31 July, 2011

Menguasai Trend Dengan EMA120


Selamat menyambut ketiban Ramadhan. Seboleh-bolehnya ... kita ambillah keuntungan besar yang datang kepada kita bersama-sama Ramadhan tahun ini. Manalah tahu mungkin kita tak dapat berjumpa dengan Ramadhan pada tahun hadapan.

Ramadhan adalah bulan kita meningkatkan keuntungan untuk saham di dunia dan akhirat. Kat sini boleh TAMAK. Ambillah seberapa banyak ganjaran pahala.... insyaallah ia akan memberi leverage yang baik untuk kehidupan Islam kita sehingga bertemu Ramadhan di tahun depan. Lagi banyak buat ibadah, lagi banyak leverage yang dapat.

oh ya ..... sistem di bawah ini adalah adaptasi daripada Teknik 3 EMAS. Kesimpulan awal dari penghayatan saya dalam memenangi pips ini ialah tiada sistem atau teknik yang boleh memberi anda untung melainkan teknik atau sistem itu perlu mengikut trend. Kalau teknik anda tidak mengikut trend, alamat nahaslah modal kita. Nanti puan Marginah akan tiba.....

Cara teknik ini ialah .... 
1. EMA120 adalah sebagai petunjuk trend. 
2. Body candlestick mestilah memotong EMA120 (kalau shadow saja yang memotong, ia tidak diambil kira)
3. Garisan trendline PERLU dibuat, untuk petunjuk trend juga.
4. masuk OP ikut Bill William punya teknik - fractal, W1, W2, W3. 
5. Seeloknya .... tumpukan kepada signal W3 sahaja.
6. NO SIGNAL .... NO TRADE



No comments:

Post a Comment