01 September, 2020

ULANGKAJI ANALISIS CARTA Di LAIN-LAIN BROKER

Sudah lama aku tak menulis dalam blog ini. Dulu kata nak berhenti menulis dan nak tutup blog. Tak tutup-tutup jugak. Sekali sekali aku datang menjengok blog ini. Iklan pun macam macam. Mengacau sahaja.


Ada beberapa perkara yang aku dapat sepanjang waktu menyendiri ini....

1. Setiap MT4 broker ada dia punya bacaan tersendiri.

2. Tak semua teknik yang kita belajar tu sesuai untuk semua timeframe dan broker.

3. Aku kenalpasti beberapa broker sesuai untuk teknik trading aku yang part timer ini.


Aku trade guna H4....asalnya guna Daily. Sekarang ini aku nak trade guna Daily semula dengan mencari H4 sebagai setup. Aku akan guna stail aku sendiri.

Oleh kerana setiapm broker tak sesyai untuk semua teknik, aku akan mengkaji teknik aku yang sesuai untuk broker yang aku guna. 

Broker yang aku guna ialah:-

* FxCitizen

* GMI

* Tifia

* XIG Limited

* Pip Hijau

Pernah kot dengar pasal speedtrap?? Teknik speedtrap adalah satu teknik yang berbaloi untuk dipelajari. Tapi kena guna TF Daily lah...Speedtrap perlu disekalikan dengan pemahaman Indiside Bar Candle dan Bullish Bearish Outside Bar Candle.

 


 Sejali tengok pun dah pun tahun apa teknik kan....

Yang aku nak tulis ialah....

1. Acapkali kalau berlaku inside bar...akan berlaku perubahan arah trend...atau  ... pullback. makan ratus-ratus juga pips tu. Mahu seminggun ia nak pergi.

2. Katakan dalam trend menaik (candle hijau), berlaku candle merah close dalam candle hijau tu...makna kata esoknya kita boleh sell sekejab. cuba lihat contoh nombor 1.

3. Candle ibu tu atau Mother Candle mestilah saiznya lebih daripada 100 pips.

4. Kalau hari ini berlaku bullish lebih dari 100 pips, membentuk marubozu, dan esok pula tetiba berlaku insidebar bearish....aku ikut sahaja candle inside bar bearish tu. Boleh makan sekejab.

Dalam kes nombor 1 dan 2 itu....kalau tak yakin nak trade...aku boleh buka TF H4 untuk confirmation, adakah berlaku sama ada pembentukan ABC atau pecah cb1

 


 Hah ...hah...tetiba saja aku dapat dapat faham TFS + Fibo Musang .... 

Kalau dah break cb1 di H4, price akan ikut arah dia break lah. Dia pergi 121 atau 323 fibo. Dan kalau berlaku pembentukan ABC dalam satu Mother Candle Daily, makan price akan ikut arah mana ABC itu pecah. 

Sekian.

Nota ini akan menjadi pembelajaran bagi aku. Asas pembelajaran aku adalah buku buku Teknik Forex Sebenar oleh Khalid Hamid, Trading Chaos oleh Bill William dan Fibo Musang oleh Cikgu Zul dan Cikgu Bahar.


 



No comments:

Post a Comment