29 September, 2020

CERITA OLEH SIFU RIDZUAN PASAL TRADING

 
Semasa bermula pada 2006, saya terus buat deposit sebanyak USD1000 seperti yang saya ceritakan sebelum ini. Tapi sebenarnya sebagai pedagang baru saya tidak sepatutnya buat deposit permulaan sebanyak itu kerana saya masih belum ada kemahiran dalam bidang ini. Saya sepatutnya bermula kecil dahulu sambil menajamkan kemahiran saya kerana modal yang besar bukan jaminan kejayaan dalam bidang ini.


Saya sendiri kerugian lebih dari USD10,000 sepanjang 3 tahun pertama. Ada trader yang datang berjumpa saya telah kerugian lebih dari RM1.7 M!!! Jadi telah terdapat banyak bukti bahawa modal yang besar bukanlah jaminan kejayaan sebaliknya kemahiran trading itu lebih penting kerana DENGAN kemahiran kita mampu menjana keuntungan berpanjangan dan TANPA kemahiran kita akan mengalami kerugian berterusan.

 
Jadi kalau nak bermula kecil, adakah USD10 mencukupi? Pada pandangan saya jumlah ini kurang sesuai diatas beberapa faktor.


1) Tidak dapat mengawal risiko seperti mana sepatutnya.

Lot dagangan paling kecil ialah 0.01 yang mana nilai setiap pergerakan 1 pip bersamaan dengan USD0.10 bagi major pair. Jadi dengan USD10, akaun dagangan hanya mampu bertahan kurang dari 100 pip. Pergerakan harian bagi kebanyakan major pair dalam linkungan 100 pip juga jadi jika pergerakan market tidak mengikut analisa pedagang dan pedagang pula tidak menggunakan stop loss, maka dalam satu hari sahaja akaun tersebut akan mengalami kerugian keseluruhan.

Bagi yang menggunakan stop loss pula, andaikan jarak stop loss ialah 20 pip maka setiap kali stop loss akaun akan rugi lebih kurang 20%. Jika berlaku 5 kali kerugian berturut-turut akaun akan mengalami kerugian secara keseluruhan.


2) Emosi berdagang dengan modal kecil tidak sama dengan emosi sebenar bila berdagang dengan jumlah yang lebih besar

Dari faktor emosi pula, pedagang tidak dapat melatih emosi sebenar berdagang dengan jumlah yang sepatutnya. Emosi ketika berdagang dengan akaun USD10 tidak sama dengan emosi berdagang dengan akaun USD100 atau lebih. 

Memandangkan kebanyakan pedagang memilih bidang ini kerana mahu menjadikan bidang ini sebagai satu kerjaya atau paling tidak untuk mendapatkan pendapatan sampingan jadi proses menajamkan kemahiran perlulah bermula dengan satu jumlah yang berpatutan. USD100 hingga USD500 adalah satu jumlah yang disarankan untuk permulaan dan jumlah ini boleh di tambah apabila pedagang telah mempunyai kemahiran yang diperlukan.


3) Dengan jumlah USD10 tidak mungkin kita dapat membuat deposit ke akaun ECN.

Akaun ECN adalah akaun yang memberikan kelebihan kepada kita dari segi spread yang rendah berbanding dengan akaun standard. Dengan spread yang rendah, kita akan dapat menjana keuntungan dengan lebih cepat dan lebih banyak.

Inilah antara kekurangan jika kita mahu bermula dengan USD10. Sebenarnya jumlah deposit bukan satu ukuran kejayaan tetapi lebih kepada persediaan seoarang pedagang itu sendiri untuk menjadikan industri ini sebagai satu kerjaya atau menghasilkan pendapatan sampingan yang dikehendaki.

Sebelum bermula berdagang di akaun sebenar, adalah lebih baik pedagang berlatih menggunakan simulasi trading terlebih dahulu. Apabila menggunakan simulasi trading, kita perlu faham bahawa pada peringkat ini langsung tidak melibatkan faktor emosi dan tujuan simulasi itu sendiri sebenarnya BUKAN untuk membantu kita untuk belajar mengawal emosi.



Tujuan simulasi adalah untuk:-

1) Menguji sama ada strategi dagangan yang bakal digunakan itu mampu menjana keuntungan atau   tidak

2) Melatih kita untuk lebih mahir dengan strategi dagangan dan seterusnya menajamkan kemahiran tersebut.


