20 November, 2018

PSIKOLOGI 4 - sambungan dilema



Hari ini Selasa, 20-Nov, aku nak teruskan analisa EU. Aku paparkan chart analisa daily EU dan ada tulis-tulis kat situ...

Jam telah pukul 9.30 pagi, candle H4 yang telah closed menunjukkan yang ia close di atas harga open bulan Nov ini. Kalau ikut ilmu aku, (i) harga open pada awal setiap bulan, (ii) harga open awal setiap minggu dan (iii) harga open awal setiap hari .... malah setiap 4 jam, setiap jam....adalah merupakan resistence....ikut mana TF yang kita buat analisa asas kita.

Dalam chart, aku letakkan satu indicator Bill William punya moving average yang di panggil Alligator. Ada dalam MT5 je..price telah closed melepasi rahang biru, menandakan seller dah masuk banyak. Awal pagi ni, nampak mereh sikit tu tandangan price buat retracement.

Dilema tetap dilema .....tapi aku cuba lawan dilema aku ini dengan terus buat analisis. Nampaknya, dilema semakin berkurang....tapi rasa greedy dan gementar pulak yang timbul. Takut ada sikit.

Namun, PO tak boleh masuk lagi sebab perjalanan price di H4 dah sampai penamat. Akan berlaku retracement di H4 untuk ambil PO-PO yang diletakkan oleh Buyers pada harga yang lebih rendah.

Setakat ini analisa aku yang kerdil ini....Allahu A`lam

No comments:

Post a Comment