02 October, 2010

Maka teka-teki itu terjawab

Renungkanlah kata-kata di bawah ini ....... dalam satu ebook yang ada 28 mukasurat, dari ratusan ebook yang aku ada .... yang sikit dan cotek ini yang menarik perhatian ku ...


Apa dia kata :

".... Dalam sesuatu trend yang besar, terdapat trend-trend yang lebih kecil untuk “melengkapkan” trend yang besar. Ia boleh diklasificasi sebagai Long-term (dari sebulan sehingga beberapa bulan), Mid-term (dari seminggu sehingga sebulan) dan Shortterm (dari 24 jam sehingga seminggu)..."

Selalu kita dengar ayat di atas. Namun .... bila saya jumpa gambar tu .... barulah saya tahu apa maksud kata-kata itu. Sebab utulah .... dalam satu seminar yang saya pergi, tuan seminar dapat minimum 70 pips sehari dengan teknik chart kosong + trendline. Bila saya trade pulak .... -ve pips yang saya dapat.

Rupa-rupanya ... itulah dia rahsianya ....

Kalau tak faham.. tak ape. Saya masukkan dalam blog sebab ia adadalah jawapan kepada jigsaw-jigsaw yang dok ada dalam kepala ni.

Untuk pergi lebih lanjut .... supaya tak terus jadi kebuntuan jigsaw dalam kepala .... ingat kata-kata ini.

Maklumat trendline hendaklah di baca sekali dengan teori elliot wave (12345). Elliot Wave adalah asas pergerakan market yang kita lihat dalam chart. Faham elliot wave, faham trendline, dan faham bagaimana nak kenal pasti wave 1,2,3,4,5 dalam satu-satu trend.

Buku rujukan .... ada saya bubuh dalam blok ni. Bro Lampu Ajaib yang kasi.

Maka dengan ini ... terjawaplah sudah teknik di seminar forex free yang saya ikuti tu.. iaitu teknik di bawah ini.Hampa faham ............. faham. Kalau tak faham ... boleh pi kursus dia.


Sekian ....

No comments:

Post a Comment