beli emas dan perak tanpa timbang terima."


Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 1072.
Dari Barra' bin 'Azib dan Zaid bin Arqam r.a., keduanya ditanya orang tentang pertukaran. Masing-masing mengatakan. "Orang ini lebih (tahu) dengan baik daripada saya." Keduanya berkata, "Rasulullah saw. melarang menjual emas dengan perak secara berhutang."


Jelas sekali Islam telah mengiktiraf kepentingan ekonomi melalui perdagangan komoditi logam dan hasil tani. Dengan bimbingan Illahi, melalui hadis dan sira, Islam telah menggariskan beberapa panduan asas yang universal dan sah sepanjang zaman dalam perdagangan komoditi untuk menjamin suasana bisnes yang adil demi kebaikan sejagat.


Sayang sekali kecanggihan yang telah dipelopori Islam telah dirampas oleh mereka yang sekarang menguasai industri ini. Walaupun mereka masih bercawat ketika Islam sedang mengepalai keseluruhan industri kewangan ketika itu, tetapi sekarang orang Islam hanya boleh melopong menengok kejayaan mereka. Yang menghairankan, ketika ini masih ada lagi suara-suara komen yang mengatakan bahawa hadis diatas juga ditafsirkan dengan makna bahawa forex adalah haram diniagakan, kerana forex bukan berniaga matawang yang dibuat dari emas atau perak. Dari iktibar sejarah sedih diatas, apakah tepat tafsiran ini dalam konteks kontemporari? Bukankah komen sebegini semakin menarik pemikiran ekonomi bergerak kebelakang? Tidak dinafikan keutamaan menegak hukum, tetapi mampukah orang Islam berpolemik perdana lagi atas isu-isu seperti ini (forex tidak boleh sebab wang bukan dari emas) dalam keadaan dimana cabaran gergasi sebenar terhadap orang Islam sekarang sedang menghancur sosio-ekonomi Islam?





Sempena tahun baru 1430 ini eloklah muhasabah diri sendiri apakah nasib yang sama harus menimpa orang Islam dalam industri forex pula? Atau bolehkah dalam tahun 1430 ini dihidupkan matlamat menakluk balik kepimpinan dalam industri kewangan seperti yang dimiliki 1400 tahun dahulu? Dan jalan yang lebih selamat untuk melakukannya ialah perniagaan forex yang jauh lebih suci dari instrumen kewangan yang lain? Yang lebih mampu dilakukan oleh orang Islam?


Selamat Maal Hijrah 1430.

No comments:

Post a Comment