12 December, 2009

TAHAP-TAHAP SESEORANG TRADER

Berikut adalah tahap-tahap yang dilalui oleh seorang newbie untuk menjadi seorang trader yang berjaya. Saya dapat artikel ni dari forum nogold.com


Bagi saya, kalau nak menjadi trader yang tidak gagal, kita kena persiapkan diri untuk lulus pada tiap-tiap tahap satu per satu. Tak kira berapa lama masa diambil untuk berjaya, tapi biarlah kita pastikan diri kita TIDAK GAGAL pada tiap tiap tahap.


Ni macam yang kita lalui dalam alam sekolah lah sampai ke univesiti. Pasti ada tahapkan??? Tahap sekolah rendah, tahap sekolah menengah, tahap menengah atas, tahap pra-universiti dan akhirnya masuk universiti. Tu pun kalu ..... kena lulus universiti baru boleh dianggap berjaya.


Tapi kalau berjaya, bila dah ada sijil (dah dapat profir taip kali), masih nak hentam tak ikut disiplin apabila kerja, pasti anda akan dibuang kerja (margin call).



Inilah dia proses tersebut:-


Tahap 1 ( Unconscious Incompetence )


Ini merupakan langkah pertama yang anda ambil apabila anda mendengar pelbagai perkara menarik berkenaan forex dan bahawa pendapatan seorang trader forex mengalahkan pendapatan seorang pengarah syarikat. Bagi anda, apalah susah sangat untuk trade forex, ia hanya menentukan harga naik atau turun. Lagi pun ada disediakan akaun demo untuk latihan sebelum memulakan trade sebenar. Lalu tanpa berfikir panjang anda pun mendaftar akaun sebenar dan mendepositkan wang ke akaun tersebut bagi memulakan trading sebenar setelah anda dapati trade di akaun demo anda dapat menghasilkan keuntungan yang berlipat-ganda.


Anda mungkin mendapat keuntungan dengan hasil yang menakjubkan di antara 100 ke 200 pip per lot sehari,. Anda percaya bahawa dengan hanya berdasarkan 1 indicator saja, atau bahkan hanya dengan gerak-hati anda dapat menghasilkan keuntungan. Namun itu semua hanyalah nasib saja (beginner luck), pasaran akan mengalahkan anda. Tidak ada trader yang berjaya hanya dengan faktor TUAH/LUCK. Kerugian demi kerugian akan mula menghampiri anda, anda akan cuba bertahan, namun kalau sampai margin habis, siapa yang dapat bertahan??.


Anda sama sekali tidak menyedari bahawa anda tidak mampu untuk trade forex, namun anda tetap mengatakan pada diri anda bahawa yang anda mampu untuk melakukan trading walaupun semua fakta berkata sebaliknya (Persoalannya: Apakah bulan ini profit?, atau Bulan lepas profit?, ataupun Tahun ini profit? ).


Anda tetap mengatakan bahawa anda adalah orang yang hebat, orang yang akan mampu mendapatkan kunci kekayaan dari trading. Dan anda tidak menyedari bahwa 90% trader yang gagal juga mempunyai perasaan seperti itu. Anda tidak mempunyai sistem yang lengkap, anda dikuasai oleh emosi anda, anda selalu cuba mengimbangi perasaan anda jika kerugian dengan MARAH pada pasaran, anda selalu mengambil keuntungan dalam jumlah yang kecil atau membiarkan ia berubah dari keuntungan jadi kerugian karena anda dikuasai oleh sifat TAMAK, adakala anda tidak pernah trading karena anda TAKUT. Anda membiarkan diri anda dikuasai oleh emosi sehingga margin equity anda menderita.


90% orang yang trade forex hanya sampai pada tahap ini, mereka biasanya kehabisan modal, berhenti trade dan menganggap ini semua hanya mimpi buruk belaka. Sebahagian lagi tetap mencari modal dari rakan-rakan/investor dan trade seperti orang gila. dalam sebulan atau dua bulan margin habis lalu mereka mencari mangsa lagi. Ini akan mewujudkan masalah moral yang teruk.


Mereka masih mengaku sebagai trader namun sebenarnya mereka executor. dan biasanya yang moralnya teruk ini dengan senang hati akan mengambil wang dari rakan-rakan dengan menabur pelbagai janji-jani (pulangan lumayan) dan kononnya akan trade sebagai manage fund untuk mereka. Sebahagiannya lagi akan tetap terus seperti biasa dan mengaku trader tetapi tidak pernah trading, mereka biasanya menyalahkan diri mereka sendiri.


Hanya waktu yang menentukan segalanya, sampai bila mereka dapat bertahan di tahap ini dan biasanya waktu selalunya menang. Proses ini selalunya dalam lingkungan waktu SEMINGGU hingga SEBULAN.


90% traders akan terus gagal dan kekal ditahap ini, hanya 10% dari mereka yang sedar ini akan pindah ke Tahap 2.







Tahap 2 ( Conscious Incompetence )


Di tahap ini anda sedar bahawa anda tidak mampu untuk trading, anda tidak memiliki kemampuan untuk trading yang menghasilkan keuntungan secara konsisten. Dan anda tahu penyelesaiannya, Anda sedar bahawa selama di Tahap 1 fikiran anda dikaburkan oleh emosi anda sehingga anda tidak dapat berfikir secara bernas.


Di tahap ini anda akan mencari ‘Holy Grail’ ( sistem yang sempurna/keramat, sistem yang memberikan keuntungan 100% , sistem yang tidak ada kerugian), anda mulai membeli sistem yang ada di internet, anda membaca semua website yang ada tentang trading mulai dari Malaysia hingga ke USA, anda baca semua ebook yang ada, anda praktikkan semua sistem yang anda perolehi, anda dahagakan ilmu seperti seorang pengembara di padang pasir yang dahagakan air minuman.


Pada tahap ini anda akan membaca semua perincian tentang sistem automasi trading/indicator, anda akan test semua indicator yang ada di Metatrader, bahkan anda mungkin akan membuat indikator sendiri ( biasanya gabungan 2 atau 3 indicator), anda akan bermain-main dengan Moving Everage, Fibonnacci lines, Pivot Point, Camarilla Pivot, DeMark, Fractal, MACD, DMI. ADX, Bollinger Bands, dan ratusan indicator yang lain.


Anda tahu bahawa pasaran terlalu rumit untuk dijangka hanya dengan 1 indicator saja. Anda akan mengabungkan kombinasi ideal dari setiap indicator. Anda tahu keunggulan indicator tersebut dan juga kelemahannya. Anda akan mencuba menanda TOP dan BOTTOM di pasaran dan meneka titik perubahan pergerakan pasaran dengan indicator tersebut. Namum anda dapati yang anda terus gagal walaupun anda rasa yang anda telah melakukan yang terbaik.


Anda kini akan cuba bergabung dengan chat room trader dan menanyakan pelbagai pertanyaan di forum-forum kerana bagi anda kalau anda tidak bertanya sekarang maka selamanya anda tidak akan tahu. Anda ingin mengetahui bagaimana trader lain membuat keuntungan walahal anda tidak.. Ketika ini anda akan memikirkan mereka yang mengatakan mendapatkan keuntungan ratusan pip sehari adalah penipu - anda rasa anda tahu semuanya dan telah cuba melakukan apa yang mereka lakukan.


Anda akan jadi seperti seorang remaja - trader yang lebih berpengalaman akan menasihati anda supaya mencari guru yang betul dalam menuntut ilmu tetapi anda degil dan memikirkan yang anda tahu apa yang terbaik - anda meneruskan pembelajaran anda melalui bahan2 diinternet dan overtrade akaun anda walaupun semua orang kata anda gila (anda sesat dalam kebijaksanaan anda - overload information). Kini anda akan mempertimbangkan melanggan isyarat berbayar melalui perkhidmatan SMS dan sebagainya - serta termakan janji-janji manis penyedia khidmat pembelajaran forex yang menjanjikan pelbagai teknik mudah dan cepat untuk berjaya dalam trading tanpa memikirkan jika benarlah ia semudah yang dinyatakan, sudah semestinya ramai yang menjadi jutawan.


