24 October, 2017

BACK TO THE BASIC PRINSIPLE

Alhamdulillah..... aku bersyukur sesangat kepada Allah SWT yang membawa aku menjadi tetamuNya pada musim haji tahun ini. Dalam keributan can berbagai masalah yang timbul, Allah swt telah memberiku hadiah yang amay istimewa....iaitu menjadi tetamuNya pada musim haji kali ini.

Dalam jumlah jemaah haji yang paling ramai, iaitui dianggarkan 4 juta umat Islam datang buat haji, aku berkesempatan untuk datang dan minta sesuatu pada Allah.

Bagaimana rasa? ...... tak tau nak habaq lagu mana. Bayangkan, bagaimana dakwah Rasulullah SAW selama 13 tahun di Makkah menghadapi segala menhnah dan pancaroba, difitnah, didustakan, dianggap dusta, dibohongi, dibuat konspirasi, dan lain-lain lagi, tiba-tiba Allah angkat Nabi SAW dalam peristiwa Israk Mikraj ke langit untuk berjumpa Allah SWT depan berdepan (walaupun Nabi tidak melihat Allah pada malam itu)....

Begitulah rasa hati ini bila aku dapat angkat tangan dan buat doa...doa untuk diri aku dan untuk akhirat aku. Aku minta satu ja....Ya Allah....walaupun apa dosa yang aku buat, walaupun apa salah yang aku buat, aku ini bukanlah wali....aku bukan muqarrabin, aku bukan mukmin muttaqin.....aku bukan saabiqunal awwalun .....

Aku hanya Muslim biasa yang ada dosa dan ada salah, ada silap dan ada berbuat dosa dan berdosa .... aku mohon pada Allah moga Allah melihat dan memandang wajahku pada hari hisab nanti.....Allah beri belas kasihan dan ampun kan apa kiranya dosa yang aku perbuat.....Untuk itu, aku janji pada Allah untuk TIDAK buat dosa-dosa besar, dan berpegang teguh kepada perjanjian tali Islam, sebagaimana para sabahat Ansar berpegang teguh kepada isi tali Perjanjian Aqabah.

Dalam tu, aku belek-belek semula chart forex aku. Aku study semula semoga dapat manfaat dari ilmu Allah yang Dia beri ini....

Alangkah baiknya kalau aku back to the basic semula. Sebagaimana selepas haji, we back to the basic semula, jaga diri jangan buat dosa dan cuba pertingkatkan amal soleh.

Dosa dalam forex ini ialah bila tak ikut sunnah Allah SWT dalam trade. Trade berlaku dalam HAUL dan NISABnya. Haul forex ialah one day trade (tempoh trade dalam 1 hari). Nisabnya pulak ialah kadar kenaikan dan ukuran momentum.

Kalau guna TF DAILY, aku akan nampak jelas 2 perkara ini.


Candle merah terbawah sekali itu adalah candle yang paling rendah pada bulan Disember 2016. Tiada mana-mana candle daily yang dapat body-closed di bawah harga itu pada hari-hari berikutnya. Yang ada adalah close ekor je .... kemudian market membuat trending ke atas hingga memecahkan High dan membuah High baru. Tanda bahawa trend baru dah bermula.

Lihatlah....market trending up sampai sekarang, dan belum pun mau buat down trend lagi sampai bulan Ogos 2017.

So ... TF mesti DAILY dan please go back to the basic. Mau lihat semula buku-buku yang aku dah belajar.


Nah ... market sendiri yang menjawab.

No comments:

Post a Comment