06 October, 2009

Strategi Dalam Forex




Secara umumnya, strategi adalah teknik-teknik yang digunakan untuk mendapatkan bacaan arah pergerakan nilai matawang dengan lebih tepat supaya post yang dibuka dapat mengutip keuntungan. Terdapat pelbagai strategi yang menggunakan perbagai teknik dan alat-alat (tools- stocastic, Fibo, dan yang seangkatan dengannya) yang berbeza. Setiap trader pasti akan mencuba strategi yang berbeza-beza bagi mencari strategi yang cukup menguntungkan dan sesuai untuk dirinya sendiri. Pendek kata, walaupun ada ribuan strategi di luar, namun ada strategi yang menjadi dan ada yang hanya mengusutkan kepala anda.

Pemilihan strategi sebenarnya bergantung kepada kesesuaiannya dengan pemahaman dan cara anda berdagang (trade). Pertamanya, pemahaman. 

Sekiranya anda ingin menggunakan strategi orang lain, pastikan anda faham cara ia digunakan, alat yang digunakan, bagaimana membacanya, dan yang paling penting bila masa yang sesuai untuk masuk dan keluar pasaran mengikut strategi yang digunakan. 

Hanya dengan mencedok strategi orang tanpa mengetahui kaedah penggunaannya yang betul pasti akan membawa kemusnahan. Pilihlah strategi yang anda rasa sesuai dengan diri anda.

Adakalanya strategi yang ringkas adalah strategi yang paling mudah untuk difahami dan paling berkesan. Walaupun carta anda kelihatan tidak secantik atau sesesak carta orang lain yang penuh dengan garisan serta tanda-tanda berwarna warni dan berbagai bentuk, usah bimbang. Jika carta anda memberikan keuntungan kepada anda, biarkan ia terus begitu.

Anda perlu memastikan yang strategi anda sesuai untuk pair matawang pilihan anda. Strategi yang sesuai untuk GBP/USD mungkin tidak sesuai untuk pair-pair lain. Ada juga pasangan matawang yang mempunyai corak carta yang hampir sama. Ini biasanya membabitkan satu matawang yang sama contohnya pair GBP/USD dan EUR/USD. Tetapi kemungkinan juga pergerakan nilai matawang GU lebih pantas dan aktif berbanding EU. Ini akan menyebabkan bacaan dan telahan strategi anda tidak sesuai untuk kedua-dua pasangan serentak. Pendek kata, pengunaan sesuatu strategi perlu diuji dengan sebaik-baiknya dan difahami dengan jelas sebelum digunakan untuk akaun sebenar anda. Gunakan akaun demo sepuas-puasnya untuk menguji strategi anda.

Akhir sekali, jika anda berhajat untuk mereka dan menggunakan strategi anda sendiri, anda boleh juga berbuat demikian. langkah ini mungkin memerlukan ketekunan dan kesabaran anda untuk mencuba berulangkali. Anda juga perlu meneliti post-post anda. Post-post yang menguntungkan dijadikan panduan untuk membuka post seterusnya. Post-post yang merugikan juga perlu diberi perhatian supaya anda tahu situasi yang bagaimana perlu dijauhi. Cubalah alat-alat yang disediakan dalam Meta4 atau platform-platform lain untuk mencari strategi yang sesuai dengan anda. Ulangi langkah-langkah yang menguntungkan. Buat catatan. Lama-kelamaan anda akan dapat membina strategi anda sendiri.

Kesimpulannya, penggunaan strategi meyakinkan status post anda. Anda juga akan lebih yakin dan sistematik dalam berdagang. Fahami strategi anda supaya anda dapat mengulangi apa yang menguntungkan dan dapat mengekalkan keuntungan yang telah dikumpul :)

Sekian, wallahualam.

No comments:

Post a Comment