Pada akhirnya anda akan mendapatkan 5 hingga 10 sistem yang lengkap dan mencuba mencari sistem mana yang paling sesuai dengan keperibadian/stail anda. Namum di tahap ini anda akan sentiasa kebinggungan kerana mendengar ramai trader yang mendapat keuntungan dari hari ke hari dan anda pula terus kerugian.


Ramai trader yang berada ditahap ini lenyap dalam masa sebulan yang pertama dan jika ada yang mampu bertahan untuk mengharunginya berakhir sekitar 3 bulan.


Dari 10% trader yang ada di tahap ini, hanya sekitar 7% yang berhasil pindah ke Tahap 3.


Tahap 3 (The EUREKA Moment)


Pada akhir Tahap 2, anda akhirnya menyedari pokok permasalahan bukan terletak di sistem. Anda menyedari bahwa anda mampu mendapat keuntungan bahkan jika hanya menggunakan sistem yang mudah seperti Trendline sekali pun tanpa ada indicator lain, jika anda mampu melakukan sedikit kajian melalui pemerhatian yang menyeluruh dan mempelajari pengurusan trading yang baik.


Anda mulai membaca buku tentang psikologi trading, dan mengidentifikasikannya pada diri anda dengan karakter yang dijelaskan dalam buku itu. Akhirnya membawa anda ke Tahap 3 iaitu Tahap Pencerahan.


Proses pencerahan ini membuat otak anda menyedari satu hal yang penting, di dunia ini tidak ada seorang pun yang mampu meneka secara tepat apa yang akan terjadi pada pasaran 30 detik berikutnya. Apa yang anda perlu hanyalah satu sistem trading yang sesuai dengan stail trade anda serta bimbingan seseorang berkenaan pengurusan trading yang sepatutnya sehingga anda dapat cara bertrading yang betul.


Anda mulai menguasai satu sistem trading dan memodifikasinya sehingga sesuai dengan karakter anda, dan mampu memberikan lebih banyak profit dibandingkan sistem yang asli.


Anda mulai trading jika anda tahu kemungkinan untuk untung lebih besar daripada untuk rugi, anda hanya trading jika ada signal dari sistem anda, anda selalu menggunakan stoploss, karena anda tahu stoploss adalah risiko bisnes yang ada dalam dunia trading.
Ketika stoploss anda kena, anda tidak emosi kerana anda tahu tak seorang pun mampu menjangkakannya, dan itu bukan kesalahan anda. Trading berikutnya akan meningkat peluang keuntungan anda kerana anda tahu sistem anda itu sistem yang menguntungkan secara keseluruhannya.


Anda secara tidak langsung menyedari bahawa dalam dunia trading hanya ada satu hal yang penting iaitu konsistensi pada sistem, psikologi trading dan pengurusan wang yang betul. Dan kedisiplinan anda untuk dalam melakukan trading mengurangkan risiko kerugian anda.


Anda mempelajari tentang perlunya ada guru/teman yang dapat memberikan anda bimbingan yang baik dan sokongan berterusan serta hal-hal lainnya. Ia mengingatkan anda suatu ketika yang lalu di mana anda diberi nasihat tersebut dari trader yang berpengalaman dan anda memilih untuk mengendahkannya ketika itu. Kini anda tahu kenapa anda hanya perlukan seorang guru yang baik yang dapat memberikan didikan dan bimbingan yang diperlukan untuk berjaya dalam trading dan bukannya seorang super trader yang menjaja kehebatan sistem/strategi beliau.


Trader akan mengharungi tahap ini sekitar 6 bulan sebelum akhirnya menerima hakikat sebenar bahawa tidak siapa yang mampu meramalkan pergerakan pasaran. Dari 7% trader yang ada di tahap ini, hanya sekitar 5% yang berhasil maju ke tahap berikutnya.


Tahap 4 ( Conscious Competence )


Sekarang anda hanya trading jika dan hanya jika sistem anda memberi signal. Anda menggunakan stop loss atau cut loss apabila menyedari terdapat signal yang bertentangan kerana anda tahu sistem anda akan lebih banyak memberikan keuntungan daripada kerugian, dan cut loss yang anda lakukan adalah resiko bisnis yaitu max 2% dari account anda.


Di tahap ini anda memulai pandai memperingkatkan target keuntungan trade anda dan setelah anda mampu melakukannya secara konsisten selama beberapa minggu, anda meningkatkan target tersebut ke semaksimum yang boleh. Dan hal itu pada akhirnya mampu anda lakukan.


Anda memang masih harus kerja keras untuk mendapatkannya, memperbaiki sistem anda (dengan menambah 1 atau 2 indicator yang sesuai bagi menyokong system anda), menguasai emosi anda, dan melaksanakan pengurusan wang yang anda pelajari dan pegang. Anda mulai mendapat pengalaman bertrading sebenar. Tahap ini biasanya berjalan sekitar setahun atau lebih bergantung kepada kemampuan penerimaan seseorang trader itu.


Dari 5% trader hanya sekitar 3% yang sanggup maju ke tahap berikutnya.


Tahap 5 ( Unconscious Competence )


Nah! Sekarang anda telah sampai di Tahap 5, ini adalah tahap yang paling diharapkan oleh seluruh trader di dunia ini, di tahap ini anda mampu trading secara rilek, anda telah menguasai semuanya, anda mampu berdansa mengikut rentak pasaran, kemanapun arah market berjalan, anda telah berada di posisi yang benar, jadi anda tinggal melihat keuntungan anda bergerak dari 2 digit ke 3 digit.


Inilah tahap puncak bagi seorang trader, inilah tahap Utopia/Optim, anda telah menguasai emosi anda dan kini anda trading dengan account yang terus membesar setiap hari dari keuntungan kumulatif yang anda peroleh.


Anda akan jadi bintang di bidang trading, dan orang sekeliling anda akan mendengarkan apa yang anda katakan, anda faham dengan pertanyaan mereka, kerana anda pernah berada diposisi mereka suatu masa dahulu. Anda akan memberikan saranan bagi mereka, namun anda tahu bahwa kebanyakan dari mereka tidak akan mendengarkannya karena mereka masih trader Tahap 1.


Anda tidak akan mempunyai masalah kewangan lagi, anda mampu membeli semua benda yang tersedia untuk dijual, anda mampu membeli sebuah pulau dan trading disana asalkan ada jaringan internet, anda mampu pindah ke hotel 5 bintang, dan menjadi penghuni tetap disana.


Anda mempunyai penghasilan seperti seorang superstar, anda mampu membuat buku sendiri, anda mampu trading dengan margin yang tanpa batas, dan account anda akan berlipat-ganda dari account awal.


Jangka masa untuk sampai ke tahap ini adakalanya bertahun-tahun lamanya. Namum sebenarnya bergantung kepada trader itu sendiri. Hanya 3% trader yang mampu mencapai tahap ini.

Sekarang anda mampu dengan bangga berkata:


” SAYA SEORANG TRADER “



08 December, 2009

ANDA MAHU BERJAYA atau ANDA TAk NAK GAGAL



Nak berjaya atau tak nak gagal. Ya .... kalau anda perhatikan dan meneliti ungkapan di atas, anda akan dapati tiapa apa-apa perbezaan maksud yang tersirat. Orang berusaha untuk berjaya kerana tidak hendak gagal. Begitu juga orang berusaha untuk jangan buat kegagalan kenana nak berjaya. Bagi anda yang melihat ungkapan itu tiada apa-apa berbezaan ..... saya selaku penulis artikal ini TIDAK BERSETUJU dengan anda.

