22 September, 2010

Puzzel Yang Tak Bercantum ...


Tahukah kamu apa itu jigsaw puzzel .... ha ... ha .... itu macam gamgar di atas. Jigsaw perlu dicantumkan untuk mendapat gambaran yang jelas. Dia boleh jadi macam code. Ada satu laman web yang menceritakan tentang misteri guna konsep jigsaw puzzel. Hampa pi la ke laman web ini  Mistis File .... best ooooo... baru kita tau betapa syoknya bila minda kita berupaya mencari jawapan yang tak berjawab selama ini bila dapat di gabungkan puzzel-puzzelnya .

Selama aku belajar forex ni ... setiap maklumat yang aku belajar .... macam duduk dalam puzzel. Kekayaan lalu depan mata setiap hari. Ribuan dollar ..... sekali tengok macam boleh kaut kat kita sikit. Bila bukak position .... tahu pun betapa susahnya nak dapat pips.

Memula dulu, sebelum kenal forex, seorang ustaz perkenalkan pada aku forex dan aku terus jatuh cinta. Buat permulaan .... aku belajaq dari Ustaz Sobri Group, sebab dia ajaq free pada kami waktun tu. Ada la sekali saja aku pergi kelas dia.

Dapat la satu ilmu baru. Iaitu ilmu tentang OCHL .... open close high low. Kalau open hari ini dan ia close lebih tinggi dari semalam, bermakna pasaran adalah uptrend. Kalau open low dan ditutup lebih rendah dari semalam, maka pasaran akan down trend. Itulah ilmu yang mula-mula sekali ku belajaq. Entah apa yang tak kena .... masih tak faham dan terkapai-kapai. Lost memanjang. Buka ikut dan..

Lepas tu .... baca iklan dalam akhbar, dapat tau pasai Kuasa****. Daftar amik kelas dia dan mai KL.

Dapat la ilmu kedua ..... iaitu pasal timeframe H1, moving average 3, 30, 120 ..... dan lagi pasai masa yang sesuai untuk trade .... hari Rabu & Khamis sahaja .... trendline .... dan tidak dapat tidak ... Sistem Kuasa**** @ Isakas

No comments:

Post a Comment