Ramai yang tidak memahami objektif sebenar simulasi beranggapan bahawa proses ini tidak membantu kerana ianya tidak melibat emosi dan bukan pergerakan sebenar pasaran. 


Cuba kita lihat tujuan simulasi iaitu menguji strategi dagangan. Ini adalah satu proses yang sangat penting iaitu memastikan apa juga strategi yang mahu digunakan untuk dagangan sebenar nanti mampu menjana keuntungan. Jadi jika tanpa melibatkan faktor emosi pun, strategi dagangan tidak mampu menjana keuntungan apatah lagi jika ianya melibatkan emosi.  


Sebenarnya strategi dagangan yang tidak menguntung itu sendiri adalah penyumbang terbesar kepada faktor emosi pedagang. Simulasi bukan untuk melatih emosi, ianya untuk menguji strategi TETAPI data yang diperolehi dari proses simulasi akan membantu kita untuk berhadapan dengan pasaran sebenar nanti dan data ini akan membantu kita merancang perjalanan dagangan kita dan seterusnya membina ketahanan emosi. 


Data yang diperolehi akan membantu kita mengawal rasa takut apabila berhadapan dengan kerugian dan menghalang kita dari terlalu yakin bila memperolehi keuntungan berterusan. Ini antara manfaat yang kita dapat perolehi dari proses simulasi.


“Practice makes perfect” tapi yang lebih penting ialah memastikan apa yang kita mahu praktiskan itu adalah sesuatu yang dapat menjana keuntungan. 


Pilih satu strategi dan uji terlebih dahulu sebelum menggunakannya di pasaran sebenar. 
Jika dari simulasi menunjukkan strategi dagangan dapat memberi keuntungan, kita hanya perlu mengulangi strategi tersebut di simulasi sebanyak yang mungkin untuk mengaktifkan minda separa sedar kita. Ini adalah proses memahami dan menajamkan kemahiran dengan strategi yang telah dipilih.

Secara ringkasnya, simulasi bukan tempat untuk melatih emosi mahupun disiplin tapi simulasi adalah satu proses yang sangat penting untuk pedagang sebelum ke dagangan sebenar. Saya sendiri mendapat banyak manfaat dari penggunaan simulasi trading dan pada pandangan saya setiap trader ‘WAJIB’ menjalankan proses ini sebagaimana seorang juruterbang wajib menjalani latihan penerbangan menggunakan “Flight Simulator”


Jika di lihat dari sudut perniagaan konvensyional, apa yang kita akan lakukan sebelum memulakan sesuatu perniagaan? Buat keputusan dan terus mulakan perniagaan? 


Pastinya tidak, biasanya akan dimulakan dengan kertas kerja terlebih dahulu untuk mengkaji potensi perniagaan yang bakal diceburi. Jika kertas kerja menunjukkan bahawa perniagaan tersebut tidak menguntungkan, adakah kita akan meneruskan hasrat kita untuk membuka perniagaan tersebut? Saya pasti jawapannya tidak. 


Mungkin perlu lakukan beberapa perubahan untuk memastikan diatas kertas perniagaan tersebut mampu menjana keuntungan. Tapi kita perlu ingat, keuntungan diatas kertas belum tentu dapat diterjemahkan ke dalam bentuk fizikal secara 100%. 


Pasti akan ada sedikit cacat celanya nanti dan ia perlu di atasi dari masa ke semasa untuk memastikan perniagaan tersebut dapat di teruskan. Situasi yang sama kita perlu bawa ke dalam dagangan instrumen kewangan ini. Buat persediaan sebelum bermula.


Sebelum menjalankan proses simulasi, pedagang terlebih dahulu perlu mempunyai SOP dagangan yang lengkap kerana TANPA SOP ini proses simulasi tidak dapat di jalankan dengan sistematik. 

SOP dagangan yang lengkap mesti memiliki 4 faktor ini. 👇

1) Cara melihat trend ( Trend)

2) Dimana kita mahu membuka posisi (Entry)

3) Dimana kita mahu keluar jika pasaran bergerak berlawanan dengan posisi kita (Exit loss)

4) Dimana kita mahu keluar jika pasaran bergerak mengikut posisi kita (Exit profit)

 
Dalam proses simulasi pula, pedagang perlu jalankan proses simulasi itu dalam jumlah yang mencukupi untuk memastikan strategi dagangan diuji dalam jumlah yang mencukupi. 

