27 September, 2010

TIANG KEHIDUPAN


Apakah ada satu binaan yang kukuh tetapi ia tidak bertiang??? Memang pun tiada. Mana-mana binaan, pasti ia memerlukan tiang untuk berdiri kukuh. Ada orang kata piramid tak ada tiang?? betul kah!!


Kalau anda ke Mesir dan melawat piramid, tanyalah kepada jurucakap pelancong sama ada piramid ada tiang atau tidak. DIA AKAN JAWAP TIDAK. Ini adalah kerana tiang piramid bukan seperti tiang yang kita bayangkan seperti tiang rumah dan tiang bangunan.

Tiang piramid adalah satu PAKSI TENGAH menampung tertegaknya binaan piramid itu atas muka bumi. Ia tidak dibina sebagaimana tiang yang kita bayangkan hari ini, tetapi paksi tengah ini adalah kiraan kalkulus matematik. Batu-batu yang digunakan dalam pembinaan piramid, disusun dalam bentuk blok-blok dengan teratur, menurut kiraan matematik, supaya ia ada paksi tengah yang akan menampung berat piramid. Ini bermakna, tiang piramid hanya "boleh dilihat" oleh orang yang pandai matematik sahaja (yang pakai akal tinggi). Kalau tanya pemandu pelancong tu .... tobat dia kata piramid tak dak tiang.

Kesimpulannya di sini ialah .... tiang dalam struktur binaan, tidak semestinya wujud secara zahir dan kita boleh lihat ia .... bahkan ia boleh wujud secara "tersembunyi" dan hanya boleh dicungkil oleh yang menggunakan akalnya.


Saya amat suka untuk membawa persoalan artikel ini kepada kehidupan kita seharian. Kalau anda ada akal yang panjang, renungkanlah bahwa kehidupan yang kita lalui ini adalah satu bentuk binaan. Kita perlu bina hidup kita. Hidup bekerja, hidup bermasyarakat, hidup berkawan dan ber-rakan taulan, hidup berpolitik, hidup berhibur dan bergembira dan juga hidup berforex ....heh ..


Agama adalah Ad-Deen.
Ad-Deen adalah cara hidup
Cara hidup adalah kehidupan
Tiang kehidupan adalah SOLAT

Jagalah solat ..... kerna solat yang dilalaikan .... adalah celaka yang amat besar .... intisari Surah Al-Maa`un

No comments:

Post a Comment