Ada sejarah ... sejarah bagaimana ungkapan "Nak Berjaya vs Tak Nak Gagal" ini mula-mula saya kenali. Dalam sejarah pembelajaran saya sejak dari sekolah rendah hingga menengah, saya bukanlah orang yang cemrlang. Mula-mula masuk kelas darjah satu , cikgu tempatkan saya di kelas yang paling corot, kelas untuk murid-murid KIA2M (sapa cikgu dia taulah ni). Saya tau yang saya ni bodoh. So... kalau dah pun bodoh, usaha macammana pun dok bodoh jugak. Kerja sekolah selalu tak buat. Ulangkaji dan baca buku jaunh sekali. Selalu kena marah dengan cikgu.

Tetiba bila masuk darjah 3, cikgu pindahkan ke kelas yang ke-2 terbaik dalah darjah. Wahhhhhh .... terkejut dan terlompong. Apa pasal? Sebab selalu score BM markahnya tidak kurang dari 80 sejak darjah satu. Subjek lain ialah dalam lingkungan 60-70 markah, tidak termasuk Matematik, Bahasa Inggeris dan Agama (lemah jawi). Emak ucapkan tahniah. Tapi hati aku kecut betul .... apasal .... sebab kalau duduk dalam kelas yang lama itu, asyik dirotan guru lantaran tak pernah siapkan kerja sekolah. Bila naik ke kelas pandai sikit, terlepas lah dari cikgu yang garang tu yang asyi rotan aku. Kelas baru ni baik-baik cikgunya, cikgu yang baik ialah Cikgu BM dan Cikgu Agama.


Kerana takut kat dua orang cikgu itu, setiap hari aku siapkan kerja sekolah BM sebelum masuk tidur. Dah jadi rajin sikit je .... takut kot-kot dihantar kembali ke kelas lama. Nanti kena dengan cikgu garang tu lagi.

Sejak hari itu aku bersikap rajin sikit supaya tak masuk lagi kelas lama tu. Mindset aku pada ketika itu ialah  "TAK NAK GAGAL". Kalau gagal, kena masuk kelas asal semula. Dalam kelas baru ada 40 murid. Kedudukan aku ialah ke-40. Kalau purata markah aku tak naik, ada kebarangkalian kena turun kelas..... takut benar akau pada cikgu tu. Cikgu Halim namanya. Itu tahun 1983.

Pada tahun 2007, aku mula mengenali forex ... beli ebook forex berlatih hingga setahun sehingga masuk kusus KuasaForex kelolaan Nasir Yaacob. Aku letak mindset aku NAK BERJAYA.Maka berusahalah aku pada setiap hari memahami bagaimana nak menggunakan KuasaForex (sebenarnya ia Sistem Isakas yang dicipta oleh Bro Zeman). Bila dah rasa boleh kot ..... dah tau boleh buat profit, cuba masuk ke real akaun.

Mula saja dengan real, lihat selalu floating, dah menggelabah. terus close. Maka setiap hari akaun aku ada rugi dan ada untung. Rugi mengatasi untung. Maka aku stop buat trading dengan akaun real, dan kembali ke demo. Buat semula muhasabah kendiri (self reflection), apa sebab aku menggelabah banyak sangat bila trade real. Kalau di biarkan akaun float, boleh profit. Margin cukup untuk tahan float setakan 400 pips. Tapi gelabah punya fasal, aku close awal dengan negative .....

Bila dah begitu .... aku teringat kembali ayat ini ..... ANDA MAHU BERJAYA ATAU ANDA TAK NAK GAGAL. Makna nya cukup tersirat. Akan aku huraikan dalam artikel selanjutnya akan falsafah ini dan bagaimana kaitannya dalam pelajaran forex kita.




24 November, 2009

Tok Guru WHA 928 masuk beri komentar

Sesuatu keajaiban berlaku kepada diriku kali ini. Dalam dok cari masa untuk berforex secara konsisten, tetiba masuk blog aku di Riwayat Hidup Anak Padang Pelimau, terdapat satu komen yang diterima daripada Tok Guru WHA 928.

Ah .... malu pun ada, bangga pun ada. Tapi antara yang lebih tu adalah perasaan malu.

Apa sebab malu????

1. Laman web yang aku bina ni bukanlah untuk syok-syok nak berblog. Cuma nak simpan artikel-artikel yang aku perolehi di sana dan di sini, yang aku rasakan ianya begitu bermakna untuk menunjukajar diri ku ini cara yang betul untuk berforex. Ia bukanlah idea sebenar aku, kecuali beberapa artikel. Sebab itulah mana-mana artikel yang aku cilok dari web lain, akan ku nyatakan sumbernya.

2. Malu yang seterusnya ialah WHA928 memuji usahaku yanng tak seberapa ini ... hi..hi.. (ketawa). Cuba lihat komen beliau. KLIK


Mana satu WHA928?? 


Apa pulak yang bangga nya tu?

Ada satu saja yang kubangga .... iaitu web aku ini telah dilawati oleh Tok Guru WHA928.

Aku mengenali WHA928 secara chatting melalui forem Skype. Beliau membuka forum tersebut untuk semua yang berminat untuk mendalami Sistem Merdekarama ciptaannya. Banyak ilmu yang aku dapat. Bukan aku sorang saja, bahkan semua ahli chat merakamkan penghargaan kepada beliau atas kesungguhan dan tidak kenal jemu lelah melayan setiap soalan dan pertanyaan kami.

Walaubagaimanapun, itu adalah awal tahun 2009 semasa mula menghubungi beliau melalui chat.

Oleh kerana aku ini jenis murid yang suka berdikari, tak suka "makan suap" je, banyak masa-masa chatting dihabiskan untuk mengkaji sistem yang WHA berikan. Aku tak banyak masuk forum. Cuma ikut je perbincangan forum. Kira aku ni murid yang tak aktif dalam forum la ....

Oleh sebab kurang aktif dalam forum ... aku tidak dapat menjadi salah seorang murid beliau yang beliau ajar khusus dalam chat. Akau tak rasa terkilan pun, malah semangat lagi berkobar-kobar untuk terus berjaya dan memahami bagaimana sistem ciptaan beliau bekerja.

Akhirnya ..... selepas hampir 9 bulan berhempas pulas mendalami sistem Merdekarama, terutamanya Merdekarama MP2009, aku boleh dikatakan telah berjaya memahami 70% sistem tersebut. Lagi 30% aku akan konfirm bila aku "run test" planning aku kat akaun real nanti. Sebagai mengenang jasa WHA928 yang jujur dan tulus mengajar ilmu forex kepada kami dalam chat Skype dan kepada aku kususnya .... aku bercita-cita ingin mengabadikan segala ilmu yang aku faham tentang forex ini di blog RIWAYAT HIDUP ANAK BAPANG BELIMAU.

Sebahagian apa yang aku nak tulis tu WHA928 dah tulispun dalam blog dia (KLIK). So ... tak payanh lah aku tulis lagi. Korang pun boleh terus pi kat blog dia tu.

Apa yang akan aku tulis ialah apa yang WHA tak akan tulis. Apa tu???? Teknik 7 BAR dan Teknik 3 EMAS. Nantikan tulisan ku dalam blog ini.

Kepada Tok Guru WHA 928, terima kasih atas kesudian menjenguk blog ku ini. Apa yang ku dapat dari berguru dengan mu, akan ku abadikan untuk rakan-rakan yang lain. AMIN

Yang benar,

Sofiys

Cara OP Menggunakan Sistem Merdekarama Proferional 2009 (MP2009)

 

Alhamdulillah, berkat kesabaran dan tidak putus asa dalam dunia forex, Allah telah temukan saya dengan ramai orang guru / rakan-rakan trader yang sudi membantu saya dalam permasalahan forex saya ( dalam menggunakan MP2009).

Salah seorang guru saya itu adalah saudara Wha928 iaitu pencipta sistem MP2009. Disini saya akan cuba mengenalpasti cara OP yang betul didalam MP2009.

