18 November, 2018

PSIKOLOGI TRADING 4 - Dilema dan terus dilema...



Sudah masuk pertengahan bulan November 2018, bermakna dah 2 minggu aku buat artikel psikologi taring aku. Dilema dan dilema yang masih membuatkan aku dilema....

Sejak awal artikel yang pertama, aku ada membuat analisis yang EU akan berakhir trend ke bawah di BRN 1.1200....tapi bila sampai SNR 1.1300, price dah start ke atas dah. Kemudian , membuat candle shooting star di daily yang membuatkan aku dilema semula.... akhirnya, pada minggu ini, 18-11-18, kita nampak yang minggu lepas di TF daily, price membuat new low....dah tu..reject pulak di BRN 1.1200 .... eh eh...macam ikut betul analisis aku ...

Kalau ukuran aku betul, kiraan aku betul, sudah tentu big-big trader di dunia pun telah membuat telahan analisis yang betul jugaklah ....

Senang naj cakap....aku telah pasang PO Buy pada 1.1300 sengan SL 50 pips...dan ia berakhir dengan makan modal. Bila price turun melepasi 1.1300...., aku buat pulak PO Sell pada angka itu, dan ia berakhir dengan makan modal jugak ....

Lihat ss di bawah...


Inilah dilema dilema yang sering aku hadapi bila buat trading forex.

Kerap kali aku kiciwa dan tinggalkan komputer ..... cilaka ... pada minggu seterusnya pulak, price bergerak ikut analisa aku yang asal..

Back to analisa sekarang...

Pada Jumaat 16-Nov, candle daily telah membentuk marubozu dengan jayanya, dan memecahkan candle marubozu hari Isnin 12-Nov....Peristiwa pemecahan candle maru bertarikh Isnin itu memerlukan 4 batang candle baru nak pecah. Kira kuat sungguh la buyer guna modal baru nak pecah tembok. Sekarang, price menuju ke 1.1400 di mana di situ wujud resistence. Kalau pecah resistence ini, trend EU adalah menuju ke atas lah...

TAPI ....apa yang dilemanya? .... Dilema nya ialah cuba korang lihat pada 31-Okt punya candle....price pun pecahkan resistence tapi balik semula buat new low yang membuatkan aku lost. Lani ni dia mai balik buat buying.... inilah dilema dan dilema....

Kalau ikut ilmu TFS, kalau pecah bawah dan buat new low, price memang nak ke bawah...Tapi cuba korang lihat di luar kotak....adakah pergerakan seminggu punya daily minggu lepas menyatakan market masih nak ke bawah????? Cuba la hampa tengok TF Weekly....aku 1 batang weekly minggu lepas membentuk CRS ...candlestick reversal signal?


Kan .... kan....candle weekly minggu lepas membentuk hammer kan? Dah tu... dia closed melepasi harga open pada awal minggu lepaskan??? So.... minggu depa lebih kepada buy kot.


Sebab apa ku kata lebih kepada buy?.....sebab 1 marubozu merah, kena guna 4 batang candle untuk pecahkannya ....ini BOB ....Bullish Outside Bar atau engulfing. Salah satu CRS yang diajarkan....

Kalau ikut hujung minggu lepas, harga dah bergerak jauh ke atas. Mungkin ada pullback dan aku kena amik di mana tempat berakhir pullback.

Kita pergi ke TF H4 pulak..


Aku buat prediction bahawa price akan menyucuk ke fibo 423 dimana disitu adalah harga tertinggi bulan Nov ini.

Kat sinilah ada berlaku dilema pada diri aku....nak masuk trade atau nak tunggu ?? kalau masuk trade, takut lost...kalau tunggu nanti harga dah berjalan jauh.

Ada satu lagi yang menjadi dilema aku .... ni aku nak tunjuk H..HH dan L..HL bagi suku-suku kewangan EU..


Aaaaa....dapat dilihat bahawa harga EU sebenarnya telah membyat new Low bagi suku-suku kewangannya. Suku kewangan ada 3 iaitu:-

1. Suku pertama iaitu Jan - Mac
2. Suku kedua iaitu Apr - Jun
3. Suku ketiga iaitu Jul - Sept
4. Suku keempat iaitu Okt - Dis

Sekarang ni harga EU dikatakan nak ke atas uptrend lah....tapi harga tertinggi bulan ini iaitu bulan Nov belum lagi break iaitu di 1.1430 lebih kurang. Jarak harga close Jumaat 18-Nov lepas dengan Zon harga tertinggi bulan Nov adalah amat dekat .....so...dilema.... nak amik trade atau tak amik trade????

Saya trade swing...sebb itu dilema banyak sangat. Memangpun x berapa pandai scalping.

No comments:

Post a Comment