Saya syorkan simulasi di jalankan sebanyak 100 set up yang sama atau 12 bulan, yang mana tertinggi. 

Jika 100 setup habis sebelum 12 bulan, sambung hingga cukup 12 bulan jadi jumlahnya mungkin lebih dari 100.

Jika 12 bulan belum lagi 100 set up, teruskan hingga cukup 100 set up jadi masa mungkin akan lebih dari 12 bulan.

Kenapa 100 set up atau 12 bulan, mana tertinggi? Kerana kita mahu menguji SOP tersebut dalam semua bentuk pasaran sama ada trending (up or down) dan juga sideway. Kita mahu melihat keberkesanan SOP tersebut dalam keadaan pasaran berbeza. 

Dari simulasi ini kita akan dapat tahu sama ada SOP dagangan tersebut mampu menjana keuntungan atau pun tidak. Andainya tidak menguntungkan, kita perlu lakukan perubahan terhadap SOP dagangan itu sendiri. 

Inilah yang saya selalu tekankan kepada pedagang. Jika menggunakan simulator tanpa melibatkan emosi pun SOP tersebut tidak dapat menjana keuntungan, apatah lagi bila kita berada dalam pasaran sebenar yang melibatkan sejumlah wang dan emosi menjadi penyumbang utama dalam dagangan. 

Agaknya jika juruterbang tidak menjalani latihan dengan “Flight Simulator” tapi terus berlatih menggunakan kapal terbang sebenar, berapa kerap kita akan mendengar berita kemalangan yang melibatkan kapal terbang? 


Begitulah juga dalam industri ini, peratusan trader yang gagal sangat tinggi kerana mereka tidak bersedia. Mereka tidak membuat “kertas kerja” iaitu simulasi dagangan atau melakukan simulasi dengan cara yang salah. 

Simulasi yang betul bermula dari saat kita membina SOP dagangan itu sendiri sehinggalah saat mengujinya. Ini adalah satu proses yang penting bagi setiap trader. 

Ia bukan lagi terletak kepada sama ada kita bermula dengan USD10 atau USD100 atau USD1000 tetapi lebih kepada persediaan yang kita buat sebelum bermula dalam industri ini. 

Untuk tujuan ini, saya akan memulakan satu sessi latihan secara atas talian bagaimana membina SOP dagangan berdasarkan teknik yang telah trader pelajari dan seterusnya melakukan ujian keatas SOP tersebut pada pertengahan bulan Oktober 2020. Bagi yang berminat bolehlah menghubungi admin untuk menyertainya.

Setelah strategi dagangan telah dapat dibuktikan bahawa ianya menguntungkan melalui proses simulasi, proses berikutnya adalah untuk menguji di pasaran sebenar. Ini adalah peringkat kita melatih diri untuk berdisiplin mengikut SOP strategi dagangan tadi serta melatih emosi kita. 

Ini adalah cabaran yang terhebat untuk setiap pedagang. Ianya bukan satu proses yang mudah namun dapat di lakukan secara berperingkat. 

Pada peringkat ini pedagang boleh menggunakan akaun demo kerana ia tidak melibatkan apa-apa risiko kehilangan wang tapi kekurangan akaun demo ialah jika dagangan dapat memberikan keuntungan, untung tersebut tidak dapat dikeluarkan kerana ianya adalah akaun demo. 

Sekiranya pedagang ini menguji strategi dagangan tanpa risiko tapi jika untung dapat dikeluarkan, bolehlah menggunakan Welcome Account dari Tickmill https://bit.ly/tradersantai

Disamping menguji strategi dagangan, pedagang juga dapat melihat betapa rendahnya spread dan juga komisyen di Tickmill yang mana bila spread dan komisyen rendah, keuntungan akan dapat dibuat dengan lebih mudah dan lebih banyak. Jika keuntungan mencecah USD100 pedagang dapat keluarkan keuntungan ini dengan terma dan syarat yang agak mudah. Tidak seperti demo akaun yang keuntungan tidak dapat dikeluarkan,Welcome Account keuntungannya dapat dikeluarkan. 


Sekiranya kita mampu menjana keuntungan dari Welcome Account menggunakan SOP dagangan yang telah diuji tadi, barulah kita buat deposit di akaun sebenar di Tickmil untuk meneruskan dagangan kita. Adalah tidak mustahil bagi pedagang yang bermula hanya dengan modal serendah USD100 untuk berjaya asalkan mereka mempunyai mindset yang betul sebagai seorang pedagang dan mempunyai SOP dagangan yang “workable”.