Ok, untuk OP (Open position) terdapat banyak juga indi – indi yang perlu dilihat, tetapi saudara wha928 telah memudahkanya dalam bentuk warna

Syarat-syarat untuk OP dalam 2009 (setakat ini)

  • Pastikan warna major trend (line-line halus di belakang CS di main chart)
  • Lihat line di window bawah (line wha92807) ini merupakan line price movement. Buy jika line berada di bawah / 50% dan semua warna biru, sell jika line berada di atas / 50% dan semua warna merah.
  • Jika DT (downtrend), pastikan candle berada di bawah midband
  • Jika UT (uptrend), pastikan candle berada di atas midband
  • Sekiranya arrow bt2sigalert keluar sell, lihat adakah candle buka di bawah midband atau tidak, sekiranya tidak, tunggu next candle full form di bawah midband baru OP next candle (iaitu candle ke 3)
  • Yang baru saya temui, sekiranya semua syarat di atas cukup, pastikan sekali lagi line wha92807 tidak mendatar.
Ini diantara syarat-syarat yang saya dapat hasil dari tunjuk ajar rakan-rakan traders, Insyallah saya akan disiplinkan diri dengan syarat ini.

Sumber : KLIK DI SINI 

20 November, 2009

Stategi 3EMAs KuasaForex

Ada satu teknik yang aku gunakan untuk memahami ilmu-ilmu dan tips yang aku belajar dari bro WHA928, yang dinamakan Stategi 3EMAs

18 November, 2009

MENGAPA WAKTU TRADE ITU PENTING?



Sebagai pedangang matawang, anda perlu tahu masa yang terbaik untuk anda buat trade

Cuba anda bayangkan anda adalah antara jutaan pelancong dari serata dunia yang ingin melancong . Lazimnya kebanyakan penerbangan antarabangsa yang jauh akan tiba di kota-kota besar pada awal pagi.

Setibanya anda dan jutaan pelancong lain dari perlagai airport masuk ke exp:(London) apakah perkara utama yang akan anda lakukan ?

ya, sudah tentu anda akan menukarkan wang yang anda bawa (selalunya semua pelancong akan membawa US Dollar jika pergi ke mana-mana destinasi antarabangsa ) dari USD ke GBP ( Great Britain Pound ). Ini bermakna anda menjual USD yang anda bawa dan kemudian membeli GBP.

Apabila waktu pagi bermula di Britain, pengimport serta pengeksport melalui kargo udara dan laut juga akan membuat tukaran wang yang serupa juga apabila membuat urusan di Britain. Lazimnya, transaksi mereka ini adalah melalui bank-bank dan mencecah berbillion US dolar sehari !.

Penjualan besar-besaran USD dan pembelian besar-besaran GBP oleh anda dan jutaan pelancong lain serta pedagang-pedagang antarabangsa ( pengimport dan pengeksport )dan pelbagai institusi lain tentunya akan menyebabkan USD menjadi murah ( jatuh ) dan GBP menjadi kukuh ( naik harga ).

Semuanya ini berlaku paling aktif BERMULA jam 8.30 pagi di Britain atau bersamaan jam 3.00 petang waktu Malaysia. Ianya juga lebih dikenali sebagai LONDON OPEN.London Open bermaksud waktu di mana bank-bank dan institusi kewangan lain di London memulakan operasi mereka dan tukaran matawang asing mula diurusniagakan dengan banyaknya.

Ini adalah waktu yang terbaik untuk anda " TRADE " atau berdagang pair yang berkaitan GBP atau matawang Eropah yang lain. Sewaktu London Open, lazimnya pasangan GBP/USD akan naik tinggi kerana GBP mengukuh dan USD melemah akibat jualan atau tukaran yang banyak seperti yang di sebutkan tadi.

Apabila waktu menghampiri 1 petang di Britain, urusniaga GBP/USD semakin perlahan.Pada waktu ini, waktu di US adalah jam 8.00 pagi . Bank-bank di US mula dibuka, pelancong mula masuk dan menukar wang mereka ke USD ( membeli USD ).

Iaitu perkara yang sama seperti yang berlaku di Britain pada awal pagi. Ini akan menyebabkan USD menjadi kukuh. tahukah anda jam berapakah waktu di Malaysia jika waktu di US jam 8.00 pagi ? Ya waktu di Malaysia adalah jam 8.00 malam !.Ini adalah waktu yang terbaik untuk berdagang selepas anda menunaikan solat isyak untuk trade pair yang berkaitan dengan USD !)

Diharap dengan contoh mudah ini, sahabat-sahabat di eejam.blogspot.com mendapat sedikit gambaran tentang waktu yang sesuai untuk trade atau berdagang FOREX.

17 November, 2009

WAKTU YANG PERLU ANDA TAHU UNTUK BERFOREX



Tidak semua waktu sesuai untuk memasuki urus niaga, walaupun pasaran forex adalah 24 jam sehari. Terdapat waktu di mana urusniaga amat aktif, dan terdapat pula urus niaga yang amat perlahan.

Selalunya, pasaran amat aktif bilamana berlaku pertindihan pasaran iaitu 2 atau lebih pasaran urusniaga dibuka.

Sila perhatikan betul-betul rajah di bawah ini. Masterikan pengetahuan anda.


12 November, 2009

Pasaran Komoditi Sudah Wujud 1400 Tahun Dahulu






Umum menganggap pasaran kewangan komoditi bermula dibarat. Kononnya Baratlah telah mempelopor dan memajukan pasaran komoditi berasaskan logam (minerals) dan hasil tani seperti gandum, soya, jagung, kelapa sawit dan sebagainya. Sekarang ini pusat-pusat komoditi dunia terletak samada di London, New York, Chicago, Tokyo atau Eropah. Komoditi exchange yang canggih terdapat disana. Harga komoditi ditetapkan oleh perniagaan komoditi dipusat exchange ini.


Sempena Maal Hijrah ini, elok disingkap sejarah 1400 tahun dahulu dimana jualbeli komoditi ini telah dijalankan dengan giatnya. Pada masa itu tidak ada exchange di London, New York, Chicago, Tokyo atau Eropah. Penduduk di UK pada zaman itu masih lagi berkisar dengan dongeng Robin Hood. Di Eropah waktu itu masih lagi dengan Vikingnya. Di US pada zaman itu hanya orang asli Red Indian dan suku-suku serupa mereka. Tidak ada perdagangan secanggih sekitar Mekah dan Madinah dan Laluan Sutera. Jauh sekali komoditi exchange bagi emas, perak, gandum dan lain-lain logam atau hasil tani.


Bukti jelas tentang kecanggihan pasaran komoditi ketika itu digambarkan dalam hadis-hadis dibawah:


Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 1055.
Dari Umar bin Khaththab r.a., ia menceritakan dari Rasulullah saw., sabdanya: "Emas dengan emas, riba, melainkan dengan timbang-terima. Kurma dengan kurma, riba, melainkan dengan timbang terima, syair (anjelai) dengan syair, riba melainkan dengan timbang terima."


Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 1070.
Dari Abi Sa'id Al Khudri r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Jangan kamu jual emas dengan emas melainkan sama banyak, dan jangan kamu lebihkan yang satu atas yang lain. Jangan kamu jual perak dengan perak melainkan sama banyak, dan jangan kamu lebihkan yang satu atas yang lain. Dan jangan kamu jaul beli emas dan perak tanpa timbang terima."


Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 1072.
Dari Barra' bin 'Azib dan Zaid bin Arqam r.a., keduanya ditanya orang tentang pertukaran. Masing-masing mengatakan. "Orang ini lebih (tahu) dengan baik daripada saya." Keduanya berkata, "Rasulullah saw. melarang menjual emas dengan perak secara berhutang."


