05 September, 2020

ILMU POWER - INITIAL BREAK SETUP & CRS PALING POWER!

ILMU POWER - INITIAL BREAK SETUP & CRS PALING POWER! 

Salam Subuh buat semua. Bangun pagi murah rezeki. Most orang berjaya bangun seawal 4am setiap hari. So, jadikanlah amalan ya. :)
.
Seperti dijanjikan, ni salah satu ilmu saya belajar dari kelas weekend lepas (Fibo Musang) iaitu "Initial Break" (IB, tapi jgn confuse dgn inside bar pula ye huhu).
.
Dia sebenarnya breakout SNR saja, TAPI bukan close atas SNR point, sebaliknya dengan shadow nya sekali. Setakat saya backtest, memang power dan tinggi accuracy nya. (Y)
.
Kalau tengok TF kecil macam H1, nampak clear lah dia break SNR + shadow. Kalau tengok TF besar tak berapa nampak. Tapi, kalau benda ni jadi kat TF besar, memang power profit nya woo. :D
.
Contoh macam dalam gambar pertama GBPUSD tu, longgokan shadow pertama (kotak biru) ditembusi CS maru bullish (kotak putih) yg close di atas shadow paling tinggi longgokan tersebut. Ni signal dia. Nampak tak next CS harga retrace semula ke area tersebut (bulat pink) sebelum naik balik? So, next time bila setup dah ada, tunggu harga retrace dan entry.
.
CS kuning tu saya saja lukis, nak bagitau kalau dia close atas shadow yg lagi tinggi dari tu (kotak & line merah) ia lebih powerful.
.
IB boleh datang dalam 2 cara iaitu Engulfing & Hidden Engulfing. Hidden engulfing lagi kuat saya tengok impak nya, iaitu sebatang CS yang telan beberapa CS sebelumnya, or telan mother candle terus.
.
Contoh kat EURUSD tu. Sebelah bawah, 2 CS (kotak kuning) bergabung "telan" mother candle sebelumnya. Harga naik lepas tu. Tapi pergerakan 5 CS selepas tu telah "dimatikan" oleh sebatang CS bearish maru. Ini Sell signal lah kiranya. Kita lihat betul tak harga turun hari ni ya. Setup dah ada dah tu. :)
.
Kalau Engulfing, dia 1 batang CS yang telan CS sebelumnya lah. Itu dalam TFS pun ada. Fresh example saya bagi pada AUDUSD. Kedua-duanya menjadi, kan? BUOB kat bawah dia naik lepas tu, BEOB kat atas dia turun lepas tu. Kotak biru tengah2 tu ialah nak tunjuk yg CRS pinbar / shooting star ni adakalanya jadi camtu, iaitu harga masih boleh naik lagi. Tapi engulfing punya setup, mostly dia mmg ikut arah engulfing tu.
.
Kesimpulannya, dalam banyak2 CRS, jenis engulfing atau "telan candle sebelumnya" ni memang tinggi peluang untk profit. Once dah ada setup, boleh entry dah. Entry tu pakai SNR di H4 or H1 pun boleh, janji setup di TF H4 dan ke atas dah terbentuk lah yer. Sebaiknya follow lah trend sebab profit nya lebih lumayan pak.
.
So, lepas ni kalau nak high probability trades boleh lah guna setup macam ni saja dalam trade anda.
.
Seperkara lagi, jangan follow / zoom-in pergerakan seketul demi seketul CS semata-mata. Sebaliknya, zoom-out sikit utk lihat overall trend & movement ya.
.
OK itu sahaja. Next time kalau ingat saya akan share lagi. Sbg tanda penghargaan, tolong gerak sikit jari tu kasi 1,000 like.
.
Always dont forget TRUST TAYOR sila jaga MM!
.
Semoga bermanfaat. Saya nak pergi siram pokok sebelum matahari timbul nih. Wassalam :) :D (Y)
.
P/S - Mohon jangan share di luar. Hanya eksklusif utk members dalam group ni sahaja. Ini amanah. Appreciate ur understanding. Tq
.
.
KHALID HAMID 
24 OGOS 2016

No comments:

Post a Comment