04 November, 2018

PSIKOLOGI TRADING 3 - EU aku dalam dilema



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh...

Salam dan selawat kepada baginda junjungan Nabi Muhammad s.a.w atas nikmat Islam yang kita dapat. Aku ingin menyambung analisa EU aku ni....

Memang aku dalam dilema....dan aku memang dah agak yang aku akan dilema macam sudah-sudah...Hari ini adalah hujung bulan Oktober dan minggu depan adalah minggu pertama bulan Nov (akan bermula esok).



Di atas adalah TF weekly EU. Pada Jumaat 2-11-18, Eu telah membentuk pinbar bermaksud harga tak kemana-mana. Tetapi shadow atas dan bawah yang panjang tu menerangkan yang wujud rally yang kuat antara buyer dan seller.....namun, walaupun harga tutup dengan mereh sikit, tanda yang seller ada menang, namun price tidak dapat melepasi HARGA OPEN kandel biru iaitu di 1.1370 weekly.

Sat lagi screen shot daily pulak..


Aku cerirta H4 dulu...di H4 asalnya pada minggu lepas, ada pullback yang break SNR H4 yang terdekat. Kalau di Daily, ia menceritakan wujud engulfing bbuy, di mana satu candle buyer telah menelan satu candle seller dengan sepenuhnya.

Nampak macam di H4 ni, price dah break dengan setup yang mana ada kemingkinan pertukaran trend.

la ni kita tengok daily


Di daily, nampak jelaskan yang mana berlaku engulfing....tetapi price hari Khamis, tidak berjaya memecahkan SNR terdekat Daily.....sebab itu aku kata pada tulisan lalu....aku nak tengok cerita hari Jumaat.

Ya.....hari jumaat, ceritanya price memang naik melepasi SNR tetapi turun semula dengan mengejut. Membentuk shooting star pulak tu. Dan shootong star merah (sell). Maksud macam buyer belum ada kekuatan nak naik lagi. Inilah dilema...

Di daily ni, tidak cukup syarat untuk setup buy di daily kalau ikut cara musang.

Kesimpulan...di daily....

1. tidak cukup syarat setup musang

2. tidak cukup syarat setup trading chaos

3. tapi cukup syarat TFS ..... namun shootong star Jumaat tu yang buat aku dilema ni...

No comments:

Post a Comment