Jelas sekali Islam telah mengiktiraf kepentingan ekonomi melalui perdagangan komoditi logam dan hasil tani. Dengan bimbingan Illahi, melalui hadis dan sira, Islam telah menggariskan beberapa panduan asas yang universal dan sah sepanjang zaman dalam perdagangan komoditi untuk menjamin suasana bisnes yang adil demi kebaikan sejagat.


Sayang sekali kecanggihan yang telah dipelopori Islam telah dirampas oleh mereka yang sekarang menguasai industri ini. Walaupun mereka masih bercawat ketika Islam sedang mengepalai keseluruhan industri kewangan ketika itu, tetapi sekarang orang Islam hanya boleh melopong menengok kejayaan mereka. Yang menghairankan, ketika ini masih ada lagi suara-suara komen yang mengatakan bahawa hadis diatas juga ditafsirkan dengan makna bahawa forex adalah haram diniagakan, kerana forex bukan berniaga matawang yang dibuat dari emas atau perak. Dari iktibar sejarah sedih diatas, apakah tepat tafsiran ini dalam konteks kontemporari? Bukankah komen sebegini semakin menarik pemikiran ekonomi bergerak kebelakang? Tidak dinafikan keutamaan menegak hukum, tetapi mampukah orang Islam berpolemik perdana lagi atas isu-isu seperti ini (forex tidak boleh sebab wang bukan dari emas) dalam keadaan dimana cabaran gergasi sebenar terhadap orang Islam sekarang sedang menghancur sosio-ekonomi Islam?





Sempena tahun baru 1430 ini eloklah muhasabah diri sendiri apakah nasib yang sama harus menimpa orang Islam dalam industri forex pula? Atau bolehkah dalam tahun 1430 ini dihidupkan matlamat menakluk balik kepimpinan dalam industri kewangan seperti yang dimiliki 1400 tahun dahulu? Dan jalan yang lebih selamat untuk melakukannya ialah perniagaan forex yang jauh lebih suci dari instrumen kewangan yang lain? Yang lebih mampu dilakukan oleh orang Islam?


Selamat Maal Hijrah 1430.

03 November, 2009

ALAT UJI TRADER YANG TERAMPIL


02 November, 2009

Waktu Panas Forex

28 October, 2009

Nasihat Dari Tok Guru

Sewaktu melayari forum MERDEKARAMA, terbaca satu nasihat tok guru ku iaitu Bro Wha928, akan liku-liku dalam berurusniaga forex.

Berikut adalah suatu telahan beliau :

Sememang thread (thread Merdekarama - tambahan) ini baru setahun jagong...namun kalaulah ianya jagong...bayangkan umor jagung dah setahun ..sepatutnya....bukan buah jagong yang dapat kita rasai tetapi buah atau biji jagung ini kita dapat gunakan untuk menghasilkan biji benih yang mana kita kena lebih banyak pokok jagung dapat ditanam....
 
kalau dalam setongkol jagung tu pasti ada rongak juga ( loss)...tetapi..kalau kita pandai menutup tongkol jagung tu...maka biji benih yang baik lebih banyak dari yang rongak...
 
begitu juga forex..kalau dari dulu kita mengamalkan MM (money management) dan pip management...maka..bayangkan jika hanya mengambil 10 pip dan hanya mengambil 2 posisi sahaja sehari dan win...bagaimanakah keadaannya pada hari ini......anda akan terus berjaya dan berjaya... itu setahun yang lalu....tapi kita berada pada waktu sekarang...
 
bagi yang terlewat...mulakan dari sekarang untuk setahun yang akan datang......mulakanlah.....biar pip sikit tetapi menang...tu lebih penting...ingat pesanan saya...

  • Jangan terlalu lama dalam trading hours....maksudnya jangan berada dari pagi sampai esok pagi...macam burong hantu....
  • Jangan terlalu kerap masuk order....lagi banyak anda masuk order..lagi besar peluang untuk gagal....sebab anda dah lupa diri/.....
  • Jangan mengejar pip besar2....maksudnya ....pip kecil mudah dicapai berbanding ratus2 pip...namun ini hanya cadangan sahaja...kalau anda dah biasa dgn pip besar tu ..silakan...kalau ok...jalan aje...


Itu pendirian saya dari dulu...cuba anda buat simulation...dengan modal 500usd...dan hanya ambil 20 pip sehari yang win....apa jadi jika setahun perjalanan kita.....?????? 
 
Insyaallah ... itulah kata-kata penguat semangat untuk aku berforex. Telah pun ku kaji kejayaan otai-otai forex dari dalam dan luar negara

Telahpun ku perhatikan teknik-teknik mereka....

Apa yang aku dapati hanyalah .... "10 pips a day is more than enough. It is not about  how many pips you get but it is about how trades you win"...


amin

27 October, 2009

Sebab Kenapa Saya Pilih Forex


Dahulu, diriku ini tidak mengenali forex. Nak kata tidak tahu, pernah nampak beberapa kain rentang iklan forex yang di gantung di trafik light.


Daripada tak ambil peduli ... hinggakan suatu hari semasa bersembang dengan Ustaz Zaki Ratin, aku mula kenal apa itu forex. Hati ini meronta-ronta yang aku boleh berjaya jika memilihnya.


Di bawah ini adalah beberapa sebab, mengapa forex menjadi pilihan ku....


1. Modal kecil, lebih kecil dari bela cacing, keli, lintah, kambing, lembu, ayam, kelapa sawit, jathropa, serai, pisang, buka kedai runcit, jadi kontraktor, atau buka mana-mana bisnes brick n mortar


2. Pasaran kewangan terbesar dalam dunia lebih $3.5 trillion sehari. Pasaran tunai pulak tu.


3. Keuntungan melebihi 1% sehari atas jumlah modal, kalau usaha la ...


4. Untung boleh dibayar segera melalui internet. Tak payah sesusah kena naik pejabat mengadap untuk dapatkan cek pembayaran


5. Lebih suci dari saham, sebab tak boleh buat spekulasi. Kalau kita ni di tahap George Soros boleh la ... tu pun dia tak berani buat sorang-sorang. Dia jatuhkan nilai currency Malaysia 1996 dulu pun pasai Malaysia tak dak support interbational traders. Tu pun tia pakat dengan beberapa pembelot bank saudagar Malaysia ...


6. Masa 24 jam sehari, memaksimakan masa bekerja, 5 hari seminggu. Ia adalah bisnes global.


7. Sebanyak 40++ matawang yang boleh di trade, menjamin peluang membuat untung setiap masa


8. Belajar dalam 1-2 bulan, tempoh belajar yang cepat




9. Aktiviti yang sesuai bagi setiap keluarga. Boleh buat sama-sama dalam satu keluarga, suami isteri. Boleh habiskan masa kualiti dengan keluarga.


10. Dapat mengisi masa anak dengan lebih berfaedah dengan mencari duit poket dari melayar web secara kosong.


11. Hanya perlu internet. Boleh trading dimana-mana asal ada internet, menawar gaya hidup baru.


12. Tak ada bos. Tak ada dateline. Tak ada VSS, restructring, downsizing, termination, layoff.


13. Boleh buat secara part-time. Tak perlu berhenti kerja


Dan yang paling penting bagi aku ialah kemahiran ini boleh diguna untuk persediaan masa pencen nanti bila dapat duit EPF yang boleh diniagakan tanpa perlu cari bisnes.


Dengan kata lain, kemahiran forex adalah kemahiran seumur hidup.


Ya Rabb Ya Kareem ... ku memohon inayat MU agar Engkau sentiasa memberkati dan menjadikan kekayaan ini haya pada tanganku, bukan pada hatiku....


Amin..

Melatih Diri Menjadi Trader Yang Berdisiplin

Tidak seorang pun bayi yang lahir terus mempunyai kebolehan seperti mana orang dewasa. Kalaupun ada, beliau itu adalah Nabi Isa a.s bilamana di beri mukjizat boleh bercakap ketika umur masih bayi.

