31 March, 2010

APAKAH RAHSIA KEKAYAAN??


Suatu hari , takala saya sedang termenung memikirkan perkerjaan saya ... saya dinasihat oleh kawan rapat saya yang menyuruh agar saya tidak gusar. Beliau adalah seorang guru sains yang sekarang ini sedang mengajar di Sekolah Kebangsaan Parit Jawa, Muar Johor. Di sekolah, beliau juga mengajar bahasa Arab, walaupun dia tidak pernah ambil bahasa Arab di kampus. Ada la sikit-sikit pengalaman dia sewaktu memondok dahulu yang membolehkannya menguasai sedikit bahasa Arab.

Katanya ... ada satu surah di dalam Al-Quran, yang bernama Surah Al-Waqiah. Rasulullah s.a.w pernak bersabda bahawa barangsiapa yang membaca Surah Al-Waqiah setiap malam sebelum tidur, maka dia tidak akan ditimpa kepapaan selama-lamanya.

Nasihat kawanku itulah yang membuatkan aku menyelongkar semula kitab-kitab hadis mengenai kelebihan Surah Al-Waqiah dan apa kaitan pulak isi kandungan surah itu dengan kekayaan. Isi kandungan surah itu kalau dibaca berulang-ulang kali dengan menghayati maknanya ... boleh naik meremang bulu roma tengkuk. Apa tidaknya ... perkataan "Al-Waqiah" sendiri bermaksud hari kiamat. Hari di mana semua manusia dibangkitkan Allah untuk menerima balasan sama ada syurga atau neraka. Mau tak kita pikir balik adakah cara kira mencari rezeki atau bekerja sekarang ini ikut jalan yang betul atau tidak. Zakat dah bayar kah atau masih lagi menangguh-nangguh. Solat tepat pada waktu atau pun dok lewat-lewat jugak. 

Malah .... isi kandungan surah ini mengingatkan kita dan mengingatkan kita lagi akan persediaan untuk nak menempuh hari pembalasan kita itu, di mana tidak ada peluang kedua kalau kita tersilap pilih langkah.

Dengan kata lain, Surah Al-Waqiah nak ajak kita untuk kembali kepada taqwa.

Selepas itu, aku buka pula kita "Nasaih ad-Diniyah wal Wasaaya al-Imaaniyah" oleh Imam Abdullah Al-Haddad. Telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dengan judul " Nasihat Agama dan Wasiat Iman" , oleh Pustaka Nasional, Singapura. Bagus bukunya. Kata Al-Iman .... sesungguhnya Allah s.w.t telah menghimpunkan kekayaan itu di dalam taqwa, yakni, jalan takwa adalah jalan yang membawa kita kepada kejayaan yang hakiki sama ada di dunia dan di akhirat

Sumber kepada taqwa adalah Al-Quran. Maka itu, kita perlu pendekatan yang betul jika kita ingin kembali kepada Al-Quran. Kembali kepada Ak-Quran bermakna kita kembali kepada taqwa. Untuk bertaqwa, kita perlulah beramal dengan amalan-amalan yang membawa kita kepada ketaqwaan .... meaning that .... kita perlu beramal dengan amalan-amalan (isi kandungan) Al-Quran yang membawa kita kepada taqwa. Cara nak beramalnya ... sudah tentulah kita perlu merujuk kepada Sunnah Rasulullah s.a.w. sebab hanya nabi yang tahu cara yang betul untuk menuju taqwa.

Setakat ini dahulu saya menulis .... lain kali saya menulis lagi. Kepada yang guna MNTPOD, jangan "berangan-angan sangat" dengan pips yang ratusan sehari. Pips pahala dalam mendekat diri kepada Allah s.w.t hendahlah seiring jua .... 

Semoga anda dan saya mendapat manfaat dari penulisan ini ....ameen

No comments:

Post a Comment