06 October, 2009

Psikologi Forex


Kali ini ingin saya sentuh sedikit mengenai psikologi forex.

Semasa melayari internet, saya menemui beberapa artikel menarik mengenai psikologi forex. Saya rasa tajuk ini begitu penting untuk diutarakan di sini memandangkan untung rugi dagangan kita banyak bergantung kepada psikologi kita semasa melakukan trading.

Semasa trading, kite perlu mengelak daripada melakukan kesilapan. Malangnya, sebagai manusia, jarang sekali kita dapat mengelak daripada melakukan kesilapan. Jadi, bagaimana? Jangan terkejut, sebenarnya, ada traders yang dapat membuka berbilang post tanpa mengalami sebarang kerugian walaupun selepas berpuluh-puluh post. Maknanya setiap post yang dibuka dapat ditutup dengan keuntungan, sama ada ditutup secara automatik atau secara manual. Kita pula bagaimana? Selepas 6 atau 12 atau 20 post, mungkin post berikutnya akan ‘tergantung’- tidak dapat ditutup kerana mengalami kerugian. Akibatnya, timbul kecelaruan dan rasa serba salah yang amat sangat; mahu ditutup, takut akan positif semula. Nak dibiar aktif, takut kerugian bertambah-tambah. Tapi akhirnya dibiarkan juga tergantung berhari-hari, berminggu-minggu, atau berbulan-bulan. Jika bernasib baik, jumlah negatif yang terkumpul tidak menjamah licin ‘margin’ yang berhari-hari dikawal dengan penuh hati-hati. Inilah akibatnya jika psikologi trading tidak dipatuhi.



Satu kesilapan yang sering membawa ‘maut’ kepada trader ialah “ikut membuta tuli” (follow blindly) . Maksud mengikut membuta tuli ialah apabila seseorang trader memasuki trade setelah data dikeluarkan tanpa mengambil kira trend. Peraturan pertama dalam berdagang matawang ialah mengikut trend. Trader perlu mengikut trend dan bukan menjadi trader pertama memasuki pasaran setelah data diumumkan. Ada trader yang asyik memikirkan kerugian yang mungkin dialami jika lewat memasuki pasaran, atau keuntungan yang dikaut oleh trader yang lebih awal memasuki pasaran setelah data dikeluarkan. Mereka lupa bahawa data seterusnya yang dikeluarkan boleh mengakibatkan arah pergerakan harga berubah.


Ada juga trader yang mengawasi carta secara dekat selepas data dikeluarkan. Apabila mereka melihat harga menjunam turun atau memecut naik, mereka terus membuka post dengan tergesa-gesa tanpa menyedari bahawa keadaan ini sebenarnya mungkin satu ‘false alarm’ . Bila disedari, mungkin sudah terlewat untuk berpatah balik. Jadi, kesimpulannya, jangan mudah terpengaruh dengan ‘false alarm’ – (petanda palsu). Tunggu sehingga trend terbentuk setelah kesemua data selesai dikeluarkan.

Sumber :

No comments:

Post a Comment