Selain itu, kita semua perlu menjalani proses pembelajaran.

Ya...proses pembelajaran. Kita adalah kita sekarang ini merupakan buah yang terhasil dari pohon pembelajaran yang kita semai.

Melatih diri menjadi forex trader juga adalah suatu proses pembelajaran. Hanya mereka yang berlatih dengan disiplin sahaja yang akhirnya berjaya menjadi peniaga forex yang berjaya.

Perlu diingatkan bahawa MENJADI PEMOREX YANG BERJAYA perlukan melatih diri dengan disiplin. Urusniaga forex amat kejam, penuh dengan risiko. Kesilapan adalah bala yang akan memusnahkan.

Kita umpamakan masuk bidang forex ini seperti memasuki hutan belantara yang amat luas dan tebal, dipenuhi dengan kebuasan binatang serta hantu yang berkeliaran. Kita tidak tahu apa bahaya dan risikonya kalau kita masuk tanpa ilmu. Tapi, kita tahu yang kat dalam hutan itu ada emas yang amat berharga. Kalau kita tebas sikit-sikit semak samun hutan itu, akhirnya lambat laun kita akan jumpa lombong emas yang amat banyak.

Guru forex saya ialah Bro. WHA928 (pereka Sistem Merdekarama). Tak lah berguru secara berdepan. Tapi berguru secara conferense Skype. Sebelum terjumpa room chat beliau, aku ambil kursus forex di KL bersama Nasir Yaacob Kuasaforex. Dengan Nasir, aku belajar cara trade, tadi buka cara nak latih disiplin trading, sehinggalah terjumpa Merdekarama pada suatu malam yang hening.

Ni .... aku nak perturunkan kata-kata ajaib bro WHA928 untuk tatapan dan renungan kita bersama:


Banyak yang aku pelajari semasa conference. Nantilah aku ceritakan satu persatu untuk meriwayatkan riwayat hidup anak padang pelimau ini dalam mendalami forex.

Aku bukan otai forex. Hanya sebenarnya seorang newbie yang tak mahu kalah dengan lost.

Catatan ini adalah menjadi riwayat kisah bagaimana aku belajar sehingga faham bagaimana nak berforex (belum masuk forex lagi, baru buat demo) dengan berdisiplin.

Ya Allah Ya Kareem ... berkatilah usaha ku ini untuk dunia dan akhirat . Juga ku doakan kebahgiaan kepada bro WHA928

Amin

20 October, 2009

SELAMAT DATANG....




 Hari ini adalah sejarah bagi blog Riwayat Hidup Anak Padang Pelimau.

Masakan tidak ... bila buka blog pagi tadi, terkejut beruk aku sebab dah dapat 2 follower yang mengikuti blog ini secara rasmi.

Aku mengucapkan ribuan terima kasih dan ucapan penghargaan WELCOM TO MY BLOG kepada si tuan tubuh yang datang melawat.

Yang benar

Sofiys2

16 October, 2009

General amal for all sicknesses

Assalamu'alykom,
AlhamduLILLAH, the following amal is said to be effective for all types of sicknesses, from:
------------------------------------------------------------
Bismillah,

As-Salaamu 'Alaikum,

The following Ayaat are to treat all kinds of illnesses and conditions in general. As an example I read a person
who suffered a stroke totally recovered Alhumdu-Lilla.
As with all Ruqya it is dependent upon the one who recites it, i.e. the level of Taqwa and adherance to the deen in general.

Surah Fatiha
Surah Baqarah V1-5
Surah Baqarah V255 (Ayatul Qursi)
Surah Baqarah V284-286
Surah Al-Araaf V54-56
Surah Bani Israeel V110-111
Surah As-Saffaat V1-11
Surah Ar-Rahmaan V33-35
Surah Al-hashr V21-24
Surah Al-Jinn V1-4
Surah ra’ad (beginning of V11 to Amrillaah)
Surah Yaseen V9
Surah Baqarah V7

General Amal For Alla Type of Sihir

Assalamu’alaikom,

We have observed the following (general-purpose) amal has been quite effective even though it is being amal by patients themselves, bi iznILLAH.

This amal has been shown to reduce the effects of sihir, evil jinns, alhamduLILLAH. In addition, usually after 3-4 days of amal, insyALLAH dreams showing the situation are provided.
The following are types of sihir which are are appropriate for this general amal:
  • Possibility of ancestral jinns, where we dream of strange "baby" or "babies" which we are given, we are hugging or we are breastfeeding (for female patients)
  • Sihir given through food - usually to cause either divorce (wife and husband suddenly angry)
  • Sihir causing the patient to have incredible blind love for person (not his wife or husband)
  • "Buried" sihir within the house compound
  • Dry skin where doctors are unable to find cause and remedy
  • etc
  • EXCEPT VOMITTING OF BLOOD (please refer other amal listed in this section)

The complete set of amal:

  • Istiqfar 3x (the shortest is "Astaqfirullah 'al 'azim")
  • Fatihah 1x, Qursi 1x, Al-Baqarah 285-286 1x
  • Salawat/Darood 3x (the shortest is "ALLAH humma sali 'ala Muhammad")
  • Al-Baqarah ayat 1-17
  • Surah Yasin 1x
  • Surah al-Jin 1x
  • Salawat/Darood 3x
  • Ameen

insyALLAH

PS - If necessary read 3x or 7x to make recited water for purposes of drinking, bathing for the patients. And as well as spraying of the recited water in the house. This will speed up the recovery process, insyALLAH

CONTRA-INDICATIONS
If you have made the amal for 3-4 days without any effect. please do the following every day:
  • Istiqfar 100x
  • Salawat/Durood 100x
  • zikir LA ILAA HA ILLALLAH 1,000x

In addition, please get a pious person to check:

  • Our food to see if it is halal or not
  • Our 5 mandatory prayers are done correctly or not
Take care and wassalam

08 October, 2009

Simtom Gatal Tangan


Dalm forex ni ada macam-macam method yang digunakan bagi mencari peluang dan keuntungan tapi dengan syarat kita kena ada ilmu yg cukup terlebih dahulu serta kena kuasai ilmu tu bagi mendapat keyakinan utk membuat keputusan yg terbaik berdasarkan ilmu yg kita ada ........

kegilaan utk masuk trade setiap hari adalah tanda2 awal kita ni telah dijangkiti penyakit gatal tangan walaupun tangan kita tu disahkan tiada menghidapi penyakit gatal2 ....... 

Di kesempatan ini ingin saya bercerita sedikit tentang simtom gatal tangan.

Simtom gatal tangan? Soal anda. Ya, simtom gatal tangan.
Bagi saya, istilah ’simtom gatal tangan’ ini sebenarnya ialah bila saya membuka post yang tak patut dibuka, dan akhirnya merugikan diri. dan istilah ini sememangnya datangnya dari penglaman saya sendiri.
Untuk mudah memahaminya, saya berikan contoh ini. - Hari dah pun lewat. Anda lihat post yang ada buka semuanya dah ditutup dengan keuntungan, walaupun tak banyak tapi masih ditutup dengan keuntungan di pihak anda. Mata anda dah terasa berat, tapi tiba-tiba mata anda terbuka luas kerana pergerakan harga di carta anda tiba-tiba aktif. Harga berdesup turun. Anda pun apa lagi, mula membeliakkan mata yang tadinya dah separuh tertutup. Anda tunggu seminit dua lagi. Harga masih rancak menjunam turun. Tiba-tiba, tanpa berfikir panjang andapun menekan butang “New Post” dan tiba-tiba juga ‘ting’ terpapar post baru di terminal anda.
Dua minit kemudian anda lihat post anda sudah menunjukkan keuntungan 7 pip.

“Tak cukup lagi. Sikit sangat ni” fikir anda.
Masuk minit ke5, post anda mula menunjukkan tanda tolak (rugi le tu). Alamak, anda mula tak sedap duduk. Anda kelip mata dua kali, post anda dah negatif 14.

