10 September, 2020

MENGURUSKAN SUATU KEMENANGAN

 

ِAku mulai menulis ini dengan    بسم الله الرحمن الرحيم  

Mengurus suatu kemenangan yang pertama kali diperoleh adalah suatu yang amat amat gementar dirasai. Mana tidaknya, mana-mana orang politik yang dapat jadi kerajaan mula-mula ikhlas. Bila naik jadi kerajaan mulalah dia nak gelong.


Alhamdulillah, aku buat pertama kalinya telah berjaya membuat "UCD 15" menjadi "UCD154". Aku letak koma berkurung pada USD tu bukan apa....akaun tu dah MC sebenarnya. Tinggal nilai spread sahaja. Dari Nilai spread itulah aku trade untuk naikkan nilai menjadi USD 1.5.

Kalau aku convert kepada pembelajaran sebenar, ia macam aku letak RM15 dan aku trade hingga menjadi RM154.00

Masa yang di ambil ialah selama 24 minggu atau 6 bulan.

Risiko trade amatlah besar.....dari 45% hinggalah berkurang menjadi 3%. Terlalu awal untuk meraikan kejayaan. Sebab tu lah aku kata menguruskan suatu kemenangan.

Selepas kejayaan ini, apa yang aku dapat ialah:-

1. Aku nak teruskan peringkat ke-2 iaitu trade akaun live USD100 menjadi USD1500. Insyaallah.

2. Setup untuk nak PO adalah suatu skill yang amat-amat kena gilap. CRS  + Musang setup amat membantu untuk memperoleh kejayaan ini.

3. CRS kena tengok di TF Daily dan dalam 1 candle CRS ini, MESTI berlaku setup musang di H4. Kalau tak berlaku CRS dan hanya setup musang sahaja, itu amat berisiko bagi aku.

Bagi orang lain, setup musang di H4 dah boleh PO dah bagi dia. Tapi bagi aku .... aku amat takut-takut lagi .... makna kata level ketakutan aku nak lost itu banyak berperang dalam diri aku ini. Ini adalah disebabkan oleh Resiko Per Trade dengan Modal Permulaan itu tak matching. Kalau nak trade dengan USD 0.10 sen dengan Resiko per Trade 3%, modal mau dok ada USD170.00.

Modal itu ada kalau nak letak USD 1000 pun....tapi pengurusan nak urus MM dan ketamakan tu yang kena asal dan latih. Lagi banyak modal, lagilah tamak nakkan untung 1 pip =10 USD.

Jadi .... pelan-pelanlah aku kayuh.

No comments:

Post a Comment