03 January, 2010

DI MANA PERJALANANKU BERMULA .....3


Perlu saya jelaskan sekali lagi bahawa penulisan ini adalah untuk menjelaskan bagaimana MP2009 berkerja membantu kita untuk mendapatkan pips. Apatah lagi, kita dahulu menggunakan Kuasaforex. Sistem itu bagus tetapi kita tak faham ....

Sekarang .... mari kita faham sistem kita dahulu.

Anda diminta membuka Sistem Kuasaforex di MT4 sekarang .....

Kemudian ... sila jawab soalan saya dengan jujur dengan hati anda ....

1) Berapakah indi yang ada dalam Kuasaforex (KF)? Jawapan : ada 3 indi.

2) Namakan indi-indi tersebut. Jawapan : BBand_stop_v1, Heiken_Ashi_kuskus2 dan kuskus_starlightv2

 Senang je kan soalan .... dah tu .... cara entry pulak amat mudah .... ingat lagi tak cara entry????

Ya .... bila semua indi BIRU, itu tandanya BUY. Bila semua indi MERAH, itu tanda kena SELL. Betulkan....kalau setakat senang nay begitu cara kita berforex dan menggunakan indi ..... maka saya katakan bahawa selama ini kita hanya memperjudikan nasib sahaja

Sila jawab soalan ke-3 saya ....

Tahukah anda apa kegunaan satu-satu indi tersebut? 

Petunjuk yang diberi oleh indi tersebut? 

Tahukah anda bagaimana indi itu bekerja untuk membantu kita trade membaca pasaran pada ketika itu, dan seterusnya membantu kita trade sebagaimana robot??!!

Kalau jawapan anda YA ..... heh ... saya pun nak tumpang pengetahuan anda. Memang pun saya tak tahu apa guna indi tu (sebelum jumpa MP2009 la ....) Kalau anda ada ilmu pasai indi tu .... sila lah kongsi dengan saya. Boleh beri komen kat bawah tu supaya kawan-kawan yang lain yang kelabu asap disebabkan KF dapat bersinar kembali.

Kalau jawapannya TIDAK .... heh ... itu pasai la kita sering lost. Betul tak???

Satu ilmu yang saya belajar dari Cikgu Wha ialah beliau menyuruh murid-muridnya mengenali  dan memahami setiap indi yang berkerja dalam Sistem Merdekarama. Beliau suruh kami perhatikan apabila pasaran sedang "trending", apa petunjuk yang indi signalkan. Berhempas pulaslah saya perhati an kaji. Tapatlah tahu dan kenal apa itu trend, awal tend, pertengahan trend dan akhir trend. Bagaimana pengakhiran trend akan menunjukkan trend baru akan bermula .... semua itu saya belajar dari ruruhan cikgu untuk mengkaji. Banyak kengkawan yang lain pun dapat faham. Itu adalah rezeki mereka.

Bagi kita pulak yang dahulunya mengunakan KF dan tak faham, inilah peluang untuk kita faham ... dengan syarat, anda juga perlu memerhatikan bagaimana indi KF bekerja dan membuat perbandingan dengan MP bagaiman ia bekerja. Untuk membolehkan anda faham bagaimana KF bekerja, anda kena mahir MP2009... maksudnya anda adalah seorang yang boleh buat profit dengan MP2009. Kalau anda masih tak boleh buat profit dengan MP, maklumat yang anda akan dapat sebentar lagi tidak bermakna buat anda. Kalau anda dah boleh buat untung dengan MP, bermakna anda memang tahu menggunakan MP. Cara nak guna KF .... tentulah anda dah pun tahu ... almaklumlah  .... kita semua ni kan bekas-bekas pengguna  KF sebelum jumpa forum cikgu Wha kan...kan...kan ...


Untuk membuat banding beza MP dengan KF, sila buka MP2009 dalam MT4 anda dan letakkan satu persatu indi KF dalam chart MP2009.

Dah tu ..... dengan pengetahuan anda tantang bagaimana KF bekerja ...... sila teliti dan perhatikan waktu kita OP dengan MP, apa petunjuk yang pada ketika itu KF tunjukkan .....

Selaklah chart yang ker belakang . ....tau tak macam mana nak buat tu .... undoq kan chart anda dan tengok tarikh-tarikh belakang sehingga sebulan. Tak faham lagi ..... Kalau hari ini 2 Jan2010 .... undurkanlah chart tu hingga bulan Oktober 2009 ...

Ambillah masa beberapa hari untuk memberikan penilaian anda. Tuliskan pemerhatian anda itu dalam komen di bawah. Biar banyak komen. Biar kawan-kawan kita faham sama. Gunakan sepenuhnya daya imiginasi anda. Apa yang anda dapat buat inferen(?) ..... kesimpulan, silalah tulis dalam ruang komen dengan jujur. Saya dan kawan-kawan yang melawat blog ini akan merasai sama ilmu saudara.

Chart kita mungkin akan jadi macam di bawah




Setakat ini dahulu catatan saya .... saya menunggu komen dan hasil pemerhatian yang saudara buat.

Wassalam

SOFIYS


No comments:

Post a Comment