Apa nak buat?
Waktu yang tadinya anda dalam ketenangan dah berlalu. Anda mula gelabah. Kepala mula ligat berfikir. Harga yang tadinya berdesup-desup bergerak ke bawah dah menukar arah ke atas pula. Akhirnya post anda ‘tergantung’- keuntungan yang kecil tadi dah diganti dengan tanda tolak yang kecil dengan nombor disebelahnya yang cukup besar. Sejam anda menunggu, dan menunggu, harga tak lagi menyebelahi anda. Mahu tak mahu, anda terpaksa biarkan post anda tergantung hingga keesokkan hari dengan harapan nasib lebih menyebelahi anda esok.
Senario inilah yang saya katakan simtom gatal tangan. Maksudnya gatal tangan nak buka post baru padahal peluang untuk ‘settle’ sudah ada tadi. 


Gatal tangan ini sebenarnya tercetus dari sifat tamak manusia. 

Sudah berkali-kali saya melalui pengalaman ini dan pada pandangan saya, memang betul kata guru-guru forex yang kita perlu ada matlamat harian utk kita capai. Contohnya jika anda sasarkan USD30 sehari, maka selepas mencapai keuntungan USD30 andapun berhenti trade untuk hari itu. 

Kalau anda sasarkan 100, selepas mencapai seratus, anda jangan lagi buka post baru. Ringkasnya, bila tiba masa yang sesuai untuk berhenti berdagang pada hari ini, berhentilah. 

Jangan gatal tangan nak buka post baru lagi. Mungkin disebabkan faktor2 yang anda tidak sedari, anda akan tersilap membuat pertimbangan dan keputusan anda akan memakan diri :(






Kenapa gatal tangan ini berlaku pada kita?

Tidak dinafikan pada peringkat awal memang perkara tu berlaku juga pada aku disebabkan teruja dengan keuntungan dan kerugian yang mana akhirnya kepenatan melanda.

Ditambah pula dengan kerugian demi kerugian, tekanan demi tekanan maka kesabaran semakin menipis. Panas baran mula memuncak dan akhir sekali seperti anda semua sedia maklum margin call .......

Bagaimana Nak Atasi Gatal Tangan

Perkara ni semua boleh diatasi jika kita ubah dulu mindset kita dalam bab forex dan mengawal risiko terlebih dahulu daripada menetapkan kadar keuntungan yangg secara otomatik akan terhasil jika analisa kita betul. 

Kalau kita letakkan mind set bahawa keuntungan tetap kena dapat setiap hari ...  bermakna kita sendiri yg meletakkan tekanan kepada diri kita ........ 

Perlukah kita menghambakan diri kepada chart setiap masa dek kerana nak mencari keuntungan yg tak seberapa dalam sehari je ..?

Aku amat2 yakin majoriti kita semua ni melekat depan komputer atau ipad handphone semata nak tengok pergerakkan chart. Itu semua ada kebiasaan kepada semua trader ....... 

Cuma ... apakah itu cara hidup yg kita mahukan setiap hari, berdepan dengan tekanan demi tekanan, dan akhirnya hidup kita ni dah jd huru hara dgn kerja harian dan pengurusan keluarga?

Cukup la dengan masalah news yang dok buat kelam kabut jap naik jap turun, actual kata lain, price jalan kot lain, dan macam2 hal lagi........

ok la rasanya cukup la leteran dan bebelan aku buat masa ni dan kalau boleh jgn amalkan trade hari2 kerana ianya akan membebankan fikiran kita unless kita ada modal 1juta usd dan masuk pun 1 pips 1k usd so dapat 2 pips pun cukup la sehari tp aku tak yakin org tu akan dok diam kerana sindrom gatal tangan tu akan kembali merasuk minda kecuali mereka betul2 paham dan tahu bila bagaimana kenapa dan mengapa aku perlu masuk order ........ waallahualam

07 October, 2009

FOREX DAN MENOREH GETAH




Pengalaman ini berlaku lebih 30 tahun dahulu. Ketika itu saya masih disekolah rendah. Saya selalu mengikut atok saya pergi menoreh getah. Saya masih ingat bagaimana atok saya bersiap sedia hendak pergi menoreh getah. Beliau akan keluar kehalaman rumahnya dahulu untuk melihat kelangit yang masih gelap. Dia akan menoleh-noleh sekeliling melihat keatas dan menghidu udara pagi. Selepas itu dia akan masuk dan bersiap kekebun.

Apa yang dilakukan tadi akan menjadi panduan kepadanya untuk bekerja pada hari itu. Samada dia akan menoreh untuk mendapat keping getah atau ojol sahaja. Samada dia akan menoreh sepenuh pagi atau terpaksa melakukan kerja lain kerana cuaca yang kurang memuaskan. Saya memang kagum dengan kebolehannya membaca ramalan cuaca untuk merancang kerjanya setiap hari. Kebolehana memerhati dan menilai keadaan alam semula jadi disekelilingnya. Apa yang dibacanya dari pemerhatiannya, menjadi panduan yang selalunya tepat. Namun ilmu dan kemahirannya itu tidak dapat saya pelajari. Saya hanya sempat belajar untuk mengagak hujan akan turun disebelah petang jika kelihatan petandanya apabila matahari terbit.

Apabila saya ceritakan pengalaman ini kepada anak-anak, mereka ketawakan sahaja. Apa susah-susah, ayah dengar ramalan TV atau radio sahajalah! Pakai jangkasuhu dan hygrometer pun boleh ramal! Anak-anak zaman merdeka sekarang ini memang susah hendak memahami keadaan susah dimasa dahulu. Manalah ada TV, radio, hygrometer tahun 50an!

Pengalaman ini menjadi sangat bermakna kepada saya dalam belajar "meramal" pergerakan forex. Bukan dengan melihat langit waktu suboh! Bukan! tetapi dengan menanamkan kegigihan belajar, menghayati, merasai, mengalami secara peribadi, secara langsung, dan menerima, melihat dan mengalami kesannya turun naik gerak harga forex setiap masa. Ketika ini, forex adalah serupa dengan menoreh getah zaman atok saya - tidak ada satu alat, satu teknik, satu cara, satu mekanisme untuk meramal forex pada sesuatu hari. Pergerakan forex yang kompleks yang kadang kala digelar random walk memang sukar hendak diramal dengan tepat. Jika ada orang yang mengaku bomoh forex dan boleh meramal harga forex, walau pun matanya biru dan rambut perang, eloklah berhati-hati dengan orang itu demi keselamatan duit kita.

Seperti juga atok saya meramal cuaca dengan melihat nature, mencari petanda-petanda yang ditunjukkan oleh alam semula jadi, pergerakan forex juga boleh ditelahkan atau dijangkakan dengan mentafsir petanda-petanda yang ditunjukkan secara natural. Bagaimanakah ini boleh dilakukan sedangkan forex dibuat dalam internet? Jawapannya terletak kepada siapakah yang menggerakkan forex. Bagaimanakah mereka-mereka ini menggerak forex. Sudah tentu mereka ini manusia, bukan binatang atau jin.. Dan bukankah manusia itu makhluk, sebahagian dari alam semula jadi, sebahagian dari nature? Dan telah ditetapkan bahawa setiap unsur kejadian alam semula jadi, tidak kira binatang, manusia atau jin, ada ketetapan dan hukumnya yang telah ditetapkan. Hukum alam inilah yang wajib dipelajari sebagaimana atok saya mempelajari hukum alam berkenaan cuaca. Ada hukum-hukum yang tersembunyi, ada yang telah diizinkan manusia mengorek rahsianya. Semuanya menjadi ilmu-ilmu wajib dalam bidang-bidang yang berkenaannya. Disinilah perlunya ilmu, kemahiran dan pengalaman penting dalam forex.

