02 November, 2018

PSIKOLOGI TRADING 2 - Cubaan Analisa EU



Hari ini ialah Jumaat 02-Nov-18 jam 10.00 am

Candle daily sudah hari khamis kelmarin, telah closed buy dan menelan sebatang candle hari Rabu kelmarin dulu.

Kalau ikut TF di H4, telahpun wujud salah satu setup bilamana price telah memecahkan resistence terdekat. Ni aku nak letak gambaq di bawah.


Aku hurai sikit...kotak yang aku tanda hijau muda tu, di situ berlaku engulfing yang kuat. Sebelum peristiwa menelan tu, dah ada petunjuk 2 candle merah yang ada shadow panjang2 bermaksud telah ada kejadian buyer-bayer masuk menekan harga selama 8 jam. Kemudian, terus break snr terdekat hinggalah ia berhenti di SNR daily time frame... yang ada tanda anak panah ke bawah tu...

So...aku tarik fibo berdasarkan ilmu versi 2.


Kat atas jelas sekali berlaku engulfing di TF daily. Jelas kan....price hanya cecah 1.1300 BRN saja...tak sampai pun di analisa aku sebelumnya iaitu 1.1200 BRN.

Kat sini lah aku nak cerita pasai psikologi trading aku la ni pada masa tengah dok menaip ni ....

Kalau ikut setup TFS, memang dah sempurna untuk pasang PO buy.....tetapi....kat mana nak letak PO buy?

Memang...dalam TFS ka ataupun menatang jebon tu ka....dia ada habaq kat mana nak letak PO, tapi....ada kebarangkalian PO aku tak mengena...biasa banyak kali dah. Price turun balik dan kemudian patah balik ikut analisa aku yang aku buat tekaan.

Masalahnya....biasa berlaku kalau kes macam ni, aku jadi gundah yang tak berapa yakin dengan analisa aku ni...walaupun dah 3 concluance yang mengena. Besa kena SL. Modal pulak ciput saja tinggal. Ada lah USD 13.00

Namun, biasa aku trade dengan 0.01, modal USD 5.00, sampai jadi USD 15.00 dalam masa 2 bulan setengah.

So....aku macam nak buat buy stop oder bukannya limit oder.....tapi pips dapat sikit la...inilah kot yang dinamakan greedy and anxiousity semasa trading.

So....inilah kesimpulan aku untuk hari ini, Jumaat 2-Nov-18, insyaallah....

1. Minggu ini adalah hujung bulan Oktober dan hari ini pula adalah jumaat pertama bulan Nov. Akan ada big news pasal USD dan Euro di Forex Factory.

2. USD masih lagi kuat, tapi, engulfing di daily tu jangan tinggal, Ini di kira wujud CRS di weekly ni. Sat nak tengok weekly.


Memang betoi la ooii...kat weekly ada wujud CRS mungkin hammer tapi tak komplet lagi. Lagipun ada minggu lepas, jugak price ada reject di 1.1300 mewujudkan sikit shadow. Juga ada wujud 2nd test di harga terendah di bulan Ogos....iaitu harga terendah dalam tahun 2018 ini setakat ini.

3. So....aku akan still nak buy, tapi kalau PO yang aku pasang ni kena SL, nanti aku akan pasang PO lagi DENGAN SYARAT price di weekly minggu ini closed lebih rendah dari harga bulan Ogos ..... tapi agak mustahil lah.

Semoga usaha aku ini diberkati Allah swt, dah banyak air mata aku mengalir, dah banyak kejian dari isteri bila saja aku buka komputer.....insyaallah...Allah swt Maha Mendengar...

Last sekali, barang siapa yang membaca ..... silalah buat sedikit derma atau sedekah pada hari ini Jumaat dan tiap-tiap hari Jumaat (minimumnya) supaya bila kita nak mati nanti, kita nampak pahala sedekah itu mai kat kita menjemput dan mengiringi roh kita naik ke langit. Yang ni mak aku dok peringat tiap-tiap kali jumaat sejak sekolah menengah lagi.

Untuk analisa ini, aku sedekahkan kat korang walaupun bank negara tak bagi

Wassalam...

No comments:

Post a Comment