Secara ringkasnya, langkah yang perlu kita lakukan ialah :

1) Bina SOP dagangan yang lengkap

2) Uji SOP dagangan dengan menggunakan simulator dengan cara yang betul.

3) Uji SOP dagangan dengan menggunakan Welcome Account USD30 tanpa risiko

4) Naikkan keuntungan Welcome Account ke USD100

5) Buat deposit ke akaun sebenar USD100

6) Keseluruhan kita telah mempunyai USD200 (keuntungan dari Welcome Account di campur dengan deposit)

7) Jika kita mahu teruskan berdagang tanpa risiko, kita boleh memilih untuk keluarkan keuntungan dari Welcome Account tadi dan bermula hanya dengan USD100 tanpa risiko.

Saya andaikan kita teruskan dengan USD200, dengan konsistensi yang kita telah dapat adalah tidak mustahil untuk menjana keuntungan yang banyak. 

Sebelum mulakan pengiraan, saya nak tanya, siapa disini mampu jana USD20 sebulan @ 10% dengan modal USD200. Purata sehari USD1.00 atau 0.5%. 

Kalau anda rasa anda mampu, tulis “I can do it”, di ruangan komen dan saya akan doakan anda semua berjaya dalam proses pengiraan di bawah. Jika komen mencecah 500 orang, nanti saya akan share “formula” yang lebih “advance” lagi.
 
 
 
 Modal USD200

Sasaran keuntungan USD20 sebulan atau 10%

Setahun 10% x 12 bulan = 120%

Kita ambil round figure untuk memudahkan pengiraan iaitu 100% setahun.

Tahun 1 – Modal (USD200) + Untung (USD200) = USD400

Tahun 2 – Baki sebelumnya (USD400) + Untung (USD400) = USD800

Tahun 3 – Baki sebelumnya (USD800) + Untung (USD800) = USD1600

Tahun 4 – Baki sebelumnya (USD1600) + Untung (USD1600) = USD3200

Tahun 5 – Baki sebelumnya (USD3200) + Untung (USD3200) = USD6400

Tahun 6 – Baki sebelumnya (USD6400) + Untung (USD6400) = USD12800

Tahun 7 – Baki sebelumnya (USD12800) + Untung (USD12800) = USD25600

Tahun 8 – Baki sebelumnya (USD25600) + Untung (USD25600) = USD51200

Tahun 9 – Baki sebelumnya (USD51200) + Untung (USD51200) = USD102400

Cukup dulu setakat itu, 9 tahun sahaja yang diperlukan untuk kita besarkan akaun dari 3 angka ke 6 angka jika kita dapat asahkan kemahiran sehingga konsisten. 

Sebenarnya masa ini boleh disingkatkan dengan “formula” dan “strategi” yang lebih advance dan saya akan kongsikan caranya jika ada 500 komen “I can do it”

Persoalan seterusnya, mampukah broker bayar keuntungan banyak seperti itu? Kalau broker lari macam mana? 

Yang ini pun ada strateginya juga disamping memilih broker yang kukuh seperti Tickmill https://bit.ly/tradersantai  yang belum pernah gagal membayar keuntungan yang telah dibuat oleh pedagang walau sebanyak mana jumlahnya. Ini adalah satu faktor yang penting untuk kita berada lama dalam industri ini.

Berbalik kepada persoalan adakah kita boleh berdagang dengan USD10? Saya sarankan kita bermula dengan satu jumlah yang berpatutan iaitu antara USD100 hingga USD500 hinggalah kita betul-betul mahir. Atau boleh bermula tanpa risiko dengan Welcome Account dari Tickmill.

Tapi jangan lupa, modal adalah perkara ke 2 kerana yang paling penting adalah persediaan kita untuk menjadi seorang trader kerana trader adalah satu kerjaya dan ianya memerlukan ilmu dan persediaan serta cara yang betul untuk mengasah kemahiran anda. Bagi yang berminat bolehlah sertai kursus secara atas talian yang akan bermula pertengahan bulan Oktober ini. Hubungi Adm FaaSaas untuk maklumat lanjut.

Saya doakan semua berjaya menjalani proses sebagai seorang trader dan seterusnya mencapai kejayaan dalam industri ini. Hingga kita berjumpa lagi dalam artikel seterusnya. 

Oleh Sifu Ridzuan

No comments:

Post a Comment