Kesimpulannya, dalam forex ini tidak ada jalan pintas dan cepat. Jika ingin jadi forex trader, kenalah belajar dengan betul dan berdisiplin. Walau pun memakan masa lama, tetapi kemahiran yang dipelajari dengan sabar akan bermenafaat selagi kita masih hidup sihat walafiat.

06 October, 2009

Cabaran Extra Kepada Forex Trader


Dengan market 24 jam yang setiap hari lebih volatile selepas asar ketengah malam, trading forex memang sangat mencabar. Pukul 8-9 mlm waktu berita-berita makroekonomi diumumkan, traders sudah tentu tidak mahu ketinggalan dalam mencekut 10-20 pips ($100-$200). Waktu rezeki mencurah-curah diuji dengan panggilan ke mesjid untuk torawih berjemaah dan tadarus (bilamana Ramadhan).



Setiap ketika cabaran xtra ini menghantui traders. Sebagai traders, kita harus sabar dalam berniaga. Hanya dengan kesabaran, disiplin,sikap berniaga dengan taqwa sahajalah yang dapat membantu mengharungi risiko dalam forex.

Kepada semua rakan-rakan traders, kami ucapkan semuga bersabar dan selamat berniaga.

Sumber : kolejforex.com

Psikologi Forex


Kali ini ingin saya sentuh sedikit mengenai psikologi forex.

Semasa melayari internet, saya menemui beberapa artikel menarik mengenai psikologi forex. Saya rasa tajuk ini begitu penting untuk diutarakan di sini memandangkan untung rugi dagangan kita banyak bergantung kepada psikologi kita semasa melakukan trading.

Semasa trading, kite perlu mengelak daripada melakukan kesilapan. Malangnya, sebagai manusia, jarang sekali kita dapat mengelak daripada melakukan kesilapan. Jadi, bagaimana? Jangan terkejut, sebenarnya, ada traders yang dapat membuka berbilang post tanpa mengalami sebarang kerugian walaupun selepas berpuluh-puluh post. Maknanya setiap post yang dibuka dapat ditutup dengan keuntungan, sama ada ditutup secara automatik atau secara manual. Kita pula bagaimana? Selepas 6 atau 12 atau 20 post, mungkin post berikutnya akan ‘tergantung’- tidak dapat ditutup kerana mengalami kerugian. Akibatnya, timbul kecelaruan dan rasa serba salah yang amat sangat; mahu ditutup, takut akan positif semula. Nak dibiar aktif, takut kerugian bertambah-tambah. Tapi akhirnya dibiarkan juga tergantung berhari-hari, berminggu-minggu, atau berbulan-bulan. Jika bernasib baik, jumlah negatif yang terkumpul tidak menjamah licin ‘margin’ yang berhari-hari dikawal dengan penuh hati-hati. Inilah akibatnya jika psikologi trading tidak dipatuhi.



Satu kesilapan yang sering membawa ‘maut’ kepada trader ialah “ikut membuta tuli” (follow blindly) . Maksud mengikut membuta tuli ialah apabila seseorang trader memasuki trade setelah data dikeluarkan tanpa mengambil kira trend. Peraturan pertama dalam berdagang matawang ialah mengikut trend. Trader perlu mengikut trend dan bukan menjadi trader pertama memasuki pasaran setelah data diumumkan. Ada trader yang asyik memikirkan kerugian yang mungkin dialami jika lewat memasuki pasaran, atau keuntungan yang dikaut oleh trader yang lebih awal memasuki pasaran setelah data dikeluarkan. Mereka lupa bahawa data seterusnya yang dikeluarkan boleh mengakibatkan arah pergerakan harga berubah.


Ada juga trader yang mengawasi carta secara dekat selepas data dikeluarkan. Apabila mereka melihat harga menjunam turun atau memecut naik, mereka terus membuka post dengan tergesa-gesa tanpa menyedari bahawa keadaan ini sebenarnya mungkin satu ‘false alarm’ . Bila disedari, mungkin sudah terlewat untuk berpatah balik. Jadi, kesimpulannya, jangan mudah terpengaruh dengan ‘false alarm’ – (petanda palsu). Tunggu sehingga trend terbentuk setelah kesemua data selesai dikeluarkan.

Sumber :

Strategi Dalam Forex




Secara umumnya, strategi adalah teknik-teknik yang digunakan untuk mendapatkan bacaan arah pergerakan nilai matawang dengan lebih tepat supaya post yang dibuka dapat mengutip keuntungan. Terdapat pelbagai strategi yang menggunakan perbagai teknik dan alat-alat (tools- stocastic, Fibo, dan yang seangkatan dengannya) yang berbeza. Setiap trader pasti akan mencuba strategi yang berbeza-beza bagi mencari strategi yang cukup menguntungkan dan sesuai untuk dirinya sendiri. Pendek kata, walaupun ada ribuan strategi di luar, namun ada strategi yang menjadi dan ada yang hanya mengusutkan kepala anda.

Pemilihan strategi sebenarnya bergantung kepada kesesuaiannya dengan pemahaman dan cara anda berdagang (trade). Pertamanya, pemahaman. 

Sekiranya anda ingin menggunakan strategi orang lain, pastikan anda faham cara ia digunakan, alat yang digunakan, bagaimana membacanya, dan yang paling penting bila masa yang sesuai untuk masuk dan keluar pasaran mengikut strategi yang digunakan. 

Hanya dengan mencedok strategi orang tanpa mengetahui kaedah penggunaannya yang betul pasti akan membawa kemusnahan. Pilihlah strategi yang anda rasa sesuai dengan diri anda.

Adakalanya strategi yang ringkas adalah strategi yang paling mudah untuk difahami dan paling berkesan. Walaupun carta anda kelihatan tidak secantik atau sesesak carta orang lain yang penuh dengan garisan serta tanda-tanda berwarna warni dan berbagai bentuk, usah bimbang. Jika carta anda memberikan keuntungan kepada anda, biarkan ia terus begitu.

Anda perlu memastikan yang strategi anda sesuai untuk pair matawang pilihan anda. Strategi yang sesuai untuk GBP/USD mungkin tidak sesuai untuk pair-pair lain. Ada juga pasangan matawang yang mempunyai corak carta yang hampir sama. Ini biasanya membabitkan satu matawang yang sama contohnya pair GBP/USD dan EUR/USD. Tetapi kemungkinan juga pergerakan nilai matawang GU lebih pantas dan aktif berbanding EU. Ini akan menyebabkan bacaan dan telahan strategi anda tidak sesuai untuk kedua-dua pasangan serentak. Pendek kata, pengunaan sesuatu strategi perlu diuji dengan sebaik-baiknya dan difahami dengan jelas sebelum digunakan untuk akaun sebenar anda. Gunakan akaun demo sepuas-puasnya untuk menguji strategi anda.

Akhir sekali, jika anda berhajat untuk mereka dan menggunakan strategi anda sendiri, anda boleh juga berbuat demikian. langkah ini mungkin memerlukan ketekunan dan kesabaran anda untuk mencuba berulangkali. Anda juga perlu meneliti post-post anda. Post-post yang menguntungkan dijadikan panduan untuk membuka post seterusnya. Post-post yang merugikan juga perlu diberi perhatian supaya anda tahu situasi yang bagaimana perlu dijauhi. Cubalah alat-alat yang disediakan dalam Meta4 atau platform-platform lain untuk mencari strategi yang sesuai dengan anda. Ulangi langkah-langkah yang menguntungkan. Buat catatan. Lama-kelamaan anda akan dapat membina strategi anda sendiri.

Kesimpulannya, penggunaan strategi meyakinkan status post anda. Anda juga akan lebih yakin dan sistematik dalam berdagang. Fahami strategi anda supaya anda dapat mengulangi apa yang menguntungkan dan dapat mengekalkan keuntungan yang telah dikumpul :)

Sekian, wallahualam.