31 October, 2017

Gambaran Wajah MARKET CYCLE


Gambar di atas adalah gambaran bagaimana pusingan market berlaku dalam satu-satu pusingan ekonomi. Sebenarnya, selepas aku baca buku Trading Chaos, Bill William memberitahu bahawa penyebab berlaku pusingan market adalah kerana tingkahlaku individu-individu yang masuk dalam market itu.

Ilmu psychology yang akau belajar dulu, adalah satu ilmu yang cuba memahami jiwa manusia. Namun apabila terbukti bahawa jiwa tidak dapat di kaji, maka ilmu psychology beralih kepada suatu ilmu yang membicarakan tentang tingkahlaku (behaviour) manusia secara saintifik. Apabila ilmu ini di"applied"kan dalam pendidikan, ekonomi, pengurusan organisasi maka aku yang belajar psychology tulen ni dapat faham dengan lebih mendalam akan tingkahlaku manusia-manusia dalam menggerakkan ekonomi.

Dalam ekonomi, elemen news, bencana alam, kadar rate, pengangguran, gaji semuanya akan menyebabkan perubahan tingkahlaku ekonomi (economical behaviour). Tingkahlaku ekonomi kita klenali sebagai trend.

Dalam pakaian dan fesyen pun begitu juga kan. Kita selalu dengan trend pakaian dan fesyen kan??

Cuba anda fikir .... siapakah yang menggerakkan trend fesyen dan pakaian?.

Pada tahun 1991, saya bekerja sebagai tukang masak di salah sebuah apartment polis di KL. Ketika itu saya nampak yang remaja-remaja di KL suka pakai trend seluar mak dan ayah mereka .... yakni mereka ambik terus seluar mak dan ayah mereka, dikecikkan pada bahagian pinggang dan bahagian yang labuh itu di lipat (di sinting). Tali pinggang pula dibuarkan terjuntai memanjang ke bawah. Baju t-shirt di tight-in.

Tiga bulan selepas saya bekerja, trend itu telah mulai sampai ke negeri-negeri di utara tanah air...kerana sebelum tu tiada pernah remaja di utara yang pakai stail di KL tu.

Selepas saya bekerja di selatan tanah air, saya dapat tonton rancangan tv Singapura ..... Di Singapura, dah bermula trend seluar ketat getah dan kasut tinggi tapak rata. Rata-rata remaja Singapura pakai macam tu. Kat KL belum ada lagi....selepas 3 bulan bekerja, saya balik bercuti ke utara dan singgah KL. Remaja KL dah mula dah ikut trend seluar ketat getah tu... remaja di utara belum lagi. Selepas 6 bulan, remaja di utara dcah mula menunjukkan mereka pakai pakaian ketat getah tu...Namun di Singapura dah mula trend lain pulak .... rambut diwarnakan merah.

Begitulah trend yang aku perhatikan.

Bila lama dalam syarikat, aku dituntukkan dengan lekuk trend seperti gambar di atas. Itulah sejarah aku mula mengenali dunia trend dan bagaimana aku ambil belajar dari ilmu psychology pure tu untuk aku apply kan dalam dunia sebenar....

No comments:

Post a Comment