22 November, 2018

PSIKOLOGI TRADING 5 - Stress dan tertekan dengan dilema demi dilema...



Aku dulu belajar di uni bidang psychology dan pendidikan Islam. Dia gabung dua bidang jadi satu. Amat stress rasanya bagi aku yang tak menguasai bahasa Inggeris dan bahasa Arab dengan baik. Tertekan nya amat dirasa bila terbayang harapan ibu bapa yang nakkan aku berjaya....bukan berjaya untuk depa tapi berjaya untuk masadepan aku sendiri....

Dilema yang aku lalui mengajar akau untuk menekuni bahasa Inggeris kerana jika gagal bahasa ini, maka gelaplah masa depan. Alhamdulillah...aku berjaya walaupun taklah cemerlang. Tapi usaha tu agak cemerlang jugaklah....setiap hari hadiri kuliah. Tekun salin nota. Tekun bertanya soalan bila tak faham. Sampai terpaksa merayu pada prof agar jangan failkan aku .... alhamdulillah dia jamin takkan gagalkan aku sebab aku selalu hadir kelas dia....dok depan pulak tu....

Bila aku mula-mula kenal forex ni, aku rasa amat berbaloi dengan usaha aku untuk mempelajari bahasa Inggeris. Aku tak ada guru untuk belajar forex secara formal pada 2007. Hanya hadiri seminar (yang kena tipu tu) dan cari sendiri dalam internet.

Yang paling berbaloi ialah....sorang mamat bernama samaran Lampu Ajaib telah komen dalam blog aku dan dia beri ebook Trading Chaos Bill William, bermula dari hari itu, pandangan aku tentang forex mula berubah. Aku mula membaca dan membaca buku itu banyak kali. Siap print dan jilidkan kulit tebal. Hazam satu-satu muka surat yang ada 256 pages, satu-satu page dengan bersungguh-sungguh. Apatah lagi, penulisnya adalah dari bidang psychology yang terjun ke bidang forex, maka cara penulisannya aku dapat paham jalan penyampaian isi cerita forex.

Terima kasih pada Bro. Lampu Ajaib.

Kalau kita tengok dan baca pada tahap-tahap yang dilalui oleh seseorang trader, aku dah dapati yang aku ni berada di tahap yang paling teratas, iaitu tahap dahpun menguasai segala ilmu yang cukup untuk masuk ke bidang ini sebagai part-time atau full-time. Terima kasih pada ForexExcel teacher Idris yang penah call aku bagi tau ayat ajaib...."get back to the basic".

Hari ini dah 22-Nov, bermakna dahpun masuk minggu-minggu akhir dalah suku ke-4 bulan November ini. Start dari hari pertama bulan ini, aku dok menulis artikel dilema EU, sampai hari ini aku belum boleh profit lagi. Walaupun analisis setakat ini betul. Agaknya....apa lah yang ditunggu oleh big-big trader untuk menggerakkan market aa..... apasal mereka belum masuk lagi?????

Agaknya kot....big-big trader sedang menungu mereka-mereka yang dalam dilema ini membuat kesilapan kot....so baru mereka boleh manipulasi market..

1. Ikut pengalaman aku la......dulu-dulu pun penah jadi lagu ni masa guna demo akaun. Waktu sengkang mata buat analisa, market tak gerak. Bila dah aku fep-up, markat pun gerak gila-gila saja. Kadang-kadang bila tengok balik chart, rasa rugi ja....awatlah kalau guna cara pasang pukat atas dan bawah TF 1H dan Alligator saja....dah boleh kaut banyak tu.

2. Ikut pengalaman aku la....aku tak pernah sesabar macam hari ni punya tunggu dan analisa....dah tiga minggu market tak bergerak. Masih sabar menunggu. Mungkin perlu sabar lagi kot.....bukankah forex memerlukan kesabaran yang teramat sabar???

3. Ikut pengalaman aku la....kena percaya pada instint sendiri. Ada orang kata....dah masuk bulan Disember...kurang-kuranglah trade sebab market akan menutup tirai tahun 2019. Tapi pada tahun lepas 2018...hingga akhir waktu orang puteh nak raya...market Eu memberi banyak pips yang teramat banyak.

4. Ikut pengalaman aku la ..... dah lama aku fed-up. Ini lah dilemanya. Tapi kali ni kena lawan kesabaran dengan kesabaran lagi.

Inilah dilema kita sebagai trader sama ada separuh masa atau sepenuh masa....market bukan milik kita. Ia milik Allah SWT.

Sekian...luangkan waktu dengan ibadat dan baca Quran....tapi kena ikhlas....kalu baca Quran sebab nak penuhi waktu terluang berforex, itu tidak ikhlas namanya.....

Sekian, terima kasih.



No comments:

Post a Comment